Oleh Husam Musa
Kes Pulau Batu Putih akan diputuskan oleh ICJ November depan. Desas desus sudah bertiup, kita mungkin kecundang dan Pulau Batu Putih yang strategik akan menjadi milik Singapura selama-lamanya.
Jika itu berlaku, Singapura sentiasa mengasak kita dan mereka lebih bersedia dari segala sudut untuk menjadikan kita sentiasa terundur.Dalam keadaan Singapura sentiasa bersedia dengan pelbagai agenda ‘Singapore Win’, kita pula mudah lalai dan alpa.
Archive for August 5th, 2007
Setelah bertungkus lumus mencari kenderaan akhirnya saya berjaya menghubungi sahabat yang kebetulan tidak bekerja kelmarin untuk menemani saya ke Melaka bersama keretanya. Terima kasih dan jazakumullah buat sahabat yang sedia membantu dan berkorban demi melancarkan tugas saya menyampaikan dakwah dan mesej perjuangan suci ini.
Continue reading ‘POLIS TIDAK PROFESIONAL DAN TIDAK DEMOKRATIK’
Road Show Artis Simbol Seks Amerika
Gwen Stefani ke Kuala Lumpur:
Najib dan Khairy berpura - pura mengisytiharkan
Malaysia Negara Islam.
Malaysia terus membenarkan “pencerobohan” akhlak dan moral oleh pihak asing apabila membenarkan seorang artis simbol seks Amerika Syarikat Gwen Stefani yang akan mengadakan konsertnya di Stadium Bukit Jalil pada 21 August 07 kelak .
Promosi yang sedang giat dikaca tv dan akhbar jelas menggambarkan kerajaan Malaysia tidak pernah rasa bersalah membenarkan konsert seumpama itu berlangsung dalam negara kita .
Apa nak jadi dengan remaja yang dididik di bawah sistem Islam Hadhari Pak Lah Badawi. Umur 12 tahun pun dah pandai meROGOL orang.
Kisah yang dipaparkan oleh media hari ini sekali lagi menunjukkan bahawa akhlaq remaja hari ini semakin parah.
Malangnya pemimpin Islam Hadhari terus membisu dan tidak mahu insaf.
Media melaporkan bahawa seorang wanita di Johor Baharu yang membonceng motosikal bukan saja menjadi mangsa kemalangan langgar lari, malah diculik sembilan jam dan menjadi mangsa rogol bergilir-gilir enam lelaki, termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Continue reading ‘ZAMAN ISLAM HADHARI BUDAK 12 TAHUN PUN PANDAI MEROGOL’
Opocot…….
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Sun | Aug 05, 07 | 09:50:53 PM
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menegaskan bahawa Khairy Jamaluddin telah bankrap idea politik apabila terpaksa mengecam Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.
Kenyataan beliau sebenarnya hanyalah memalitkan imej beliau dan Umno sendiri yang semakin korup dan tidak relevan dengan perjuangan ummat Melayu.
Di sebalik Khairy mempertahankan Dasar Ekonomi Baru, beliau masih lagi tidak mampu memberikan jawapan kepada pelbagai masalah khususnya ekonomi yang menimpa ummat Melayu dan juga rakyat Malaysia. Continue reading ‘Apabila Khairy label Anwar pengkhianat Melayu’
Husam Musa
Sun | Aug 05, 07 | 09:27:51 PM
Mimpi Pak Lah nampaknya makin menjadi-jadi.
The Star, muka depan 3 Ogos melaporkan Pak Lah akan melancarkan Program Luar Bandar Berimpak Tinggi tak lama lagi.
Menjelang 2010, dua tahun dari sekarang, sebanyak 253,000 keluarga miskin dan miskin tegar akan keluar dari garis kemiskinan dengan pendapatan melebihi RM529.00 sebulan.
Hanya dua tahun dari sekarang?! Hebat!
Continue reading ‘Dalam 2 tahun pokok getah Pak Lah boleh ditoreh’
Oleh Al Husseyn
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed telah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada September 2001 sewaktu merasmikan Perhimpunan Agung Parti Gerakan.
Maka ramailah kalangan yang telah mendebat dan mempersoalkan kenyataan tersebut. Saperti disini. Kemudian itu , Pengerusi Gerakan ketika itu Dr Lim Keng Yeik menjelaskan kepada masyarakat bukan Islam dengan katanya “ Malayasia Negara Islam tetapi Sekular!”
Continue reading ‘Adakah Malaysia Negara Munafiq?’

Komen Terkini