03
Aug
07

UMNO dilelong dalam gelap – Tun Ghafar Baba

UMNO dilelong dalam gelap – Tun Ghafar Baba

oleh: TarakNama

TUN GHAFAR BABA,80, menjadi Timb. Perdana Menteri selama 8 thn. Beliau melibatkan diri dalam politik UMNO selama 55 thn & 11 kali bertanding dalam pilihanraya. Selama 25 thn beliau menjadi Naib Presiden UMNO.

 

Ikuti wawancara eksklusif wartawan HARAKAH, Roy Rasul (H) dengan Ghafar (G) di pejabatnya di Jalan Tun Razak, 25 April lalu. – pengarang

ikutilah sebahagian temuramah tersebut….

 

Bagaimana dengan pemilihan UMNO? Ada pihak yang disekat supaya tidak dapat bertanding melalui cara tidak menerima pencalonan bahagian.

 

Ini satu kesilapan besar dalam UMNO. Ia perlu diselesaikan. Saya mencadangkan supaya syarat menjadi calon dihapuskan sama sekali. Setiap ahli boleh bertanding agar tidak payah ada syarat-syarat lagi. Dalam UMNO setiap jawatan hendaklah terbuka utk dipertandingkan dan tidak payah ada kuota lagi. Dalam lain perkataan UMNO hendaklah memulihkan balik demokrasi dengan sepenuhnya.

 

Tun menyebut supaya UMNO dilelong. Boleh jelaskan lebih terperinci maksud UMNO dilelong?

 

Sekarang pun leong sudah berjalan, tapi dalam gelap. Siapa bayar lebih dia menang. Jadi apabila buat dalam gelap menimbulkan masalah, lebih baik buat terang-terang supaya bersih, orang dapat tahu dengan jelas ‘siapa bayar lebih dia menang’ tapi selepas bertanding BPR campur tangan, meyoal orang-orang ini dimana dapat wang, baru politik wang boleh dihapuskan.

 

Dalam keadaan UMNO sebegini, ramai yang menang kerana politik wang yang mengikut Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Prof. Diraja ungku Aziz adalah ‘rasuah’, berapa lama lagi UMNO dapat bertahan?

 

Saya tidak tahu berapa lama UMNO boleh bertahan. Namun lama-kelamaan apabila rakyat menyedari sepenuhnya, & rakyat tidak bersetuju dengan cara-cara tersebut, mereka akan lari drpd perjuangan UMNO.

 

Demokrasi dalam UMNO tidak berjalan dengan demokratik. Ada politik wang, ada sekatan tertentu drpd bertanding sedangkan dalam PAS semua jawatan boleh dipertandingkan, tidak ada lobi melobi, tidak ada politik wang. Apa pandangan Tun?

 

Dalam UMNO pun semua boleh bertanding, bunyinya begitu. Tapi ada benda yang menyekat seperti pencalonan berkehendakkan sekian-sekian banyak yang mustahil boleh didapati sesetengah orang sebab badan Perhubungan itu dikawal, hanya orang yang tertentu layak menjadi calon.

 

Apa pandangan Tun mengenai kehadiran semula Dato’ Seri Anwar Ibrahim kali ini dipihak pembangkang?

 

Saya tak mahu komen & saya tak ada kena mengena dengan dia, itu soal dia.

 

Ahli Parlimen Gua Musang tengku Razaleigh Hamzah diketepikan seterusnya oleh PM, apa pandangan Tun, adakah beliau mampu buat come-back terakhirnya atau hari-hari nafas politiknya tidak dapat disambungkan lagi?

 

Itu pun saya tak mahu campur, itu soal peribadi beliau.

 

Bagaimana dengan andaian scenario politik jika Semangat 46 masih ada dan bekerjasama dengan Parti KeADILan Rakyat (PKR) & PAS, mampukah tenaga pembangkang ini menggugat UMNO, tetapi ini semua telah menjadi sejarah?

 

Tidak mampu, tetapi UMNO digugat oleh ahlinya sendiri, bukan digugat dari luar.

 

UMNO dikatakan akan punah ranah bukan drpd musuh luar tetapi drpd dalam. Adakah Tun melihat hal ini sedang berlaku dalam UMNO?

 

Ya, politik wang, jika tidak dapat dibenteras itu permulaan kehancuran UMNO.

 

Apakah pandangan Tun dengan terciptanya Islam Hadhari?

 

Bagi saya Islam hanya satu sahaja. Iaitu Islam yang diturunkan Allah swt, itulah Islam saya. Sesiapa hendak tambah suka hati masing-masinglah.

 

Tidakkah ini mengelirukan rakyat?

 

Ini kena Tanya rakyatlah. Saya tak ada apa-apa, saya tetap berpegang pada Islam sahaja. Islam yang diturunkan Allah swt lengkap, tidak ada manusia boleh memberisatu nama yang serupa dengan itu. Siapa hendak tambah terpulanglah kepada masing-masing, terpulang kepada rakyat hendak terima atau tidak. Saya berpegang pada Islam drpd asal sampai sekarang tidak berubah. Orang putih kata ‘Islam is Islam,is Islam, is Islam’.

(Catatan penulis: ini merupakan sebahagian daripada temuramah yang di ambil dalam Harakah bil. 1268; 1-15 mei 2005)


0 Responses to “UMNO dilelong dalam gelap – Tun Ghafar Baba”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: