Archive for the 'Uncategorized' Category

20
Aug

Alhamdulillah..

Assalamualaikum…

lama rasanya tak berBLOG disini… almaklomlah yg lama masih setia dihati.. yg nie just back-up sahaja andai ada apa2 masalah berlaku.. so far alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. Jadi kepada sahabat semua.. teruskan berblog di blog lama TarakNama Ver1.0…

17
Feb

Kata ADMIN

Sempena musim PILIHANRAYA nie… ADMIN hanya akan update blog lama… TarakNamaV1 namun jika ada apa2 musibah kepada blog lama sila berkunjung semula ke blog ini…

Harap Maklum…

Selamat Berjuang

17
Feb

Pulau sementara TV1, TV2 dan TV3

Mohd Sabri Said
Sun | Feb 17, 08 | 11:00:57 am MYT
KEPALA BATAS, 17 Februari (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasarudin Mat Isa mengajak rakyat negara ini memulau sementara media elektronik terutamanya TV1, TV2 dan TV3 kerana begitu keterlaluan memutarbelitkan fakta kononnya parti pembangkang begitu ganas, tidak mahukan kemajuan dan sengaja membiarkan rakyat miskin di bawah pemerintahannya di Kelantan.

Baginya, Menteri Penerangan, Dato’ Zainudin Maidin gagal menunjukan kematangan dan profesionalisme ketika mengendalikan stesen penerangan milik rakyat itu kerana merubah fungsi RTM khususnya TV1 dan TV2 kepada pusat propaganda BN.

Hari ini kebanyakan berita dan rancangan terbitan tempatan yang disiarkan menerusi TV1, TV2 dan TV3 milik swasta semuanya berbau politik bertujuan menyelamatkan maruah pengtadbiran Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah calar.

“Mulai sekarang sehingga tiga minggu akan datang, rakyat harus pulau sementara TV1, TV2 dan TV3 kerana tidak melaksanakan tanggungjawab menyalurkan maklumat betul sebaliknya cuba memburukkan imej parti pembangkang. Hari ini rakyat hanya boleh percayakan filem Doraemon (rancangan kartun Jepun) daripada siaran berita,” katanya diiringi gelak ketawa hadirin.

Nasharuddin berucap di majlis Jamuan Perdana sempena program ‘Jelajah Presiden’ anjuran PAS Kawasan Kepala Batas di Tapak Komplek PAS Kepala Batas di Kampung Kota Aur, Penaga tengahari semalam.

Beliau turut menyatakan kesediaan PAS menumbangkan Presiden Umno di Parlimen Kepala Batas serta membantu Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan) menawan Pulau Pinang pada pilihan raya umum 8 Mac depan.

Kemelut yang berlaku terhadap negara sekarang ini memerlukan keprihatinan rakyat untuk menolak kepimpinan yang korupsi, tidak telus serta mementingkan kronisme.

Kekayaan negara katanya, dikaut untuk kepentingan peribadi padahal semasa mula memegang tampuk pemerintahan, Abdullah telah mengarang sajak ‘Damai Abadi’ yang antara lain menyebut kononnya beliau tidak berminat mengumpul harta bertimbun-timbun sebaliknya ‘mencari imam Al-Ghazali’.

“Apa yang diperkatakan semasa mula memegang kuasa hanya tinggal kenangan bila empat tahun berkuasa. Walaupun beliau tidak terlibat secara langsung mengaut keuntungan tetapi kaum keluarganya penuh dengan skandal melibatkan wang rakyat,” terangnya di hadapan ribuan hadirin.

Nasharuddin turut menyeru jentera PAS dan Barisan Alternatif (BA) semua peringkat agar mencurahkan semaksima mungkin buah fikiran, wang ringgit dan tenaga bagi memastikan pertambahan kerusi Parlimen dan Dun sekaligus menafikan dua pertiga penguasaan BN di Dewan Rakyat dan Dun.

Suasana yang wujud sekarang, ujarnya menyebelahi BA dan parti-parti pembangkang kerana peralihan sokongan masyarakat India dan Cina.

“Tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini tambahan pula untuk mengalahkan Perdana Menteri di Kepala Batas asalkan semua jentera kita berjalan lancar dan tersusun. Yang kita khuatir, kita tak buat kerja tapi berangan-angan menjatuhkan BN, ” tegas beliau.

Berucap sama pada majlis itu Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man.

Turut hadir Setiausaha PAS negeri, Fadzil Kemi, Ketua Penerangan PAS negeri, Haji Halim Saleh, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN), Ustaz Khalid Man, Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas, Ustaz Ghazali Wahid dan para pemimpin PAS kawasan. - tajdid

13
Nov

Tindakan tegas buat pihak peralat kanak-kanak di perhimpunan haram


(foto fail The Star)

12-11-2007 05:11:19 PM KUALA LUMPUR: Polis akan bertindak tegas terhadap pihak yang memperalatkan kanak-kanak, yang menjadikan mereka sebagai benteng dalam perhimpunan haram, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
selengkapnya 

10
Oct

Ucapan AidilFitri…

 

Assalamualaikom…

OK sempena aku dah nak balik kg nie jadi inginlah aku ucapkan Salam Lebaran utk semua pengunjung Blog aku ini…Semoga anda semua bergembira dihari Lebaran…

 

dan aku jugak ingin memohon kemaafan kepada semua rakyat malaysia baik dari rakyat M@RHAEN dan sehingga ke PEMIMPIN di atas sana….

 

Salam Aidilfitri…Ampon Maaf diPinta…

TarakNama…

01
Oct

10 MALAM JAA LAGI…

Tingkatkan amalan di malam 10 akhir Ramadan

 Foto

Ehsan KLpost

KEPADA RAKAN TAULAN YG MENGUNJUNGI BLOG INI SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH DI 10MALAM YG TERAKHIR NIE….INSYA’ALLAH

 

29
Sep

Perpecahan bukan isu antarabangsa

Perpecahan bukan isu antarabangsa
NEW YORK 29 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, masalah perpecahan di Palestin antara kumpulan Hamas yang menguasai Gaza dan Fatah di kawasan Tebing Barat tidak perlu dijadikan isu antarabangsa yang memerlukan campur tangan pihak luar untuk menyelesaikannya.

28
Sep

Kerajaan mesti terus terang benarkah wujud angkasawan Malaysia ?

Fri | Sep 28, 07 | 6:58:59 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Hrkh) - Memandangkan perbelanjaan yang besar telah dikeluarkan dengan menggunakan wang rakyat, kerajaan perlu bertanggungjawab untuk berterus terang adakah benar Malaysia menghantar angkasawan?

Ketika media-media utama begitu heboh dengan apa yang didakwa sebagai angkasawan negara, semakin ramai yang mempersoalkan adakah Malaysia menghantar angkasawan atau pelancong angkasa?

Semalam, dalam laman web berita ini, seorang wartawan veteran, Ahmad Tajdid turut mempertikaikan perkara tersebut.

Sambil mengucapkan syabas kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor kerana menjadi rakyat Malaysia pertama ke angkasaraya, beliau mempertikaikan adakah apa yang dibanggakan itu merupakan projek angkasawan negara atau pelancongan angkasa? Continue reading ‘Kerajaan mesti terus terang benarkah wujud angkasawan Malaysia ?’

27
Sep

Ulang Tayang Video Sensasi - VK Linggam

Sila rujuk juga link-link berikut kepada Video Asli (format besar), Transkrip Video, Klip Audio Tambahan, dan Transkrip Klip Audio.

19
Aug

Bolehkah PAS Bersatu Dengan UMNO?

Komentar Oleh Ustadz One-G

aSudah lama aku agak tidak menulis dengan merujuk kepada sumber rujukan ilmu. Pun begitu, aku tetap menulis, tetapi lebih kepada sesuatu yang bersifat isu dan pandangan peribadi. Kekurangan merujuk dalam tulisan menyebabkan sebilangan pembaca blogku telah bertanya. Aku menyatakan, kesibukan untuk bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya di Dun dan Parlimen Subang telah menyebabkan aku kekurangan membaca yang melahirkan banyak tulisan yang bersumberkan kepada rujukan ilmu.

Walaubagaimanapun, selepas menyampaikan kuliah di salah sebuah surau yang berhampiran rumahku, disamping ketiadaan program dan perbincangan pada selanjutnya, telah mendetikkan hatiku untuk melayari internet dan mencari info terkini agar tidak digelar sebagai “tin kosong”.

Aku membuka blog saudara Roslan SMS yang merupakan sahabat seperjuangan, yang disana aku terbaca satu tulisan beliau berkenaan dengan cadangan Saudara Anuar Md Nor untuk menyatu antara UMNO dan PAS dengan beberapa soalan yang perlu di jawab.

Tulisanku kali ini, bukanlah mahu menjawab segala persoalan itu, tetapi lebih untuk menyatakan perbezaan sebenar antara UMNO dan PAS yang patut difahami.
Continue reading ‘Bolehkah PAS Bersatu Dengan UMNO?’

08
Aug

KENYATAAN MEDIA BERSAMA PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)

Oleh BPPNS

 KENYATAAN MEDIA BERSAMA PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) iaitu gabungan wakil-wakil NGO-NGO Islam yang prihatin dalam menangani pelbagai isu-isu berkaitan dengan kedudukan Islam di Malaysia. Mesyuarat pada 16 Julai 2006 telah memutuskan untuk menubuhkan gabungan tersebut sebagai rangkaian gerak kerja bersama organisasi Islam di Malaysia. Hingga kini 80 NGO gabungan. Laman web rasmi: www.myislamnetwork.net
Continue reading ‘KENYATAAN MEDIA BERSAMA PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)’

07
Aug

‘Terkuburnya kredibiliti Peguam Negara’ - Takziah kepada Abdul Ghani Patail!

Azamin Amin
Tue | Aug 07, 07 | 09:51:44 AM
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Rakaman ucapan takziah ditujukan kepada Peguam Negara Dato’ Abdul Ghani atas ‘kematian dan terkuburnya’ kredibiliti beliau akibat ‘lemah hati’ minggu lepas dan dipercayai kredibiliti beliau bersama Jabatan Peguam Negara telah sakit tenat sejak 10 tahun lalu.

Demikian menurut satu iklan yang disiar dalam akhbar Suara KeADILan, yang menarik perhatian ramai, secara sinikal dipercayai merujuk kepada sistem perundangan negara khususnya melibatkan jabatan Peguam Negara yang semakin diragui dan dicurigai proses pengendaliannya.

Ini juga dikatakan ada kaitan dengan desas desus perletakan jawatan beberapa Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kanan, namun dinafikan Jabatan Peguam Negara.

Bagaimanapun mereka mengesahkan ada antara mereka termasuk Ketua Bahagian Pendakwaan, Dato’ Mohd Yusof Zainal Abiden, menerima tawaran lebih baik daripada luar.

Continue reading ‘‘Terkuburnya kredibiliti Peguam Negara’ - Takziah kepada Abdul Ghani Patail!’

02
Aug

Sokong Nazrin dengan pecat menteri yang beri masalah

nOleh SIASAH

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu menunggu rakyat memberikan mesej mereka melalui pilihan raya baru mahu memaksa beberapa menteri dan pegawai kanan kerajaan yang memberikan masalah meletakkan jawatan.

Continue reading ‘Sokong Nazrin dengan pecat menteri yang beri masalah’