04
Aug
07

Abdullah Badawi beri amaran?

Dipetik drp Blog PartiAlternatif (parti-alternatif.blogspot.com/)


Assalamualaikum semua,Jika diteliti dari amaran yang diberikan oleh PM kita ni menunjukkan bahawa beliau sudah berada salam keadaaan yang amat ‘terdesak’ dalam menangani isu media siber terutamanya para blogger yang sedang meningkat sekarang, macam cendawan tumbuh selepas hujan. Sila teliti petikan dibawah:

“Saya bagi banyak kebebasan dan semua orang boleh bersuara, macam-macam boleh cakap tetapi pandai-pandailah uruskan kebebasan…kalau tidak dihargai semuanya (kebebasan) akan hilang,” kata beliau ketika merasmikan Program Mesra Rakyat sempena 50 tahun merdeka anjuran Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang di sini hari ini.Beliau berkata, kerajaan tidak akan memberi ruang kepada mana-mana pihak yang terbabit dengan kegiatan melampau dan ekstremis kerana ia boleh menggugat keamanan.

“Jika kebebasan ini telah hilang, menangis sampai air mata berdarahpun sudah tidak berguna lagi dan ia akan mengambil masa yang lama untuk memperbaiki keadaan,” kata beliau.

Perdana Menteri itu berkata, ramai pihak terutamanya media massa sering menyebut bahawa beliau telah memberi banyak kebebasan kepada rakyat untuk bersuara.

Dari petikan di atas menampakkan beliau sudah tidak ada cara untuk menepis berita-berita yang semuanya benar belaka dari para blogger. Beginilah keadaannya jika seorang PM yang diberi amanah oleh rakyat yang tidak tahu akan natijah dari perbuatan yang melampau. Lihat lagi petikan di bawah:

Abdullah berkata, kerajaan Malaysia adalah sebuah kerajaan yang begitu unik di dunia kerana ia diwakili oleh rakyat dari pelbagai keturunan dan berbeza agama.Katanya, kejayaan kerajaan mengutamakan perpaduan telah menyebabkan rakyat Malaysia ada kalanya melupakan perbezaan kaum dan agama serta duduk di atas satu pentas dengan rasa begitu selamat dan yakin.

“Kita beri perhatian kepada semua pihak dan laksanakan apa yang terbaik…tak ada perkecilkan mana-mana pihak dan inilah amalan kita…negara kita multi etnik dan religious diversity (kepelbagaian agama)…inilah amalan yang unik dan kerajaan yang unggul,” kata beliau.

Keadaan PM kita ini seolah-olah mengenepikan kepentingan agama dan melebihkan segala-galanya. Inilah pemimpin agama Hadhari yang diuar-uarkan akan ‘menggegarkan’ dunia? Jauh panggang dari api yang pastinya. Sudah kena dengan gelaran kepada beliau seorang PM yang ‘lembik’ dan suka tidur dalam parlimen.

Untuk itu marilah kita berjuang wahai para blogger sampai kita ‘henyak’ parti lapuk BN/UMNO ini sehingga mereka tidak lagi bertapak di bumi Malaysia ini. Amin.

Wassalam

Sumber asal

Kiriman: Parti Alternatif Malaysia


0 Responses to “Abdullah Badawi beri amaran?”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: