02
Aug
07

Malaysia Sudah dijajah..??

 Oleh Dr Fikrah

Kemerdekaan yang akan disambut pada akhir bulan ini, sudah pasti mengingatkan kita tentang coretan sejarah berkenaan dengannya. Sepertimana yang telah kita ketahui sejak di bangku sekolah rendah lagi, tentang perjuangan yang dihadapi oleh kepahlawanan Tanah Melayu untuk membersihkannya dari belenggu penjajah.

PM imbau keperitan pejuang kemerdekaan

BUTTERWORTH 31 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengimbau kembali keperitan yang dilalui para pejuang kemerdekaan negara termasuk bapanya, Datuk Ahmad Badawi Abdullah Fahim dan penyokong UMNO khususnya semasa perhimpunan di Padang Kelab Rekreasi Butterworth pada tahun 1948 yang kini dikenali sebagai Dataran Pemuda Merdeka.

Perdana Menteri berkata, pada ketika itu para pejuang yang menuntut kemerdekaan sanggup berkorban apa saja untuk negara termasuk harta benda dan keringat semata-mata bagi memastikan tanah air bebas daripada penjajahan seterusnya ditadbir oleh rakyat tempatan.

Abdullah yang terharu dewan baru itu dinamakan bersempena nama bapanya bagi memperingati jasa dan pengorbanan Allahyarham berkata, beliau semasa itu masih kanak-kanak berdiri di bawah terik matahari di tanah lapang itu sebagai medan berkumpul para pejuang kemerdekaan.

“Pergerakan Pemuda UMNO bila datang ke kawasan ini mereka berjalan kaki dari Kepala Batas sejauh 14 hingga 16 kilometer dengan diikuti dua kereta lembu yang membawa dua tempayan berisi air sirap sebagai bekal air minuman untuk mereka yang berjalan.

“Walaupun panas terik dan mereka berdiri berjam-jam lamanya dan selepas berjalan jauh, mereka masih bersemangat. Itulah semangat perjuangan kemerdekaan pada masa itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Koridor Utara) peringkat negeri seterusnya merasmikan Dewan Datuk Ahmad Badawi di sini hari ini.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menandatangani plak khas sebagai tanda pengiktirafan perjuangan tokoh negara menjelang kemerdekaan yang ke-50.

Abdullah berkata, segala kemudahan termasuk memerintah sendiri tanah air tercinta adalah merupakan hasil usaha pejuang terdahulu yang dinikmati generasi masa ini.

Ulasanku

Sejarah yang cukup menceritakan betapa semangatnya pejuang-pejuang ini menuntut keamanan dari belenggu penjajah. Di dalam mengulas tentang isu kemerdekaan, saya lebih tertarik untuk memperjelaskan tentang tajuk “penjajahan Malaysia”. Saya berpendirian bahawa Malaysia (bukan Tanah Melayu) sudah dijajah. Mungkin ada yang bersetuju dan mungkin sebaliknya.

Kenapakah perlu bersedih dengan perjuangan yang lalu sekiranya pahlawan hari ini macam dirasuk hantu Yahudi?! Apakah yang dikatakan dengan hantu Inggeris? HANTU lebih mengaitkan dengan sesuatu perkara yang menakutkan dan ia tidak membahayakan tubuh badan melainkan perasaan takut semata-mata. YAHUDI pula ialah salah satu daripada beberapa penjajah yang telah berjaya menjajah bumi Melayu.

Tahukah anda, hari ini kita sedang dijajah oleh Yahudi dan penjajahannya turut disokong dan didokong oleh “orang-orang besar” di Malaysia ini. Siapakah pahlawan-pahlawan yang akan membebaskan Malaysia daripada jajahan Yahudi ini? Persoalan ini sudah pun diketahui oleh anda sendiri. Banding dan fikirkan.

Serangan yang tidak menggunakan senjata peluru mahupun bom ini sangat memberi kesan yang mendalam dan menakutkan. Ini kerana serangannya akan menyebabkan mangsa lebih memberi sokongan padu terhadap perjuangan Yahudi! Contoh yang boleh dikaitkan di dalam hal ini ialah 4 S yang pernah saya katakana dahulu.

Sex, Screen, Song dan Sport adalah 4 senjata yang digunapakai oleh Yahudi untuk menjajah Malaysia sehinggakan Melayu sendiri sudah berani mengaku bahawa Malaysia akan mundur dan kolot sekiranya tidak terkena serangan 4 S ini. Menakutkan! Mereka yang tidak bercouple dianggap kampung, tidak normal dan pelbagai lagi tohmahan kepada mereka yang cuba menyelamatkan Malaysia daripada senjata ini.

Boleh saya katakan bahawa, Malaysia hari ini sudah dijajah dan terus dijajah selagi mana “orang-orang besar” yang berfikiran Yahudi ini masih “diternak” dan diagungkan! Percayalah, Yahudi telah menghantar wakil-wakil mereka dari kalangan Melayu sendiri supaya orang-orang inilah yang akan menghancurkan negara mereka sendiri sehinggakan Yahudi tidak perlu membazirkan nyawa tentera-tentera mereka untuk menjajah Malaysia, sepertimana yang berlaku pada zaman kemerdekaan yang sudah berkesudahan!

Malaysia pernah mengecapi kemerdekaan “suatu masa dahulu”, tetapi ia hanyalah sebuah coretan sejarah negara. Hari ini Malaysia telah dijajah semula, dan penjajahan ini tidak mengorbankan banyak nyawa, sebaliknya mampu melahirkan lebih banyak tentera-tentera mereka di seluruh dunia.

Antara tentera-tentera tersebut, ialah mereka yang memburuk-burukkan Islam dengan pelbagai sistem baru bertujuan menjatuhkan Islam secara dalam. Ada juga yang mengecam ulama’-ulama’ Islam dengan pelbagai fitnah dan tohmahan! Perhatilah sendiri di sekeliling kita, kita akan mendapati banyak tentera-tentera Yahudi yang telah didoktrinkan daripada masyarakat Melayu sendiri.

Adakah kita tergolong di kalangan mereka?

Perjuangan Tanah Melayu atau Islam?

Hari ini, ramai yang mendakwa bahawa merekalah pejuang kebangsaan, menjaga anak bangsa dan sebagainya. Bezakan di antara perjuangan pahlawan zaman dahulu dan hari ini, kita akan menemui jawapan yang mampu menggerakkan otak kita ini. Kenapakah perjuangan hari ini semacam berdiri di atas angin?

Ini kerana apa yang diperjuangkan hari ini bukanlah Islam, tetapi bangsa Melayu yang pasti akan pupus! Islam yang menghidupkan dan mengagungkan Melayu ketika dahulu sudah ditolak mentah-mentah melalui kaedah penYAHUDIan yang telah saya sebutkan tadi. Adakah kita patut berbangga dengan keMELAYUan kita?

Agak melucukan apabila melihat gelagat anak-anak Melayu yang bersemangat memperkatakan tentang perjuangan dan kemerdekaan sedangkan solat pun tidak dijaga! Islam sudah hilang dari dada mereka. Inikah yang kita harapkan untuk membangunkan Malaysia dengan keagungan Islam? Langsung tidak layak bergelar pejuang sekiranya perempuan-perempuan sendiri mengkritik tudung!

Perjuangan Melayu pasti semakin melayu-layu, melainkan perjuangan menegakkan Islam!

www.drfikrah.blogspot.com


0 Responses to “Malaysia Sudah dijajah..??”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: