Archive for the 'Islam' Category

26
Nov
07

Usah dibeza PM Malaysia dan Presiden Iran

Oleh Afrar Yunus

Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad tidak perlu dibeza atau dibandingkan dengan mana-mana pemimpin dunia lebih-lebih lagi dengan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadenijad.

Masing-masing ada gaya pemerintahan tersendiri.

Ahmadenijad tidak suka kepada pembaziran. Presiden Iran itu tidak terlibat dalam apa-apa kejadian memegang atau menyentuh wanita. Pejabatnya dikatakan tidak memerlukan protokol ketat yang menyusahkan bukan sahaja menterinya malah menyusahkan orang ramai untuk bertemu dengannya. Continue reading ‘Usah dibeza PM Malaysia dan Presiden Iran’

18
Oct
07

Janji Allah kepada orang beriman

SESUNGGUHNYA Allah telah membeli dari orang yang beriman jiwa raga dan harta berada mereka dengan bayaran bahawa mereka akan memperolehi syurga – mereka membunuh dan terbunuh . Itulah janji Allah yang benar di dalam Taurat, Injil dan Quran. Siapakah yang lebih menepati janjinya dari Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jual beli yang telah lama kamu lakukan. (at-Taubah: 111) Continue reading ‘Janji Allah kepada orang beriman’

08
Oct
07

Jangan cemari Aidilfitri dengan maksiat

Shukri Yahya.

Daripada Anas r.a berkata: Selepas Nabi s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati bahawa penduduk Madinah mempunyai dua hari yang mereka raikannya pada zaman jahiliah. Lalu baginda bersabda, “Aku sampai kepada kamu semua dan aku dapati ada dua hari yang kamu semua raikannya pada zaman jahiliah, dan sesungguhnya Allah telah menggantikannya bagi kamu dengan dua hari yang lebih baik daripadanya: hari raya korban dan eidul fitri”. (Hadis sahih, riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Nasa’ie)

Hari Raya adalah ibadat. Bagaimanapun dalam keseronokan meraikannya ramai yang terlupa batasan yang ditetapkan oleh syarak.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ZHAFARAN NASIB menemu bual Pegawai Agama Kem Kementah, Mejar Shukri Yahya bagi mengupas isu ini.

MEGA: Apakah maksud Eidul fitri? Continue reading ‘Jangan cemari Aidilfitri dengan maksiat’

04
Oct
07

‘Ustaz & Ustazah’ Samperit, Chef dan Sami Burma !

artikel ini saya petik dari Blog faisal tehrani yang saya amat persetujui mesej yang ingin disampaikan kepada Ustaz ustaz, Ustazah ustazah diluar sana!!

malah ia juga harus menjadi  renungan buat kawan kawanku yang pulang  dari Mesir, Jordan dan Madinah.

apakah anda lemas dalam  keselesaan pemerintah Hadhari, sehingga antum semua jauh dari jamaah, mungkin ada dari mereka  sampai takut bertegur sapa risau dicop orang Bulan…

petikan : http://tehranifaisal.blogspot.com/

reformis muda
———————————————————

‘Ustaz & Ustazah’ Samperit, Chef dan Sami Burma

+ Ustaz gentel betul-betul ya. Nanti saya tengok cara ustaz gentel betul ke tak.

- Gentel macam ni ke?

+ Meh saya tengok ustaz punya besar ke tak lepas gentel.

Memang, memang dialog aib itu disalin hampir bulat-bulat dari sebuah rancangan masakan yang menampilkan ustaz dan ustazah (selepas ini uus iaitu s untuk samperit) berpadanan dengan seorang chef. Persembahan rancangan masakan itu ialah dengan sang uus sama-sama menguli atau menggentel tepung sambil sang uus bercerita tentang zakat, hikmah puasa, haramnya berjimak di siang hari bulan Ramadhan dan beberapa hal remeh temeh seperti jangan membazir, jangan malas terawih dan macam-macam lagi.

Buset! Memang memualkan. Tanpa menafikan niat baik untuk berdakwah secara amat pop dan komersil, kita hari ini berasa malu dengan kerenah uus menggentel tepung suji kerana uus ini telah hilang peranan sebagai agamawan.

 

 VS

Continue reading ‘‘Ustaz & Ustazah’ Samperit, Chef dan Sami Burma !’

04
Oct
07

Beyonce Batal Konser di Malaysia

Beyonce

KUALA LUMPUR - Bintang R&B asal AS, Beyonce, membatalkan konser debut di Malaysia. Sebab, dia khawatir pertunjukan itu bakal diprotes berbagai kelompok Muslim di negara itu. Sebab, di negara jiran itu, para penampil wanita dipaksa menutup aurat rapat-rapat di atas pentas.

“Mereka menyatakan dia akan berpengaruh buruk terhadap nilai moral dan cita rasa rakyat Malaysia dalam berpakaian,” tutur sebuah sumber.

“Kami sangat kecewa,” kata Rezlan Ahmad, Chairman Pineapple Concerts, promotor konser di Kuala Lumpur. “Sebagai ganti, Beyonce akan tampil di Indonesia.”

 

ADMIN: Satu kemenangan kecil untuk pejuang Islam di Malaysia. Inilah kesannya bila kita berusaha dan terus menerus dengan usaha dakwah nahi mungkar. Mungkin bilangan kita kecil, tapi masyarakat dunia tahu kehadiran kita!!!

02
Oct
07

Kisah Jais gagal tangkap Ustaz Nasrudin di bulan Ramadan

Tue | Oct 02, 07 | 10:20:24 am MYT

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Hrkh) - Kisah siri tangkapan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap pendakwah-pendakwah yang menyampaikan ilmu Allah tidak pernah putus dalam diari mereka walau di bulan Ramadan sekalipun.

Kali ini, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi hampir-hampir menjadi mangsa kerakusan golongan yang tidak ingin melihat tersebarnya ilmu Allah di bumi Selangor. Untuk mendapatkan penjelasan setepatnya, berikut Harakahdaily melampirkan catatan peribadi beliau mengenai senario yang berlaku pada hari kejadian:

Tiga hari sebelum saya dijadualkan untuk membentang Muqaddimah kitab Feqhud Daulah karangan Dr Yusuf al Qaradhawi pada Majlis Tafaqquh Fid Deen di Surau ar Raafiq di Seksyen 7 Kota Damansara , saya telah menerima tidak kurang 10 maklumat melalui sumber yang berauthoriti dan juga sms bahawa pihak Jais akan menangkap saya di surau tersebut.

Sehari sebelum jadual itu berlangsung (iaitu pada 29 Sept 2007 /Sabtu), pihak penganjur telah menghubungi saya bagi mengesahkan laporan bahawa saya akan ditangkap oleh Jais jika menghadiri program Tafaqquh Fid Deen keesokkan harinya jam 9.00 pagim adalah laporan yang benar dan tepat.

Pihak penganjur cuba mendapatkan keputusan dari saya, apakah saya akan hadir atau tidak ? Continue reading ‘Kisah Jais gagal tangkap Ustaz Nasrudin di bulan Ramadan’

28
Sep
07

Dr Hayati minta kerajaan main peranan supaya masyarakat takutkan tuhan

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]:Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada jawapan tadi saya rasa ada beberapa perkara yang Timbalan Menteri tidak menyebut. Banyak perkara-perkara yang ada dalam masyarakat ini yang boleh mempengaruhi berlakunya sumbang mahram ini.

Saya rasa kita ada banyak program-program hiburan yang melampau, bentuk-bentuk VCD lucah yang mudah diperoleh, majalah-majalah dan akhbar yang sering memaparkan gambar-gambar yang menaikkan ego kelelakian.

Jadi soalan saya, apakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan untuk menyedarkan masyarakat supaya mereka ini menjadi masyarakat yang takutkan Tuhan. Terima kasih.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri [Datuk Fu Ah Kiow]: Tuan Yang di-Pertua, dalam Rukun Negara kita memang ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’ adalah satu rukun yang pertama. Itu pun sentiasa di peringatkan di sekolah, institusi pendidikan juga kita sentiasa tekankan pengajian agama masing-masing, jadi itu memang telah ada.

Tentang terdapat majalah-majalah lucah dan sebagainya, saya ingin terangkan di sini melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri kita sentiasa memantau penerbitan dan juga majalah-majalah yang diimport daripada luar negara.

Jika ada dapat itu mungkin adalah melalui saluran yang tidak sah atau diseludup, adalah tidak benar mengatakan ada banyak majalah yang lucah. Jika ada saya minta memberi maklumat dan kita sentiasa mengambil tindakan terhadap mereka yang mengedarkan dan menjualkan majalah tersebut. Sekian, terima kasih.
(Soalan Jawab Lisan No. 10 – 6 Sept. 2007)

26
Sep
07

Tazkirah Untuk Khir Toyo

Oleh MNI  (Laman M@RHAEN)


Salam Romadhon Fasa Kedua,
 
Hari ini kita sudah memasukki fasa kedua Romadhon dinamakan fasa Keampunan. Kita berdoa semuga semua umat Islam diampunkan Allah termasuk mudah-mudahan bagi diri saya dan Menteri Besar negeri saya Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
 
Romadhon sangat besar anugerahnya dan nampaknya semua orang tak kira hijau atau biru, kuning atau merah, kelabu atau apa-apa warna sangat tekun mengambil peluang dalam romadhon ini . Ada yang datang awal ke surau dan masjid dan jika di lakukan solat tarawikh 20 rakaat bagaimana cadangan Menteri Besar negeri saya, maka apabila 8 rakaat selesai, tinggal 1/4 sahaja jemaahnya . Apa pun yang lebih penting bukan bilangan, yang lebih penting ialah melakukan nya , berbanding yang tidak melakukan nya langsung. Tidak melakukan tarawikh juga masih lebih baik berbanding jika buat maksiat atau langsung tidak solat.
  Continue reading ‘Tazkirah Untuk Khir Toyo’

21
Sep
07

Berbuka di hotel hukumnya harus: Dr Abdullah

Ni apa punya pendapat pulak ni?Macam macam punya pendapat dari macam macam jenis ulamak upahan.

Yang Hadhari la …. yang tak Hadhari la ……. macam macam!

Terlampau banyak sangat ‘bijak pandai’ tentang ugama pun akan jadi macam macam cacamerba maknenek akan keluar dari mulut-mulut puak-puak yang mengaku ulamak kononnya. Padahal disegi amalan dan ibadat dan tindak tanduk mereka lebih kepada kepura-puraan saja. Cakap tidak serupa bikin. Pandai berkhutbah saja, hukum itu hukum ini, diri sendiri tidak meyakinkan langsung. Sekadar ada title Dr didepan nama saja belum cukup boleh meyakinkan umat. Itu pun banyak dijual dipasaran terbuka (macam di pasar malam saja standardnya). Tiada nilai. No value.

Continue reading ‘Berbuka di hotel hukumnya harus: Dr Abdullah’

16
Sep
07

HOI, APA CERITA NI: Hanya 10% hotel di Selangor dapat sijil halal

Berita KOMEN: Kenapa JAIS, JAKIM berlembut sangat soal halal-haram makanan orang Islam? Kenapa penguatkuasa seperti tak sampai hati untuk ambil tindakan sedangkan sudah berapa banyak makanan haram ditelan orang Islam tanpa sedar?

Oleh Wan Jailani Razak
Berita Harian

SHAH ALAM: Hanya empat daripada 30 hotel di Selangor yang melepasi kriteria mendapatkan sijil halal, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat, Datuk Abdul Rahman Palil.

Beliau berkata ia menunjukkan sikap sebahagian besar pengusaha hotel tidak mempedulikan kepentingan penyediaan makanan halal untuk umat Islam.

Malah, katanya, masih ramai umat Islam memilih makan dan minum di hotel yang tidak mendapat sijil halal Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Continue reading ‘HOI, APA CERITA NI: Hanya 10% hotel di Selangor dapat sijil halal’

16
Sep
07

Peniaga Melayu berisiko alami kerosakan iman di bulan Ramadan

15-09-2007 09:15:53 PMSEREMBAN:  Golongan peniaga Melayu diingatkan supaya tidak menaikkan harga semasa berniaga di bulan Ramadan kerana tujuan sebenar berjual beli dalam bulan yang mulia ini adalah untuk menyediakan juadah orang berbuka puasa.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata peniaga Islam yang menjual makanan dengan harga sehingga berlipat ganda hanya akan merosakkan iman mereka dan keberkatan berpuasa pada hari itu. Continue reading ‘Peniaga Melayu berisiko alami kerosakan iman di bulan Ramadan’

02
Sep
07

Masalah Masalah….

ادوه اڤ ناق جادي دڠن بڠساكو بهاس سنديري ڤون تاء تاهو MEDEKA اڤڽ تاء تاهو



02
Sep
07

Hina Nabi: Akhbar Sweden enggan mohon maaf

STOCKHOLM 1 Sept. – Sebuah akhbar utama Sweden tidak akan meminta maaf di atas penyiaran karikatur kartun yang menghina Nabi Muhammad s.a.w walaupun perbuatan itu akan menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.Pada 18 Ogos lalu, akhbar Nerikes Allehanda menggambarkan Nabi Muhammad s.a.w dengan panggilan yang tidak sepatutnya bagi menggambarkan kebebasan bersuara dan beragama. Continue reading ‘Hina Nabi: Akhbar Sweden enggan mohon maaf’

02
Sep
07

Rakyat Pakistan bantah akhbar Sweden siar karikatur hina Rasulullah

Berita Luar Negara AISLAMABAD:  Pakistan kelmarin mengutuk tindakan sebuah akhbar di Sweden yang menyiarkan sebuah karikatur menunjukkan Nabi Muhammad SAW berbadankan seekor anjingIslamabad menyifatkannya perbuatan itu sebagai satu penghinaan kepada umat Islam.

‘Kami kesal dengan kecenderungan sesetengah orang Eropah untuk mencampuradukkan kebebasan bersuara dengan perbuatan yang sengaja menghina 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia,’ kata satu kenyataan Kementerian Luar Pakistan.

Akhbar Sweden, Nerikes Allehanda, menyiarkan lukisan karya pelukis rakyat Sweden, Lars Vilks, Jumaat lalu, selepas galeri seni enggan mempamerkannya.

VEkoran penyiaran karikatur itu, kuasa usaha di kedutaan Sweden di Islamabad Lennart Holst, telah dipanggil oleh Kementerian Luar Pakistan berhubung lukisan tersebut, kata jurucakap Kementerian Luar Sweden,  Claes Jernaeus.

‘Mereka menyampaikan bantahan secara lisan kepada kerajaan Sweden mengenai apa yang mereka kata satu penghinaan terhadap Nabi Muhammad saw,’ kata Encik Jernaeus.

Continue reading ‘Rakyat Pakistan bantah akhbar Sweden siar karikatur hina Rasulullah’

01
Sep
07

sekitar HIMPIT 2007

Berita  Oleh amdang81

Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT 2007) telah berjaya mengumpul lebih daripada 5000 pemuda PAS seluruh negeri Terengganu di Masjid Rusila pada Jumaat 31 Ogos 2007.

Pelbagai acara dijalan semalam termasuk mengorbankan 20 ekor lembu.


Para peserta sedang mendaftar HIMPIT 2007


Peserta daripada DUN Sura, Dungun, Terengganu
Continue reading ‘sekitar HIMPIT 2007′

01
Sep
07

XPDC Dakwah: Catatan di Konsert AF di SMK Seri NIlam

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt…

Jam 4.30 Petang aku terima call dari seorang kawan. “Amdang, call Sinar Harian! Malam ni pemuda KT nak buat demo bantah konsert di SMK Seri Nilam!”. Dalam kepala aku demo, banner, takbir, polis, FRU dan topi merahnya. Aku sebetulnya tak suka demontrasi ni. Kerana ianya melambangkan betapa pihak yang perlu dihadap itu terlalu DEGIL! Ya lah, setelah kita bincang dan beritahu itu dan ini pun belum ambil satu keputusan yang ‘wajar dan saksama’, maka cara lain yang rakyat perlu tunjuk adalah dengan demonstrasi. Sebab ini akan mendapat perhatian media, mendapat perhatian pihak atasan, dan kadang-kala akan disokong oleh orang ramai yang belum memahami isu yang hendak disampaikan. Juga bukti kita perjuangkan satu isu itu bukan main-main. Kita bersungguh dan komited!.

Aku dah lupa berapa kali aku ikuti demonstrasi. Tapi bilangannya tidak terlalu banyak. Masih cukup jari tangan dan kaki jika aku renung kembali apa isu yang pernah aku juangkan dalam menyertai demonstrasi ini. Semuanya pada aku adalah perhimpunan aman. Berhimpun menyatakan sokongan pada pihak tertentu dan mungkin juga mengecam pihak tertentu. Kami berhimpun dengan aman, tetapi dikejar dan dihambat oleh FRU menjadikan suasana kacau dan bilau. Macam rakyat ni nak perang dilanyak mereka. Apa boleh buat, mereka memikul amanah pemimpin. A kata pimpinan, A yang dibuat. B kata pimpinan, B yang diturut. Ada muka-muka FRU yang aku lihat kesal dalam perbuatan mereka. Ada yang seolah-olah tidak redha. Nak je aku kata, “Carilah kerja lain yang lebih diberkati dari menjadi anjing suruhan!” Maaf, bukan aku samakan FRU dengan anjing, tetapi istilah anjing suruhan adalah bagi menggambarkan betapa setianya pelaksana amanah itu menjalankan suruhan.

Continue reading ‘XPDC Dakwah: Catatan di Konsert AF di SMK Seri NIlam’

30
Aug
07

Malaysiaku Gemilang dunia dan akhirat

Oleh Roslan SMS

Tepat jam 12 malam ini Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke 50. Dengan tema Malaysiaku Gemilang, berbagai aturcara dan majlis disusun sepanjang bulan bagi merayakan tarikh penting dalam sejarah negara ini.
Hari ini NST memuatkan 4 muka penuh pandangan pimpinan politik, masyarakat, NGO, tokoh korporat, budaya, akademik, personaliti sukan, seni dan lain-lain berhubung ulantahun kemerdekaan negara ini. Apakah yang paling baik pada pandangan mereka berkenaan negara ini dan sekiranya mereka berpeluang membawa satu perubahan, apakah perubahan itu?
Antara 50 tokoh yang diminta pandangannya termasuklah Setiausaha Agung PAS dan juga ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat.

Continue reading ‘Malaysiaku Gemilang dunia dan akhirat’

30
Aug
07

Kenali dahulu Islam sebelum memusuhinya

 Oleh Roslan SMS

Blogger terkenal Sdr Jeff Ooi yang baru mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP telah kini secara terbuka mengunakan lamanya Screenshots untuk menyibarkan ideologi politiknya yang baru itu. Itu hak beliau, kerana sesungguhnya Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan hak kebebasan bersuara.
Posting terbaru Jeff, Merdeka 50: Other Views menghubungkan lamannya dengan laman web Catholic Asian News yang mempunyai liputan khas berkenaan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 50.

Continue reading ‘Kenali dahulu Islam sebelum memusuhinya’

30
Aug
07

Fitnah kepada Presiden PAS – Daily Mirror, UK mohon maaf

Berita Oleh Mohd Rashidi Hassan

aKUALA LUMPUR, 30 Ogos (Hrkh) - Akhbar ternama di Britain, Daily Mirror memohon maaf kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana menuduh beliau sebagai pemimpin pergerakan al-Qaeda.

Siaran pada 1 Mei lalu, Daily Mirror pada muka surat 3, mengeluarkan berita memfitnah Presiden PAS dan mendakwa beliau sebagai pemimpin nombor 3 al-Qaeda yang kini ditahan di Guantanamo Bay, Panama.
img213/4236/amponnc8.jpg

Continue reading ‘Fitnah kepada Presiden PAS – Daily Mirror, UK mohon maaf’

29
Aug
07

Apabila Ustazah sertai Bintang Klasik

Artikel  Oleh Abd Hadi

Assalamualaikum,
Isu yang ingin saya utarakan berlaku pada 3 Ogos 07 lalu, tetapi bagi kami ia menjadi kejadian yang sangat mengaibkan dan memalukan.

Bagi peminat-peminat pertandingan Bintang Klasik Nasional 2007, ada sesuatu yang tidak mereka ketahui terutama penonton di Semenanjung dan di Sarawak. Malahan di Sabah mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa pemenang kedua kategori wanita iaitu Dayangku Nurul Fattihah Umi Qalthum Pengiran Zainal Abidin, 26 yang berasal dari Sabah itu adalah seorang USTAZAH.
 Continue reading ‘Apabila Ustazah sertai Bintang Klasik’




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.