04
Aug
07

KeADILan punya formula yang ditakuti BN – Wan Azizah

Nyza Ayob
Sat | Aug 04, 07 | 03:53:21 PM
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) – Pelbagai spekulasi serta serangan yang ditujukan oleh media kebelakangan ini terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR), sedikit pun tidak mematahkan semangat parti itu untuk terus ke hadapan malahan menjadikan parti bertambah kuat, sekali gus bersiap sedia menghadapi pilihan raya akan datang.

Perkara itu ditegaskan Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Hari Keadilan Rakyat, sempena Ulang Tahun ke-4 Percantuman Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia, yang bertempat di Anjung Rahmat, Gombak, hari ini.

Seramai 600 peserta menghadiri konvensyen sehari itu. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang turut membentangkan kertas kerja yang bertajuk ‘Agenda Ekonomi Negara’. Beliau turut melancarkan promo parti sempena Pilihan Raya Umum ke-12.

Sementara itu, menyentuh tentang persiapan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya, jelas Wan Azizah, KeADILan mengenal pasti calon-calon di samping turun ke padang supaya mesej parti sampai kepada rakyat.

KeADILan juga katanya sedang dalam peringkat rundingan bersama PAS bagi pembahagian kerusi serta kerjasama dengan DAP dan Parti Sosialis Malaysia. Beliau juga optimis pilihan raya tahun ini mungkin merupakan ‘tahun untuk pembangkang’.

“Jika SPR berkecuali dan membersihkan ‘pengundi hantu’, media yang bebas dan memberi ruang untuk mendekati rakyat, kita yakin akan dapat menawan kembali rakyat.

“Jika di Ijok, kita tidak diberi peluang yang sama rata. Dalam tempoh sembilan hari itu padang-padang dipenuhi dengan hiburan, FRU serta jalan-jalan utama dan kampung semua di tar baru. Bagaimana kita hendak mengatakan peluang kita pada waktu itu?” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya Wan Azizah menekankan era kepimpinan Abdullah Badawi lebih mencengkam rakyat, rakyat telah kehilangan hak mereka sebagaimana yang dijanjikan dalalam pemasyhuran kemerdekaan, iaitu menjanjikan kemerdekaan kepada rakyat dengan berasaskan keadilan dan kebebasan. Malahan katanya, rakyat hilang jiwa dan erti diri sebagai warga merdeka.

“Kemerdekaan yang sepatutnya melepaskan diri daripada kegelapan penjajahan telah menjadi satu lorong hitam yang tersimpan di dalamnya prejudis perkauman, hilang moral dan akhlak serta ketamadunan.

“Jika Dr Mahthir terkenal dengan sikapnya yang keras terhadpa pembangkang dan rakyat, kini kita berdepan dengan pemerintah yang terus meneklakan eleman-elemen terbabit serta lemah. Akhirnya rakyat terus terbiar dan makin tidak terbela,” katanya.

Tegasnya lagi, lantaran ideologi politik perkauman amalan Umno-BN, kegelisahan kaum dan agama tidak pernah cuba diselesaikan, malahan dibiarkan berlarutan. Bagi menyelesaikan masalah ini katanya, KeADILan mempunyai formula dengan menyerlahkan politik pelbagai kaum yang lebih matang dan jujur.

Bagaimanapun katanya, formula KeADILan ini ditakuti BN, yang menyebabkan amukan serangan mereka cukup ganas. Ini termasuklah menggunakan ‘mereka’ yang pernah bersama-sama menyokong parti itu.

“Formula politik kita lebih menekankan soal nilai seperti keadilan, kepedulian rakyat dan kebebasan daripada terus terperosok dengan garis sempit perkauman. Perkara ini menggerunkan pemerintah.

“Pertama kita mempunyai barisan kepimpinan yang lebih berkalibar dan berdaya saing. Kedua, kita telah memulakan komitmen dengan merangka Agenda Ekonomi Negara yang jelas lebih manusiawi dan inklusif buat semua rakyat Malaysia bagi menggantikan DEB yang menjerluskan Malaysia ke lembah perkauman, kronisme dan rasuah,” tegasnya yang mengharapkan dengan dasar dan gagasan yang lebih bermanfaat untuk rakyat mampu memecut Malaysia untuk menjadi lebih adil, demokratik, bebas, berdaya saing dan berjiwa merdeka. – mns


0 Responses to “KeADILan punya formula yang ditakuti BN – Wan Azizah”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: