04
Aug
07

Mangsa kecuaian kakitangan hospital pertikai kenyataan Menteri Kesihatan.

Mohd Sabri Said
Sat | Aug 04, 07 | 12:27:20 PM
KEPALA BATAS, 4 Ogos (Hrkh) – Mangsa kecuaian kakitangan hospital, Abdul Ghafur Mohd Ibrahim mempertikai jawapan Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr. Chua Soi Lek yang menafikan ambulan kehabisan minyak di Hospital Kepala Batas menyebabkan kematian isterinya, Yusnita Abas pada 13 Oktober 2006.

Katanya, merujuk jawapan bertulis kepada Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang di parlimen pada Jun lalu menteri berkenaan juga seolah-olah berlepas tangan dengan membela kakitangan hospital yang melakukan kecuaian.

Sedangkan, pada malam tersebut doktor yang bertugas mengatakan isterinya tidak boleh lagi dihantar ke Hospital Pulau Pinang ekoran ambulan dari Kepala Batas kehabisan minyak.

“Bagaimana beliau boleh membuat penafian dengan mudah sekali. Kita ada bukti kukuh hasil keterangan doktor pada malam itu,” ujarnya kesal.

Lagipun sambung beliau, kenapa tiba-tiba selepas kejadian tempoh hari seramai 5000 orang pemandu ambulan seluruh Malaysia dipanggil untuk menghadiri latihan kecemasan. Peristiwa itu seakan menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum.

Selain menteri terbabit, timbalanya, Lee Kah Choon juga pernah mengeluarkan kenyataan akan mewujudkan satu pasukan untuk menyelidiki kes berkenaan. Namun tiada perkembangan mengenainya sampai saat ini.

Allahyarhamah Yusnita Abas terpaksa menunggu 10 jam, enam jam setengah daripada pendaftaran sehingga mengesan ketulan darah beku dan tiga jam setengah lagi daripada mengesan ketulan darah sehingga ke tempat pembedahan.

Menurut Ghafur isterinya dimasukan ke Hospital Kepala Batas pada 1 tengah hari disebabkan kesakitan di bahagian kepala.

Bila sampai di sana isterinya diminta berehat di ruang menunggu sehingga keadaanya koma pada pukul 6 petang.

Selepas mengsyaki kemungkinan mengalami darah beku di otak pihak hospital menghantar pula ke Hospital Seberang Jaya untuk pengesahan CT Scan sekitar jam 7.15 malam.

Setelah mengesahkan terdapat ketulan darah pada otaknya doktor merancang ke Hospital Pulau Pinang untuk pembedahan segera. Perancangan rapi telah diatur antara doktor bertugas dan pakar pembedahan tetapi malangnya ambulan tidak dapat menghantar isterinya kerana keadaan yang kurang memuaskan.

Pihak hospital mengambil keputusan kembali ke Hospital Kepala Batas untuk menukar ambulan lain pada pukul 8.30 malam.

Malangnya, beliau terpaksa menunggu sehingga pukul 9.45 malam bagi mendapatkan ambulan lain.

Alasan yang diberikan oleh doktor bertugas ialah ambulan kehabisan minyak dan pemandu keluar untuk mengisi minyak.

Bila sampai ke Hospital Pulau Pinang pukul 10.40 malam pakar pembedahan mengatakan otaknya tidak berfungsi lagi kerana terlalu lewat menerima rawatan dan pembedahan.

“Saya melakukan tuntutan kecuaian sebanyak RM1 juta bukan kerana wang tapi untuk mengelakkan peristiwa itu daripada terjadi kepada orang lain pula,” tegasnya pada Harakahdaily. – mns


0 Responses to “Mangsa kecuaian kakitangan hospital pertikai kenyataan Menteri Kesihatan.”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: