03
Aug
07

Tun Mahathir lebih beradab dari paklah datang ke Kelantan !!

Dua hari ini heboh cerita Paklah datang Ke Kelantan membawa projek Mega kononnya untuk Rakyat Kelantan, hasilnya belum tentu mega dari yang kita dengar jika salurannya melalui perompak seperti Anuar Musa, biarlah kita tinggalkan dulu cerita projek mega mega dan juta juta yang dijaja di media itu, namun apa yang menyedihkan kita, dua hari Paklah ke Kelantan dan dua majlis besar dibuat, tuan rumah iaitu Tuan guru tidak dijemput langsung, layanan paklah kepada kerajaan Pas kelantan tidak ada bezanya layanan Israel dan Amerika kepada kerajaan hamas di Palestin walaupun mereka ini menang atas sistem demokrasi.

Ini semua dek kerana orang jahat dan busuk hati seperti Anuar Musa dan jiwa paklah sendiri bukan seorang pemimpin tulen, 2 tahun dulu ceritanya paklah yang ketika itu melancarkan projek pertanian RMK-9nya , dan dalam keadaan Tuan guru yang baru pulih dari serangan jantung, ketika itu Annuar musa yang busuk hati itu cuba mengajak ajak ayam tuan guru ke Majlis tersebut, pada anggapan Anuar Musa , tuan Guru yang tidak begitu sihat dan  tidak akan datang ke majlis tersebut dan ketika itu Anuar Musa ingin menggunakan isu tersebut jika tok guru betul betul tidak datang, namun Tuan guru bukanlah pondan seperti pemuda Umno seperti hishamuddin dan khairy yang berteriak suatu ketika dulu mahu menyaman tok guru, tanpa persediaan bagi tempat MB bagi negeri Kelantan, tok guru muncul ditengah khalayak awam, Anuar ketika itu terkejut beruk!! malah tok guru yang tiba berbaju melayu disambut  kebanyakannya kakitangan awam yang meluru ingin bersalaman, seperti Tuan guru itu Perdana Menteri Malaysia. ini yang buat Anuar Musa lebih terbakar dan bertambah geramnya.

bukan sekali Paklah bersikap kurang ajar ketika datang ke Kelantan, malah ketika datang waktu Kelantan dan Terengganu dilanda banjir besarpun tidak langsung mempedulikan dan menghormati tok guru sebagai tuan rumah.

Itu Cerita PM Hadhari, teringat sewaktu Zaman Tun, Dalam perhimpunan Agung Umno apa Tun tak kata pada tok guru, malah tok guru dikata tak pandai memerintah malah dikatanya tok guru rasuah syurga pada rakyat Kelantan, Bila Tun datang Kelantan, ketika itu MB kelantan dijemput dan disediakan kerusi khas dikalangan menteri menteri. Tun tak pernah marah, malah tun elok bersalaman, tapi seperti biasa Tun seperti tun, walaupun Tuan Guru duduk hanya 3 kaki dihadapan tuan guru diatas pentas, Tun ketika berucap membantai kerajaan negeri yang tidak mampu membawa pembagunan, hanya Kerajaan Pusat yang boleh membuatnya, tok guru walaupun berbadan kecil ia bersikap sebagai anak jantan, dan senyum mendengar ucapan tun. mungkin dalam hati tok guru berkata ” lantak mu la nak kata apa.. janji rakyat Kelantan dapat pembagunan”

Lawan Tetap Lawan

reformis muda


0 Responses to “Tun Mahathir lebih beradab dari paklah datang ke Kelantan !!”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: