PRINSIP2 ISLAM HADHARI
1. Keimanan dan Ketakwaan kepada ILAHI
2. Kerajaan adil dan beramanah
3. Rakyat berjiwa merdeka
4. Penguasaan ilmu pengetahuan
5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
6. Kehidupan berkualiti
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
8. Keutuhan budaya dan moral
9. Pemeliharaan alam semula jadi
10. Kekuatan pertahanan
Sekiranya dengan membaris 10 prinsip ini maka UMNO itu “wajib” disokong, izinkan saya membariskan 1000 prinsip yang merangkumi kesemuanya lantas saya juga berhak mendapat sokongan yang serupa.
Diatas teori yang sama, DAP juga mampu membariskan prinsip yang serupa lalu DAP itu wajib disokong. Parti PPP pula membariskan prinsip yang sama lalu meminta untuk disokong.
Lalu kita akan bertanya,mana boleh DAP dan PPP membawa prinsip seperti itu?Dalam masa yang sama keistimewaan diberi kepada UMNO untuk membawa 10 prinsip dan untuk dicanang merata-merata untuk diperlihatkan betapa mereka menginginkan islam.
Alangkah kasihanya orang-orang yang dibutakan mata hati untuk melihat kebenaran.Apabila mereka melihat sebuah kereta terkial-kial di dalam air, lalu mereka menyalahkan orang-orang yang tidak menolong menolak kereta itu supaya bergerak didalam air.Mana mungkin sebuah kereta empat roda meluncur diair?Mana mungkin kapal selam meluncur di daratan? Continue reading ‘Reality @ Fantasi Hadari..’

Wau! Hebat betul si Khairy ini mengikut pendapat Norza [bos dia sendiri Nor Mohamed Yaacop kalah dengan Khairy]. Tidak ada orang lain sehebat dan sepandai Khairy di Malaysia yang mempunyai penduduk seramai 27 juta orang buat masa ini dan selama-lamanya. Berdasarkan logik si Norza ini, seluruh penduduk Malaysia [terdiri daripada berbagai kaum dan agama] terdiri daripada orang-orang yang bodoh-bodoh belaka, termasuk para pemimpin terdahulu dan sekarang [baik dalam kerajaan maupun dalam pembangkang] seperti bekas Perdana Menteri Tengku Abdul Rahman Putra, Tun Razak Huseein, Tun Hussein Onn, Tun Dr.Mahathir bin Mohamad dan bapa mertuanya sendiri Abdullah Ahmad Badawi. Patutlah pun Dr.Mahathir mendakwa pentadbiran Negara ini diuruskan oleh orang-orang yang berada di tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri.
Hampir 1,000 mahasiswa daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di sekitar lembah Klang, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia hadir di perkarangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) selepas selesai menunaikan solat Jumaat, untuk bertemu dengan Menteri KPT, Dato’ Mustapa Mohamed bagi menuntut pilihan raya kampus yang bersih dan adil yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.
Komen Terkini