03
Aug
07

Adakah Negara Kita Semakin Terjejas Oleh Penjenayah?

Oleh: TERAS Pengupayaan Melayu 

Warga Malaysia semacam tidak lagi berasa selamat di negara ini. Jenayah ngeri dan tidak masuk akal dilaporkan setiap hari. Sudah tidak selamat lagi untuk beriadah, ke sekolah, berada di tempat kerja atau berehat di RnR di lebuh raya.

Mengikut Laporan Kualiti Kehidupan 2004 , kadar jenayah setiap seribu penduduk telah meningkat 3.8% pada 1990 kepada 6.2% pada 2002.

Akibatnya kapasiti muatan penjara sudah melebihi. Mereka yang dihukum oleh sebab jenayah kini berada di penjara yang sudah padat . Malah nisbah warder : banduan melebihi standard antarabangsa. Kadar di Malaysia lebih tinggi dari kadar yang boleh diterima antarbangsa iaitu 1:3. Penjara kita hanya boleh memuatkan 31,000 tahan tetapi kini terdapat 39,000 tahanan. Kini ada 9,974 warder dan ini menjadikan kadar kita ialah 1:4.5. Dilaporkan hampir semua penjara kita sudah melebihi muatan.

Kita juga menerima laporan bahawa 16 buah penjara lagi akan dibina. Baru-baru ini kilang IKS yang terbiar dicadangkan juga akan diguna untuk ditukar jadi penjara sementara.

Kini insiden jenayah yang meningkat telah menjadi perbahasan masyarakat yang hangat. Sememangnya suatu yang tidak mengejutkan untuk mendapat reaksi sedemikian. Pengakuan Perdana Menteri di sidang Parlimen sudah cukup mengesahkan bahawa trend peningkatan jenayah adalah suatu realiti yang tidak dapat dinafikan.

Dua-tiga minggu yang lampau menyaksikan buat pertama kalinya masyarakat bertindak berdemonstrasi di Johor Baharu untuk menyatakan kemarahan mereka terhadap kegagalan pihak berkuasa membenteras jenayah yang terus berkembang dibandaraya tersebut. Sebagai reaksi pihak kerajaan telah menambah anggota polis di bandaraya itu disamping rondaan yang lebih kerap termasuk rondaan helikopter yang berlegar setiap malam.

Apa yang lebih mencemaskan kita ialah bukan sahaja kekerapan jenayah meningkatkan namun lebih mengkhuatirkan ialah jenis jenayah berat juga meningkat. Kadar kes bunuh, rompakan bersenjata, ugut, rogol dan gangster didapati meningkat.

Angka semakin merisaukan kerana kini kadar jenayah dilaporkan meningkat lebih dari 15% seluruh negara. Hampir semua negeri mencatat kenaikan kadar jenayah. Dalam sebuah statistik PDRM 2004 pernah didedahkan setiap hari di negara ini 1.5 orang dibunuh, 4.7 dirogol, 68.2 insiden pecah rumah, 23.6 kereta dicuri, 141.3 motosikal dicuri, 41.9 insiden rompakan.

Malah jenayah melibatkan juvana juga meningkat. Mereka yang terlibat nampaknya semakin muda, termasuklah yang terjebak dalam jenayah dadah dan seksual. Pada tahun 2006 terdapat 8,113 kes juvana dan 3545 pelajar ditahan. Pengaruh TV dan internet yang mengandungi unsur ganas dan seks dikenalpasti mempengaruhi peningkatan jenayah dikalangan remaja dan kanak-kanak.

Sementara itu Menurut KPN , Tan Sri Musa Hassan menyatakan padsa 2006. 5,000 jenayah melibatkan pendatang asing. Jenayah remaja tempatan bawah 18 tahun didapati 2% dari 232,620 kes pada 2006. Seramai 1,831 melibatkan remaja yang bersekolah. Dalam sesetengah kes ada yang melibatkan kanak-kanak seawall umur 7-10 tahun.

Sudah pelbagai langkah dilaksanakan untuk mencegahjenayah di negara ini. Undang-undang diperketatkan, Rakan Cop ditubuh melibatkan hampir 390,000 pelajar, polis membuat permeriksaan di sekolah, anggota polis ditambah, kereta peronda ditambah, namun nampaknya trend jenayah terus meningkat.

Sementara semua langkah itu wajar namun yang paling penting yang belum cukup diteliti ialah kenapa dan apa puncanya jenayah terus meningkat. Memang kajian pihak yang memahami saikologi penjenayah tahu betul kecenderungan yang memungkin seseorang itu terlibat dengan jenayah, akan tetapi kenapa pula pencegahan tidak difokus untuk menangani punca tersebut.

Kami tidak menolak faktor pendatang asing tidak kurang besar bilangan yang terlibat dengan jenayah. Tetapi kita juga tidak boleh menafikan bahawa banyak kes yang kita dengar betapa mereka dilayan dengan tidak adil oleh majikan sehingga ada yang terlantar tidak mendapat gaji berbulan-bulan. Jika keadaan sudah semakin terdesak sudah tentu jalan keluar dan jalan pintas ialah melakukan jenayah untuk survival.

Sememangnya juga jenayah tersusun kini menjadi trend samada jenayah kolar putih atau kolar biru. Sindiket jenayah kini melihat Malaysia sebagai kawasan subur untuk beroperasi. Laporan yang mendedahkan oleh KDN bahawa ada 90 kumpulan kongsi gelap beroperasi di negara ini tidak mengenepikan hakikat betapa mereka punya kawasan operasi masing-masing.

Akan tetapi kadang-kadang ketua kumpulan ini memang sudah dicam oleh pihak berkuasa dan mereka boleh mengambil tindakan untuk segera bertindak keatas golongan ini. Namun nampaknya seolah-olah tindakan diambil hanya bila ianya terdedah oleh media baru operasi dilancarkan. Seperti yang berlaku di Sarawak, kongsi gelap dilaporkan bermaharajalela sehingga menguasai harga pasaran barangan keperluan pengguna.

Malah Timbalan Menetri KDN dalam suatu Sidang Negara suatu ketika dahulu pernah mengakui memang ada bukti-bukti bahawa setengah daripada kongsi gelap ditaja oleh orang-orang yang berpengaruh terutama di Kuala Lumpur. Di beberapa tempat di negara ini terutama di Kuala Lumpur, yang dikenali ramai sebagai tempat beroperasinya perjudian, pelacuran dan perlumbaan mat rempit, akan tetapi nampaknya masih terus berjalan seperti biasa.

Kami berpendapat selagi tidak ada suatu ketegasan dan kesungguhan untuk membenteras jenayah dari puncanya selagi itulah trend peningkatan jenayah akan berterusan.

Janganlah hendaknya kenyataan negara maju seperti di Amerika Syarikat yang menjadi antara negara yang paling bahaya untuk diduduki akan menjadi realiti di negara ini

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu
Kg. Pondok , Merbok , Kedah
KP 580903-11-5209
Tel 0194744856


3 Responses to “Adakah Negara Kita Semakin Terjejas Oleh Penjenayah?”


  1. 2 mumtazah
    September 1, 2007 at 12:26 pm

    salam.ya. negara kita semakin dilimpahi dengan penjenayah. rasa keperimanusiaan sudah mula susut dalam diri insan yg bergelar manusia ttp berhati iblis.

  2. September 3, 2007 at 2:24 am

    JUST WANT TO KNOW APE YG BERLAKU KT JOHOR SKRNG NI..
    TERUTAMA KES KAT PASIR GUDANG???


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: