Assalamu’alaikum wm.wrt,Pada minggu lepas, 2 dan 3 Ogos 2007, Perdana Menteri [PM], Abdullah Ahmad Badawi telah melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Kelantan. Tujuan lawatan kerja ini ialah untuk meninjau pelaksanaan beberapa projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan [RMK-9] yang diperuntukan sebanyak RM7.6 billion dan mengadakan pertemuan dengan rakyat untuk berkempen bagi pihak UMNO yang dikatakan mempunyai masalah perebutan jawatan dalam kepimpinan UMNO negeri.
Program Abdullah sangat ketat di Kelantan dalam tempoh tersebut [maklumlah ada stamina baru lebih kuat [strong] kerana baru pulang bercuti [berbulan madu] daripada Australia yang merupakan negara ke dua bagi Abdullah dan keluarganya. Negara pertama beliau dan keluarga ialah di Malaysia. Lebih banyak masa Abdullah terbuang dengan mengeliling dunia daripada urusan mentadbir dalam Negara. Dalam tempoh 1 November 2003 sehingga 31 Disember 2006, Abdullah telah melakukan 150 kali lawatan ke luar negara. Paling terbaru, Abdullah mengadakan lawatan ke Russia, Bosnia Herzegovina dan Itali [selepas berkahwn].
Oleh sebab itu, sekembalinya beliau bercuti pada petang 27 Julai [Jumaat] dan Sabtu-Ahad, 28 dan 29 Julai, beliau berehat dan mulai 30 Julai hingga 1 Ogos lepas, beliau mula berkempen [sambil meninjau mood rakyat terhadap kepimpinannya dan persiapan menghadapi PRU ke-12] ke negeri-negeri. Bermula di Kedah, Abdullah telah melancarkan Program Pembangunan Ekonomi Koridor Wilayah Utara [Koridor Utara] yang melibatkan anggaran pelaburan kira-kira RM177 meliputi negeri-negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang [31 Julai] dan Perak [1 Ogos] dan menerus penjelajahannya ke Kelantan [2 dan 3 Ogos].
Continue reading ‘ABDULLAH AHMAD BADAWI: TIDAK PANDAI BERBUDI, TIDAK TAHU BERBAHASA’
Komen Terkini