04
Aug
07

Selesai Isu Tempatan Sebagai Persiapan P-raya – Najib

August 03, 2007 20:41 PM  

TELUK INTAN, 3 Ogos (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan para pemimpin Umno dan komponen Barisan Nasional (BN) supaya memastikan isu-isu tempatan yang dianggap sebagai “soal periuk nasi” tidak dipandang ringan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-12.

Beliau berkata soal-soal yang dianggap remeh membabitkan masalah atau isu tempatan sebenarnya adalah faktor yang sangat penting dalam meraih sokongan daripada rakyat.

“Jangan lupa selesaikan masalah rakyat… senaraikan masalah dan berusaha mengatasinya kerana ini penting bagi memastikan tahap sokongan akan lebih kukuh,” kata Timbalan Perdana Menteri semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Teluk Intan di sini hari ini.

Beliau berkata menyelesaikan isu tempatan atau soal periuk nasi adalah antara empat pendekatan yang perlu dilaksanakan bagi memudahkan BN menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa.

Tiga lagi pendekatan yang disebut beliau ialah supaya jentera parti memberi perhatian mendaftar ahli-ahli parti sebagai pemilih, mengadakan kegiatan mesra rakyat dan Umno menjaga semua kaum.

“Umno kena jaga semua kaum bukan Melayu sahaja kerana kita teras BN,” kata Najib yang juga Timbalan Presiden Umno.

Beliau berkata berdasarkan pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini, banyak isu-isu kecil tempatan diketengahkan dan kita tidak perlu menunggu sehingga pilihan raya baru untuk menyelesaikannya.

“Oleh itu, semua wakil rakyat dan jentera parti perlu menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya kerana kita mendapati jika isu-isu tempatan dapat diselesaikan, ia memudahkan kita menghadapi pilihan raya dan rakyat akan memberikan sokongan kepada kita,” katanya.

Turut hadir ialah Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

— BERNAMA


0 Responses to “Selesai Isu Tempatan Sebagai Persiapan P-raya – Najib”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: