12
Nov
07

Ismail dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baru

12-11-2007 11:21:01 AMKUALA LUMPUR: Datuk Ismail Omar dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Negara yang baru berkuatkuasa esok (13 Nov) bagi menggantikan Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz yang akan bersara.

Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengumumkan pelantikan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pelantikan Ismail diperkenankan oleh Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin atas nasihat Perdana Menteri setelah diperakukan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis.

Abdul Aziz yang juga Setiausaha Suruhanjaya Pasukan Polis berkata Ismail sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

Ismail, 54, yang dilahirkan pada 17 Mei 1953 di Kulim, Kedah, berkelulusan Ijazah Undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.

Beliau memulakan perkhidmatannya sebagai Inspektor Polis pada 15 Dec 1971 dan antara jawatan yang pernah disandangnya ialah Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Negeri Sembilan (1972), Pegawai Penyiasat di IPD Ipoh, Perak (1977) dan ASP Siasatan Tatatertib, Bukit Aman (1983).

Pada tahun 1994, Ismail memegang jawatan Pegawai Pendakwa Mahkamah Ipoh, Perak; Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (1996); ACP Pendakwaan/Undang-undang, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman (1999); Ketua Penolong Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman (2004); Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman (2005); Ketua Polis Negeri Selangor (2006) dan Pengarah Jabatan Pengurusan, Bukit Aman (2007) hingga kini.

About these ads

0 Responses to “Ismail dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baru”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: