Archive for August 4th, 2007

04
Aug
07

MB terkilan tidak dijemput hadiri program rasmi PM di Kelantan

Maslan Yusoh
Sat | Aug 04, 07 | 06:07:21 PM

KOTA BHARU, 4 Ogos (Hrkh) – Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa agak terkilan kerana tidak dijemput menghadiri program rasmi lawatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ke sini, yang berakhir semalam.

 
 

Continue reading ‘MB terkilan tidak dijemput hadiri program rasmi PM di Kelantan’

Advertisements
04
Aug
07

KeADILan punya formula yang ditakuti BN – Wan Azizah

Nyza Ayob
Sat | Aug 04, 07 | 03:53:21 PM
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) – Pelbagai spekulasi serta serangan yang ditujukan oleh media kebelakangan ini terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR), sedikit pun tidak mematahkan semangat parti itu untuk terus ke hadapan malahan menjadikan parti bertambah kuat, sekali gus bersiap sedia menghadapi pilihan raya akan datang.

Continue reading ‘KeADILan punya formula yang ditakuti BN – Wan Azizah’

04
Aug
07

Abdullah Badawi beri amaran?

Dipetik drp Blog PartiAlternatif (parti-alternatif.blogspot.com/)


Assalamualaikum semua,Jika diteliti dari amaran yang diberikan oleh PM kita ni menunjukkan bahawa beliau sudah berada salam keadaaan yang amat ‘terdesak’ dalam menangani isu media siber terutamanya para blogger yang sedang meningkat sekarang, macam cendawan tumbuh selepas hujan. Sila teliti petikan dibawah:

“Saya bagi banyak kebebasan dan semua orang boleh bersuara, macam-macam boleh cakap tetapi pandai-pandailah uruskan kebebasan…kalau tidak dihargai semuanya (kebebasan) akan hilang,” kata beliau ketika merasmikan Program Mesra Rakyat sempena 50 tahun merdeka anjuran Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang di sini hari ini.Beliau berkata, kerajaan tidak akan memberi ruang kepada mana-mana pihak yang terbabit dengan kegiatan melampau dan ekstremis kerana ia boleh menggugat keamanan.

Continue reading ‘Abdullah Badawi beri amaran?’

04
Aug
07

Akidah umat Islam Malaysia dalam bahaya

Berita  Oleh Mujahid304

Gambar ini dirakamkan oleh seorang sahabat dan dikirimkan kepada saya. Untuk pengetahuan, gambar ini dirakam di sebuah gereja yang berhampiran dengan pekan Merlimau, Jasin Melaka, bersebelahan dengan stesen minyak BHP. Di dalam kawasan gereja tersebut terdapat sebuah tadika dimana bangunannya bercantum dengan gereja tersebut.

 Satu lagi sumber yang diperolehi dari seorang ‘informer’, hasil tinjauan beliau, beliau mendapati hampir sepuluh orang kanak2 berbangsa Melayu dan semestinya beragama Islam belajar di tadika tersebut.

Di sini saya lampirkan dua keping gambar sebagai bukti bahawa terdapat segelintir ibubapa yang tidak faham Agama Islam menghantar anaknya ke tadika tersebut. Apa yang mengusarkan hati saya ialah sikap ibu bapa yang tidak prihatin boleh mengakibatkan si kanak2 tersebut boleh berpaling akidahnya dari ajaran Islam.

Continue reading ‘Akidah umat Islam Malaysia dalam bahaya’

04
Aug
07

Kronisma Makin Kronik?

Berita Harian, Rabu, menyelak sedikit tentang apa agenda di belakang projek pembangunan di Kelantan ( dan juga di Malaysia).

Redland laksana projek RM1.3b
Oleh Ismail MatKerajaan Pusat beri tender maju pelbagai infrastruktur awam di Kelantan.

KUMPULAN Syarikat Redland diberi tanggungjawab melaksanakan pelbagai projek Kerajaan Pusat dan agensinya bernilai kira-kira RM1.3 bilion di Kelantan.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Ismail Saari, berkata antara projek yang diperoleh secara rundingan terus dan tender terpilih itu termasuk pembinaan jambatan kedua Sultan Yahya Petra bernilai RM151 juta dan Jalan Simpang Pulai-Gua Musang-Kuala Berang sejauh 230 kilometer bernilai RM230 juta.

Image
Jambatan Ibrahim Ali merentasi sungai Kelantan di Tendong dengan empat laluan, kosnya RM 90 juta. Jambatan dua laluan sebagai tambahan dua laluan sedia ada, kosnya RM 151 juta?

Continue reading ‘Kronisma Makin Kronik?’

04
Aug
07

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan

Artikel  Oleh Akupunya

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan.

Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan.
Continue reading ‘Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan’

04
Aug
07

Khairy Belum Fikir Soal Tanding Jawatan Tertinggi Pemuda Umno

August 03, 2007 23:19 PM  

KEMAMAN, 3 Ogos (Bernama) — Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sendiri masih belum terfikir tentang soal untuk bertanding bagi merebut jawatan tertinggi pergerakan itu.
Continue reading ‘Khairy Belum Fikir Soal Tanding Jawatan Tertinggi Pemuda Umno’