03
Aug
07

Perak calon Khairy jika Hishammuddin undur

SIAP SEDIA: Khairy menunjukkan gelang getah yang ditulis
‘PEMUDA BN SEDIA GEMPUR’ pada sidang media di Kuala Kangsar,
malam kelmarin.

 

KUALA KANGSAR: Pemuda Umno Perak akan mencalonkan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda jika penyandangnya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memutuskan untuk tidak mengekalkan jawatan itu pada pemilihan akan datang.

Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, berkata Umno negeri itu melihat Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda sebagai anak muda akan menjadi wira bangsa dan mengangkat martabat Melayu.

“Pemuda Perak akan menjadi negeri pertama mencalonkan saudara Khairy sebagai Ketua Pemuda jika Datuk Seri Hishammuddin tidak bertanding,” katanya dalam ucapan perasmian Jentera Pilihan Raya Sedia Gempur Pemuda Umno Perak, di sini, malam kelmarin.

Hadir sama Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zahid Hamidi; Khairy; Ketua Pemuda Perak, Zainol Fadzi Paharudin; dan 1,168 Pemuda cawangan seluruh Perak.

Pada majlis itu, Mohd Tajol turut mengumumkan Badan Perhubungan Umno Perak menyumbang RM200,000 kepada Pemuda negeri untuk menggerakkan jentera pilihan raya di kawasan masing-masing.

Mohd Tajol berkata, pelancaran jentera itu bermakna Pemuda pada peringkat bahagian perlu memulakan langkah untuk memenangi kerusi pilihan raya di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, analisis untuk mengetahui punca pengundi tidak memilih Umno atau BN itu penting untuk membolehkan kemenangan selesa pada Pilihan Raya Umum ke-12 nanti.

Terdahulu, Khairy dalam ucapannya berkata, Umno Perak berada dalam kedudukan paling mantap dan tenang di bawah kepemimpinan Mohd Tajol serta bersedia menghadapi pilihan raya.


0 Responses to “Perak calon Khairy jika Hishammuddin undur”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: