Oleh Khairul Fazi Ahmad Kamil
Sepanjang hari ini saya telah dihubungi oleh pelbagai pihak yang ingin mendapatkan kepastian terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan di Masai dan Pasir Gudang termasuklah wartawan-wartawan.
SMS demi SMS terus disebarkan bagi menggambarkan suasana yang tegang sedang berlaku di sana. SMS tersebut menggambarkan bahawa seorang anggota polis telah mati, dua melayu telah dipotong tangan, dua melayu disembelih dikuil hindu dan sebagainya.
Ada juga yang melahirkan rasa tidak puas hati kepada saya kerana dituduh cuba untuk menutup keadaan yang sebenarnya berlaku di Pasir Gudang. Bagi saya, tanggung jawab saya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS di Johor bukannya untuk mengeruhkan keadaan tetapi sedaya upaya untuk meredakan kebimbangan yang sedang melanda masyarakat di sana.
Saya tidak menolak bahawa terdapat kemungkinan rasa tidak puas hati yang berlaku di antara kaum termasuklah di Masai dan Pasir Gudang tetapi apalah perlunya untuk kita menyimbah minyak tanah ke atas bara api? Pastinya, tindakan membangkitkan isu perkauman tidak mendatangkan kebaikan untuk kita semua. Lebih baik kita simbahkan sahaja bara api tersebut dengan sebaldi air.
Firman Allah,
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Al-Maidah : 8
Sebentar tadi saya telah mendapatkan maklumat terkini daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Gudang, Syed Osman Syed Abdullah tentang keadaan di Pasir Gudang dan laporan taklimat yang diadakan semalam di Sekolah Kebangsaan Taman Cendana, Pasir Gudang. Continue reading ‘Info Terkini Di Masai dan Pasir Gudang’
Komen Terkini