05
Aug
07

Adakah Malaysia Negara Munafiq?

Analisis Isu aOleh Al Husseyn

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed telah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada September 2001 sewaktu merasmikan Perhimpunan Agung Parti Gerakan.

Maka ramailah kalangan yang telah mendebat dan mempersoalkan kenyataan tersebut. Saperti disini. Kemudian itu , Pengerusi Gerakan ketika itu Dr Lim Keng Yeik menjelaskan kepada masyarakat bukan Islam dengan katanya “ Malayasia Negara Islam tetapi Sekular!”

Sejak itu , persoalan samada Malaysia sebuah negara Islam atau sekular terus menjadi perbincangan yang dianggap sensitif dan di pendamkan dibawah tikar.

\Tetapi tiba-tiba sahaja Najib seolah-olah ingin menjadi jaguh pejuang Islam dengan menyatakan disini bahawa “ Malaysia bukan negara sekular tetapi merupakan sebuah negara Islam” dengan takrifnya yang tersendiri , maka kecuhlah semula seluruh negara mempersoalkan kenyataan Najib tersebut. Apabila MCA sendiri mengeluarkan kenyataan yang membantah kenyataan tersebut dan meninmbulkan peebahasan terbuka, lalu kerajaan mengeluarkan kenyataan agar isu tersebut tidak dibincangakan secara umum. Namun terdapat juga yang melanggarinya , bilamana Ketua Pemuda Umno Hishamuddin Hussin mengeluarkan kenyataan disini yang meminta MCA berhenti membuat sebarang kenyataan bahawa negara ini sekular.

\Kemudian apabila isu tersebut sudah agak reda; tiba-tiba pula Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular mahupun teokrasi sebaliknya sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

“Kita bukan negara sekular. Kita juga bukan negara teokrasi seperti Iran dan Pakistan yang Pas mahukan tetapi kita sebuah kerajaan berasaskan demokrasi berparlimen.” Lihat kenyataan penuh PM disini

Kenyataan Abdullah lebih memeningkan kita untuk memikirkannya. Bukankah Iran dan Pakistan merupakan negara yang juga berlandaskan kepada amalan demokrasi berparlimen sama saperti mana Malaysia?

Adalah pelik sekali apabila Abdullah yang dikenali sebagai pencetus idea ‘Islam Hadhari’ tidak berani menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi sekadar menyatakan ‘Bukan Negara Sekular’.

Kenapa Abdullah tidak berani menyatakan dengan tegas sebagaimana yang terdapat pada laman Web PM yang menyatakan dengan terang dan berani MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM ; seolah-olah dia ragu-ragu dan sangsi dan memperakui bahawa Malaysia hari ini adalah sebuah negara — Islam bukan , sekular pun bukan! Adakah Malaysia Negara Munafiq?


1 Response to “Adakah Malaysia Negara Munafiq?”


  1. May 14, 2008 at 1:29 am

    Islam dimalaysia hanya diamalkan oleh mereka yang bertaqwa sahaja…yang tak beriman pun ramai…kita ambil bila time solah..ramai yang tak ambik berat…tambahan waktu magrib yang kita dengar deruan syaithan berkumandang nak keluar menggoda manusia…sebab apa, malam sudah menjelma…

    logik nya saya nak katakan malaysia maseh mengguna pakai amalan lama yang dibawa oleh orang putih…
    bukan negara islam lagi kerana ramai yang tidak berjamaah di waktu subuh…maseh ramai yang tidur…maseh ramai yang tidak meletakkan dahi kebumi tanda sujud kepada Nya

    apapun kita banyak mempermain mainkan tentang islam ini…kita suka berkata kata…kita tidak berusaha untuk itu…kita hanya melawan bila disindir..pada hakikatnya kita tidak mengambil berat tentang islam…banyak islam luaran yang belum pasti ada keberkesanannya…ramai tidak mengamalkan…cuma ramai pengkritis islam yang sekalisekal tengelam timbul…Cuma dihati ini pernah bertanya…sekira nya seruan jihad di perlukan…kepada siapa ulamak atau guru yang boleh kita rujuk untuk beristihad tentang jihad…adakah kepada Pak Lah sebagai ketua jihad…disinilah saya teerkeliru siapakah pemimpin islam dimalaysia yang boleh membawa kepada Jihad…adakah Pak Lah dan adakah relevan…itu aja Terima kaseh


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: