07
Aug
07

“Pengarah JPJ Kedah akan dibuang kerja” JPA

“Pengarah JPJ Kedah akan dibuang kerja” JPA

Image
GAMBAR
hiasan…

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) akan menentukan tindakan disiplin termasuk buang kerja terhadap Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah yang ditahan atas dakwaan cuba merasuah penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kelmarin.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ahmad Mustapha Abdul Rashid berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan memandangkan lelaki yang ditahan tersebut seorang pegawai berpangkat tinggi.‘‘Kita serah perkara ini kepada JPA kerana jabatan itu mempunyai kuasa untuk bertindak demikian termasuk membuang kerja, bukan JPJ,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, pengarah berkenaan dan pasangannya ditahan ketika cuba memberi rasuah kepada penguat kuasa Jawi dalam serbuan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Pengarah berusia 40-an itu dan pasangannya yang merupakan seorang penolong ketua setiausaha di sebuah kementerian, ditahan pada pukul 2.30 pagi ketika sedang berdua-duaan di salah sebuah bilik hotel berkenaan.

Penahanan itu dibuat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebaik sahaja pengarah berkenaan cuba merasuah pegawai Jawi agar tidak melaporkan kesalahannya berkhalwat.

Pengarah JPJ Kedah itu dibebaskan oleh BPR dengan ikat jamin RM7,000.

Ahmad menambah, tempat Pengarah JPJ yang ditahan itu akan diambil alih buat sementara waktu oleh seorang Timbalan Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Jaafar Mohamed bermula 13 Ogos ini. Utusan

BERITA SEBELUMNYA

Pengarah JPJ rasuah ditangkap khalwat

SEORANG pengarah negeri Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) bagaikan jatuh ditimpa tangga, apabila dia turut ditangkap berkhalwat dengan seorang pegawai kanan kerajaan dalam sebuah bilik hotel mewah di sini.

ImagePara pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia, yang sedang mengawasi gerak geri pengarah itu kerana didakwa meminta bayaran rasuah daripada sekolah sekolah memandu, membuat serbuan itu Jumaat lalu di sebuah hotel yang sering dikunjunginya apabila dia tiba ke sini. Para pegawai BPR menerima maklumat bahawa pengarah itu, yang ditugaskan di ibu pejabat JPJ sebelum ini, akan membuat kunjungan ke tempat itu untuk membuat ‘satu lagi pusingan pungutan’.

Sumber-sumber berkata pengarah itu bukan sahaja meminta wang rasuah daripada pengendali sekolah memandu, malah sering ke pusat-pusat karaoke dan pusat hiburan.

Para pegawai BPR melihat pengarah itu berjalan masuk ke hotel berkenaan bersama seorang wanita pada awal pagi Jumaat, lalu segera memberitahu pihak jabatan agama Wilayah Persekutuan sebelum pasangan itu ditangkap di bilik hotelnya sekitar 2.30 pagi. – The Star

About these ads

1 Response to ““Pengarah JPJ Kedah akan dibuang kerja” JPA”



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: