04
Aug
07

Khairy Belum Fikir Soal Tanding Jawatan Tertinggi Pemuda Umno

August 03, 2007 23:19 PM  

KEMAMAN, 3 Ogos (Bernama) — Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sendiri masih belum terfikir tentang soal untuk bertanding bagi merebut jawatan tertinggi pergerakan itu.

“Saya mahu tumpu pada kerja Naib Ketua Pemuda, itu lagi penting. Kita belum menghadapi pilihan raya lagi, sekarang ini kita hendak tumpu soal pilihan raya umum.

“Jangan kita sebut tentang soal pemilihan, itu kemudian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kemaman di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali semalam bahawa Pemuda Umno Perak bersedia mencalonkan Khairy sebagai ketua pergerakan Pemuda Umno jika Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku penyandangnya memutuskan untuk tidak mengekalkan jawatan itu.

Khairy berkata beliau akan menumpukan tugasnya sebagai orang nombor dua Pemuda, dan meminta agar semua anggota pergerakan itu berdiri teguh di belakang kepimpinan Hishammuddin.

Katanya waktu sekarang bukan masa yang terbaik untuk memikirkan tentang soal perebutan jawatan dalam parti sebaliknya perlu menumpukan kepada persiapan menghadapi pilihan raya, termasuk memperkemaskan jentera parti dan merapatkan hubungan antara anggota.

Ketika berucap, Khairy mengingatkan anggota Umno supaya mengelakkan sebarang perselisihan yang boleh memecah-belahkan parti.

“Parti Umno merupakan tunjang Barisan Nasional (BN), kalau berlaku perpecahan di kalangan ahli Umno ia akan memberi kesan kepada perpaduan dan keutuhan negara. Suatu masa dahulu kita (BN) pernah perintah Kelantan tetapi terlepas negeri itu kerana masalah perpaduan di antara pucuk pimpinan,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta anggota Umno mengambil iktibar daripada kejadian itu kerana hanya dengan perpaduan sahaja pembangunan di negara ini dapat diteruskan.

Beliau juga meminta anggota supaya tidak terus berteka-teki tentang tarikh pilihan raya umum sebaliknya mereka harus menyiapkan daftar pemilih untuk pilihan raya akan datang.

— BERNAMA


0 Responses to “Khairy Belum Fikir Soal Tanding Jawatan Tertinggi Pemuda Umno”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: