Archive for August 3rd, 2007

03
Aug
07

BOLA: Dua dekad penuh hampa


Liga semi-pro dan profesional gagal tingkatkan pasukan bola sepak kebangsaan

GEMILANG pencapaian dinikmati pada majoriti dekad 1960an yang mencecah kemuncak sepanjang era 1970an, sebelumnya menjelmakan keyakinan betapa bola sepak negara bakal bakal mendominasi rentetan gemilang sebaik tempoh 1980an menjelmakan diri.

Sepanjang dekad itu, bertitik tolak daripada perubahan teraju Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila Sultan Ahmad Shah mengambil alih kepimpinan daripada Tan Sri Hamzah Abu Samah pada 1984, menyaksikan bola sepak negara dipacu ke arah lebih sistematik dan profesional.

Hasil usaha itu, lembaran baru dibuka dengan pengenalan Liga Separuh Profesional pada 1989, selepas penelitian rapi yang turut menyaksikan golongan bijak pandai bola sepak negara menjelajah benua Eropah untuk mencari formula terbaik buat memastikan langkah bakal diatur, bakal membuahkan hasil.

Seketika, ianya jelas menampakkan kesan positif. Jumlah penyokong meningkat mendadak, keghairahan dan semangat pemain begitu membuak-buak ketika pemain juga menjelmakan prestasi hebat ekoran daripada gembira menikmati imbuhan kewangan lebih menggalakkan.

Namun ianya tidak kekal lama. Gejala negatif mula mengambil alih ketika kesungguhan di tengah padang digantikan ketaksuban mencari untung di luarnya. Akibat daripada itu, layak ditakrifkan betapa satu generasi pemain negara terhapus angkara pembabitan dengan gejala rasuah bola sepak yang terdedah apabila lebih 120 pemain dan pegawai disisihkan kerana pembabitan mereka.

Continue reading ‘BOLA: Dua dekad penuh hampa’

03
Aug
07

Calun Presiden USA mahu Bom Makkah dan Madinah

Berita gOleh AhmadHadeed

Ogos 3, 2007. Calun Presiden USA Tom Tancredo dari parti Republikan (Parti Bush) bercadang untuk mengebom Makkah dan Madinah jika ‘pengganas’ menyerang USA. Ini disebut dalam ucapan nya di Iowa dalam ceramah kempen politik nya untuk merebut jawatan President USA.

‘Jika diberi kepada saya untuk membuat keputusan, kami akan memberitahu bahawa serangan keatas negara kita akan di balas dengan serangan keatas tempat suci Makkah dan Madinah’. (If it is up to me, we are going to explain that an attack on this homeland of that nature would be followed by an attack on the holy sites in Mecca and Medina)
Continue reading ‘Calun Presiden USA mahu Bom Makkah dan Madinah’

03
Aug
07

Apa ada pada Abdullah Badawi..???

Oleh Anak kambing (mykmu.net)

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja jadi PM terus tangguh beberapa projek yang telah diluluskan oleh kabinet yang beliau anggotai?

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja naik membenarkan penjualan Pantai Holdings kepada Parkway Singapura?

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM terus melantik Kalimullah bermaharajalela di NSTP.

Apa ada pada Abdullah Badawi bila sahaja menjadi PM, banyak editor Melayu NST tertendang keluar.

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, anak menantu sudah tunjuk taring?

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, RMK 9 penuh kecelaruan.

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, lain di mulut lain yang dibuat.

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, mengaku ini “Idea Saya.”

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, bekas PM dihina dan dicerca.

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, menantu jadi hantu.

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, Proton makin banyak rugi

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, AP bersepah milik Hanif dan Aziz

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, buang Ketua Bahagian yang menang bertanding.

Apa ada pada Abdullah Badawi yang bila sahaja menjadi PM, sudah pandai panggil orang Iblis

Apa ada pada Abdullah Badawi? tarak apa-apa pun.

03
Aug
07

Pertembungan tiga penjuru di Pulau Pinang?

Oleh Zulkifli Mohamed (Malaysia Today)

PULAU PINANG: Tidak mustahil, pertandingan tiga penjuru seperti mana berlaku pada pilihan raya umum 2004 berulang, sekiranya rundingan pembahagian kerusi antara Keadilan dan DAP negeri ini tidak diselesaikan secara memuaskan.

Difahamkan beberapa pemimpin Cina dalam Keadilan negeri ini, bersedia menjadi calon bebas, sekiranya DAP berkeras meletakkan calon di kawasan ‘milik’ Keadilan.

Seorang pemimpin terbabit yang menghubungi Malaysia Today berkata, perkara itu telah dibincangkan secara serius oleh ‘kumpulan’ mereka.

Malah, katanya ada yang telah menyatakan hasrat akan keluar parti, sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi. Continue reading ‘Pertembungan tiga penjuru di Pulau Pinang?’

03
Aug
07

Isu bloggers: Ketua-ketua Pemuda Umno negeri tidak jantan

Intan Abdullah
Harakahdaily

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS, Dr Lo’ Lo’ Hj Mohd Ghazali menyelar tindakan seramai 13 Ketua-ketua Pemuda Umno seluruh negara yang seolah-olah tidak bersifat anak jantan dalam mendepani isu bloggers.

Beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily menyifatkan Ketua-ketua Pemuda Umno Negeri sebagai ‘pondan’ dan tidak berani berhadapan dengan Pengendali blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin secara berdepan seperti anak jantan.

“Macam cerita budak lelaki manja yang kena sergah dek rakan sebaya, penakut dan hanya berani lawan dari jauh, kemudian panggil ‘abang besar’ untuk berdepan dengan rakan tadi,” ujarnya. Continue reading ‘Isu bloggers: Ketua-ketua Pemuda Umno negeri tidak jantan’

03
Aug
07

Tun Mahathir lebih beradab dari paklah datang ke Kelantan !!

Dua hari ini heboh cerita Paklah datang Ke Kelantan membawa projek Mega kononnya untuk Rakyat Kelantan, hasilnya belum tentu mega dari yang kita dengar jika salurannya melalui perompak seperti Anuar Musa, biarlah kita tinggalkan dulu cerita projek mega mega dan juta juta yang dijaja di media itu, namun apa yang menyedihkan kita, dua hari Paklah ke Kelantan dan dua majlis besar dibuat, tuan rumah iaitu Tuan guru tidak dijemput langsung, layanan paklah kepada kerajaan Pas kelantan tidak ada bezanya layanan Israel dan Amerika kepada kerajaan hamas di Palestin walaupun mereka ini menang atas sistem demokrasi.
Continue reading ‘Tun Mahathir lebih beradab dari paklah datang ke Kelantan !!’

03
Aug
07

Lancar Jambatan Konkrit, Putus Jambatan Kasih

oleh: Husam Musa

PM berada di Kelantan selama dua hari dengan pelbagai acara ‘besar’.

Pagi semalam (Khamis), acara perletakan batu asas Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra, setengah kilometer dari Kota Darulnaim, Pejabat MB Kelantan.

Sayang, PM tidak sudi menyambung jambatan kasih. Tuan rumah tidak dijemput. Pak Lah masuk Kelantan tanpa salam, tanpa jenguk muka bertanya khabar. Melangkah masuk ke tengah laman tanpa susila Melayu turun temurun, tidak terlintas untuk menghormati tuan rumah. Apa status sekalipun si tuan rumah, salam sepatah tanda berbudi.

Mungkin Pak Lah merasa UMNO sudah terlalu kuat. Sapa menyapa membuang masa. Tuan rumah boleh dinyahkan bila-bila masa dengan ‘power’ yang UMNO ada.

Khemah besar lagi panjang di tapak projek pagi itu diberitakan kosong. (Lihat foto di Harakahdaily) Puas diseru orang ramai memenuhi khemah, khemah tak terpenuhkan. Continue reading ‘Lancar Jambatan Konkrit, Putus Jambatan Kasih’

03
Aug
07

Abdullah Tidak Mahu Jadi PM Yang Sesatkan Rakyat

KOTA BAHARU, 3 Ogos (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan kerajaan bukan bertujuan menyesatkan umat Islam di negara ini atau menimbulkan kemarahan rakyat bukan Islam.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata 10 prinsip yang terkandung dalam Islam Hadhari adalah pendekatan paling sesuai untuk membangunkan modal insan termasuk dalam kalangan mereka yang bukan Islam. Continue reading ‘Abdullah Tidak Mahu Jadi PM Yang Sesatkan Rakyat’

03
Aug
07

Mengharap simpati menjelang 50 tahun Merdeka

PASIR SALAK, 31 Julai: “Jika ada pihak yang bermurah hati, berilah kepada saya dan keluarga sebuah rumah yang selamat menjelang 31 Ogos nanti.”

Itulah kata-kata Puan Fatimah Hamid, 50 tahun, ibu tunggal yang tinggal di tebing Sungai Perak di Kampung Teluk Rubiah, Teluk Intan, menjelang hari Kemerdekaan negara.
Continue reading ‘Mengharap simpati menjelang 50 tahun Merdeka’

03
Aug
07

Bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia?

Oleh Annual Bakhri Harun

“Keputusan kerajaan mengubah penggunaan istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia pada awal Jun lalu merupakan pengorbanan terbesar kaum Melayu untuk perpaduan di negara ini.” (Utusan Melayu, Isnin 30 Julai 2007).

Premis:

Sejak alam purba – 1970 : Bahasa Melayulah
1970 – 1986 : Bahasa Malaysia pula
1986 – Jun 2007 : Bahasa Melayu balik
1 Julai 2007 – (?) : Bahasa Malaysia pulaklah.

Pertanyaan Berbangkit: Continue reading ‘Bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia?’

03
Aug
07

UMNO dilelong dalam gelap – Tun Ghafar Baba

UMNO dilelong dalam gelap – Tun Ghafar Baba

oleh: TarakNama

TUN GHAFAR BABA,80, menjadi Timb. Perdana Menteri selama 8 thn. Beliau melibatkan diri dalam politik UMNO selama 55 thn & 11 kali bertanding dalam pilihanraya. Selama 25 thn beliau menjadi Naib Presiden UMNO.

 

Ikuti wawancara eksklusif wartawan HARAKAH, Roy Rasul (H) dengan Ghafar (G) di pejabatnya di Jalan Tun Razak, 25 April lalu. – pengarang

ikutilah sebahagian temuramah tersebut….

  Continue reading ‘UMNO dilelong dalam gelap – Tun Ghafar Baba’

03
Aug
07

DR HARON DIN: ‘Dunia tak dapat, akhirat pun terlepas’

Wawancara Khususnya kepada Menteri Sukan, janganlah  membuat komen (tentang pakaian altet wantita) yang mengajak orang ramai supaya melanggar hukum Allah, ‘tidak pulang modal’ nanti. Jangan  yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran.
Oleh Intan Abdullah

BANYAK  isu yang disinggungnya, bermula peranan ulama memperjuangkan kemerdekaan negara dan membebaskan ummah. Juga menyentuh perhimpunan para imam seluruh negara, isu murtad yang tidak pernah diselesai, di samping mengkritik tindakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau turut mengulas pandangan mufti yang mengharamkan umat Islam bekerja di bar, selain memberi komentar tegas terhadap kenyataan Menteri Belia dan Sukan mengenai isu pakaian wanita dalam aktiviti sukan. INTAN ABDULLAH mewawancara Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din berhubung isu semasa membabitkan umat Islam.

Continue reading ‘DR HARON DIN: ‘Dunia tak dapat, akhirat pun terlepas’’

03
Aug
07

Agihkan 50,000 Harakah percuma; soalnya, bagaimana edarannya?

Posted on Monday, July 30 @ 06:37:32 CDT by reformis
Minda Lutfi Oleh Ahmad Lutfi Othman

Saya sering membandingkan senario pilihan raya 1999 dengan realiti pilihan raya ke-12 dari jumlah dan kekerapan terbitan Harakah. Ketika tuntutan reformasi memuncak, Harakah diterbitkan dua kali sebulan manakala jumlah cetakannya – pada saat puncak – lebih 300,000 naskhah.

Kini, Harakah dicetak dua kali sebulan, yakni sekali dalam tempoh 15 hari, dan jumlah cetakannya sekitar 150,000 naskhah, iaitu kurang daripada separuh berbanding zaman kegemilangannya dulu. Pada 1999, PAS mempertahankan Kelantan dengan jumlah kerusi yang cukup selesa, dan berjaya menawan Terengganu, juga dengan penguasaan kerusi yang begitu menakjubkan. Di negeri-negeri lain, misalnya Kedah dan Pahang, PAS boleh dikira mencipta kejutan. Yang lain-lainnya sudah menjadi rakaman sejarah.

Di Pasaran... Harakah keluaran terbaru kini berada di pasaran mulai hari ini. Pelbagai laporan menarik yang dipaparkan kali ini. Antaranya temubual khas dengan Haji Mat Sabu dengan kisahnya sebagai tukang masak Kem Kamunting. Turut dipaparkan laporan Azamin Amin dan Nabila Abdullah dalam Seharian menjejak pesakit di Darussyifa'.


Continue reading ‘Agihkan 50,000 Harakah percuma; soalnya, bagaimana edarannya?’

03
Aug
07

Wawancara : Pak Lah Islamik? Tidak! Anak, menantu, 2 isteri pun tak bertudung

Pendapat Oleh Ketua Perusuh

Kali ini izinkan saya menulis seringkas-ringkasnya mengikut turutan. Saya tidak mahu mencoretkan nukilan yang panjang berjela cuma sekadar ingin mengemukakan pandangan secara soal jawab dan “listing” (dengan izin). Continue reading ‘Wawancara : Pak Lah Islamik? Tidak! Anak, menantu, 2 isteri pun tak bertudung’

03
Aug
07

Betulkah kerajaan takut sangat dengan web, bloggers?

Pendapat Oleh Amin Iskandar

SERANGAN  terhadap penulis-penulis blog dan lamanweb masih lagi belum berhenti. Lepas satu-satu dipanggil oleh pihak polis. Baru-baru ini giliran Raja Petra Kamarudin yang mengendalikan Malaysia Today dipanggil memberikan keterangan di IPD Dang Wangi selepas Ketua Penerangan Umno, yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib membuat laporan polis.

Muhd Taib mendakwa Raja Petra telah menghina Yang di-Pertuan Agong dan agama Islam. Raja Petra adalah penulis blog kedua yang telah dipanggil oleh polis selepas Nathaniel Tan. Apa yang ditakutkan sangat oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) terhadap penulis blog dan lamanweb? Continue reading ‘Betulkah kerajaan takut sangat dengan web, bloggers?’

03
Aug
07

Perak calon Khairy jika Hishammuddin undur

SIAP SEDIA: Khairy menunjukkan gelang getah yang ditulis
‘PEMUDA BN SEDIA GEMPUR’ pada sidang media di Kuala Kangsar,
malam kelmarin.

 

KUALA KANGSAR: Pemuda Umno Perak akan mencalonkan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda jika penyandangnya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memutuskan untuk tidak mengekalkan jawatan itu pada pemilihan akan datang.

Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, berkata Umno negeri itu melihat Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda sebagai anak muda akan menjadi wira bangsa dan mengangkat martabat Melayu. Continue reading ‘Perak calon Khairy jika Hishammuddin undur’

03
Aug
07

Ceramah@Siasah

03
Aug
07

Adakah Negara Kita Semakin Terjejas Oleh Penjenayah?

Oleh: TERAS Pengupayaan Melayu 

Warga Malaysia semacam tidak lagi berasa selamat di negara ini. Jenayah ngeri dan tidak masuk akal dilaporkan setiap hari. Sudah tidak selamat lagi untuk beriadah, ke sekolah, berada di tempat kerja atau berehat di RnR di lebuh raya.

Mengikut Laporan Kualiti Kehidupan 2004 , kadar jenayah setiap seribu penduduk telah meningkat 3.8% pada 1990 kepada 6.2% pada 2002. Continue reading ‘Adakah Negara Kita Semakin Terjejas Oleh Penjenayah?’

03
Aug
07

Menteri kabinet tolak Negara Islam Malaysia

Majlisnya adalah majlis pelancaran MERDEKA STATEMENT atau Pernyataan Merdeka yang dianjurkan oleh CENTRE FOR PUBLIC POLICY STUDIES (CPPS) atau Pusat Kajian Dasar Awam iaitu badan induk Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI) atau Institut Kepimpinan Stategi Asia yang diketuai Mirzan Mahathir.

Merdeka Statement ini merupakan WISH LIST atau senarai permintaan kepada kerajaan Malaysia yang diusahakan oleh 42 buah NGO sebagai simbolik sempena Hari Kemerdekaan ke arah pembentukan Agenda Malaysia Baru. Terdapat 8 teras permintaan yang terkandung dalam WISH LIST ini termasuklah isu yang melibatkan perpaduan nasional, memperkasakan eksekutif, legislatif dan kehakiman, reformasi pendidikan, membenteras rasuah dan lain-lain.


Continue reading ‘Menteri kabinet tolak Negara Islam Malaysia’

03
Aug
07

FAM dungu..

Entahlaa sampai bila nak faham FAM nie…