Oleh: SUHANA ABDUL MUTALIB
 |
ZAKARIA MD. DEROS.
|
KLANG 24 Ogos – Mahkamah Majistret di sini hari ini menggugurkan kesemua 13 pertuduhan di bawah Akta Syarikat 1965 yang sepatutnya dikenakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md. Deros.
Selain itu, Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah turut membenarkan kesemua 39 pertuduhan terhadap tujuh pengarah lain dari syarikat yang sama digugurkan.
Permohonan menggugurkan kes itu dibuat oleh pegawai pendakwa kanan dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Azmil Haron setelah mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya pada 31 Julai lalu.
Bagaimanapun, Azmil tidak memaklumkan kepada mahkamah sebab pertuduhan tersebut digugurkan.
Antara pertuduhan yang sepatutnya dihadapi oleh Zakaria dan tujuh pengarah lain ialah mengikut Seksyen 169 akta tersebut iaitu gagal membentangkan akaun, Seksyen 120 (gagal memberitahu perubahan alamat), Seksyen 143 (gagal mengadakan mesyuarat tahunan antara 2002 dan 2005) dan Seksyen 165 (gagal menyerah penyata untung rugi).
Zakaria bagaimanapun tidak hadir pada prosiding hari ini dengan alasan seorang anggota keluarganya meninggal dunia di Melaka malam tadi. Continue reading ‘Tuduhan ke atas Zakaria digugurkan’
Komen Terkini