05
Dec
07

ANWAR : Kenyataan di India: Jangan Terhadkan Pembelaan Hanya Pada Satu Kaum!

Ada beberapa pihak menyuarakan ketidaksenangan mereka terhadap kenyataan PM India Manmohan Singh yang meluahkan keprihatinan beliau terhadap penindasan masyarakat India di Malaysia. Sewaktu di Mumbai, saya nyatakan penghargaan kepada PM India yang prihatin terhadap kegelisahan masyarakat India di Malaysia tetapi juga melahirkan harapan agar beliau menekankan isu hak asasi seluruh rakyat Malaysia.

Daily News & Analysis India jelas merakam kenyataan saya tersebut, bahawa masyarakat Cina dan juga Melayu ditindas. Saya juga tegas menyatakan saya tidak bersetuju dengan kenyataan agresif HINDRAF, tetapi masalah peminggiran golongan tertindas harus ditangani segera.

ANWAR IBRAHIM


0 Responses to “ANWAR : Kenyataan di India: Jangan Terhadkan Pembelaan Hanya Pada Satu Kaum!”



  1. No Comments Yet

Leave a Reply