02
Aug
07

Belasah, bogel, rakam aksi lucah – BN hidangkan generasi rosak akhlak untuk pimpin negara?

Azamin Amin
Thu | Aug 02, 07 | 11:21:07 AM
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Hrkh) – Kronik dan parah! Jijik lagi mengaibkan! Begitulah proses pendidikan di sekolah yang semakin gagal menuju ke arah kerosakan dan kehancuran moral dan akhlak para remaja sekolah.<!–

“Falsafah negara dilihat begitu cantik namun pelaksanaannya menuju ke arah kegagalan hingga menghasilkan kes-kes yang kronik seumpama ini,” katanya ketika dihubungi oleh Harakahdaily.net.

“Perlu ada reformasi segera dalam sistem pendidikan negara dan kementerian mesti beramanah dan adil untuk melakukan perubahan bukannya atas nama politik semata-mata,” katanya.

Katanya, lagi dari segi Islam, pihak yang mempunyai kuasa seperti Menteri Pendidikan, pihak Polis dan ibu bapa perlu mengembeng tenaga dan bersungguh-sungguh untuk membanteras dan mencegah kemungkaran yang semakin mewabak di kalangan remaja sekolah ini.

Katanya, hadis Nabi menyarankan bahawa individu atau sesiapa yang mampu mencegah sesuatu perbuatan mungkar seperti jenayah itu mestilah bertindak segera dan lazimnya kemampuan itu katanya ada pada pihak yang mempunyai kuasa.

“Jangan sekadar penuh dengan gagasan, dasar dan slogan untuk menydapkan hati rakyat atau ibu bapa, tetapi perlaksanan dan tindakan susulan adalah pada tahap yang sangat lemah,” katanya, sambil membidas kerajaan Barisan Nasional.

Katanya, kes-kes seumpama itu merupakan kes terpencil yang dilaporkan yang perlu diberi perhatian serius kerana ianya mencerminkan sistem pendidikan secara keseluruhan yang dilihat semakin gagal.

“Itu kes yang dilaporkan dan saya percaya masih banyak lagi yang disembunyikan dan secara purata semua sekolah di negara ini mempunyai masalah-masalah kronik yang hampir serupa,” katanya

Beliau yang juga merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah dekat sini, turut menyenaraikan beberapa kajian rambang yang menzahirkan sikap remaja sekolah sekrang yang ada antaranya sudah meningkat dewasa tidak mengenal al-Quran dan tidak pernah mengerjakan solat.

“Asas benteng dan pelindung kepada perbuatan mungkar ialah solat dan ini perkara yang diabaikan rama remaja sekolah yang perlu ditekankan oleh guru kepada anak muridnya,” katanya

Beliau menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia dan Polis menyiasat segera dan mengambil tindakan tegas, kerana perbuatan ganas, biadap dan melampau ini, mencemarkan imej institusi pendidikan negara ini.

“Utamakan pendidikan agama dan pembangunan rohani pelajar adalah jalan terbaik kepada punca masalah ini dan jangan dikesampingkan begitu sahaja kerana hasilnya akan lebih parah lagi,” katanya.

“Kita tidak mahu negara ini diwarisi generasi yang rosak yang kelak dipimpin oleh mereka. Kita mahu yang berakal, berdisiplin dan sensitif terhadap masa depan mereka dan negara,” katanya.

Beliau juga membidas kerajaan BN yang kelihatan sengaja membiarkan generasi rosak akhlak berleluasa dalam negara bagi kepentingan politik mereka semata-mata. – mr


0 Responses to “Belasah, bogel, rakam aksi lucah – BN hidangkan generasi rosak akhlak untuk pimpin negara?”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: