03
Aug
07

Isu bloggers: Ketua-ketua Pemuda Umno negeri tidak jantan

Intan Abdullah
Harakahdaily

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS, Dr Lo’ Lo’ Hj Mohd Ghazali menyelar tindakan seramai 13 Ketua-ketua Pemuda Umno seluruh negara yang seolah-olah tidak bersifat anak jantan dalam mendepani isu bloggers.

Beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily menyifatkan Ketua-ketua Pemuda Umno Negeri sebagai ‘pondan’ dan tidak berani berhadapan dengan Pengendali blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin secara berdepan seperti anak jantan.

“Macam cerita budak lelaki manja yang kena sergah dek rakan sebaya, penakut dan hanya berani lawan dari jauh, kemudian panggil ‘abang besar’ untuk berdepan dengan rakan tadi,” ujarnya.

Beliau mencabar pemuda Umno membuka blog mereka sendiri untuk melawan dengan Raja Petra, jika pemuda Umno betul anak jantan.

“Takkan Raja Petra seorang, pemuda Umno 13 negeri tak boleh nak lawan dia,” katanya lagi.

Dr Lo’Lo’ mengulas kenyataan jurucakap semua 13 Ketua Umno negeri, Dato’ Mohamad Norza Zakaria yang hari ini mendesak polis menjalankan siasatan terperinci terhadap pengendali laman blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin.

Norza dalam kenyataan beliau dalam sidang media semalam menyifatkan perbuatan mereka ibarat membaling batu sembunyi tangan dan bersikap bukan anak jantan dan pengecut kerana menyiarkan isu sensitif seperti peristiwa 13 Mei serta cuba mensabotaj dan mencerca kepemimpinan negara.

Menurutnya lagi, perbuatan Raja Petra tersebut adalah salah menurut peruntukan undang-undang kerana menyiarkan komen sensitif, termasuk berkaitan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Raja Petra hari ini menyatakan bahawa beliau akan meneruskan prosedur kebiasaan blog tersebut walaupun timbul pelbagai desakan agar beliau mengubah prosedur pengendalian komen blog tersebut daripada pihak yang sengaja mensensasikan isu ini.

Baliau yang dihubungi Harakahdaily berkata beliau tidak akan mengubah prosedur rutin blog tersebut, termasuk menghadkan komentar yang dibuat oleh pembaca blog tersebut.

Pada masa yang sama, Raja Petra turut mengulas mengenai siasatan yang dijalankan ke atasnya berhubung laporan polis yang dibuat oleh Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada 30 Julai yang lalu.

Tegasnya, isu sebenar yang membabitkan dirinya adalah mengenai komentar yang diberikan oleh pengunjung-pengunjung blog beliau dan bukan artikel yang ditulisnya seperti yang diuar-uarkan oleh media.

“Siasatan itu tidak ada kena-mengena tentang artikel saya,”ujarnya.

Jelasnya lagi, banyak pihak khususnya menteri-menteri dan pimpinan tertinggi Umno sendiri tidak mengetahui latar belakang isu ini lantas bertindak secara membuta tuli.

Ujarnya, pihaknya pernah mengambil tindakan menutup terus blog tersebut untuk beberapa hari ekoran komentar yang berbau sentimen perkauman untuk membolehkan pihak pembaca tersebut bertenang dan menilai kembali komentar yang telah mereka lontarkan.

Raja Petra pada masa yang sama turut mengambil tindakan dengan memberi amaran kepada komentar-komentar yang melampau.

Dengan capaian sejumlah lima juta hits dalam tempoh sehari, beliau yang memiliki hanya seorang pembantu mengakui tidak ‘menang tangan’ dalam menapis segala komentar dalam blog tersebut.


0 Responses to “Isu bloggers: Ketua-ketua Pemuda Umno negeri tidak jantan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: