05
Aug
07

Apabila Khairy label Anwar pengkhianat Melayu

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Sun | Aug 05, 07 | 09:50:53 PM

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menegaskan bahawa Khairy Jamaluddin telah bankrap idea politik apabila terpaksa mengecam Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

Kenyataan beliau sebenarnya hanyalah memalitkan imej beliau dan Umno sendiri yang semakin korup dan tidak relevan dengan perjuangan ummat Melayu.

Di sebalik Khairy mempertahankan Dasar Ekonomi Baru, beliau masih lagi tidak mampu memberikan jawapan kepada pelbagai masalah khususnya ekonomi yang menimpa ummat Melayu dan juga rakyat Malaysia.

Masalah kesenjangan jurang pendapatan di antara yang kaya dan miskin di Malaysia iaitu yang paling tinggi di kalangan negara-negara Asean dan juga kebolehsaingan (competitiveness) ekonomi Malaysia yang masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Singapura, Korea Selatan dan Taiwan membuktikan bahawa UMNO tidak lagi kompeten untuk memimpin Malaysia untuk tempoh satu dekad lagi.

Justeru, inisiatif Dato Seri Anwar Ibrahim dan KeADILan menyarankan Agenda Ekonomi Malaysia Baru yang lebih menekankan kepada pemupukan ekonomi yang manusiawi telah memberi jalan keluar kepada kemelut ini dan keadaan ini cukup menggusarkan Umno kerana khuatir dengan kebolehupayaan KeADILan mendepani agenda kepedulian rakyat.

Di sebalik tuduhan Anwar kononnya agen Amerika dan Yahudi, sehingga ke hari ini Khairy dan pimpinan Umno membisu seribu bahasa mengenai tajaan kerajaan Umno-BN ke atas pelobi Yahudi Jack Abramoff, dan juga perlantikan Gordon Sach sebagai penasihat Khazanah yang jelas punya hubungkait langsung dengan Yahudi.

Saya ingin tanya Khairy apa jawapan beliau kepada pelbagai masalah rasuah yang semakin berleluasa dan integriti kerajaan yang semakin dipertikaikan?

Penutupan kes Johari Baharum, Zulkifli Mat Noor dan terbaru Musa Hassan jelas menggambarkan rasuah adalah musuh rakyat yang mendapat belaian khas Khairy dan beberapa kerat pimpinan Umno.

Prinsip DEB terus dikhianati dengan kekayaan negara hanya berlegar-legar di sekeliling beberapa kerat pimpinan UMNO termasuk Khairy sendiri.

Di saat Malaysia menghampiri saat 50 tahun kemerdekaan, jelas Khairy lebih selesa untuk meneruskan agenda yang melemahkan ummat Melayu berselindung di sebalik slogan ‘Hidup Melayu’ yang dilaungkan.

Apa yang menjadi matlamat mereka hanyalah untuk melahirkan ummat Melayu yang sentiasa tunduk kepada kehendak politik rakus Umno supaya terus berada di tampuk kekuasaan mutlak.

Saya cadangkan supaya Khairy memahami dengan sebenarnya bidalan, seperti monyet diberi bunga sebelum melemparkan tuduhan pengkhianat kepada pemimpin ummat Melayu yang telah berterusan membuktikan komitmen untuk mengangkat martabat ummat ini.

* Shamsul Iskandar Mohd Akin ialah Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat


1 Response to “Apabila Khairy label Anwar pengkhianat Melayu”


  1. May 14, 2008 at 1:38 am

    memang mudah meletakkan kesalahan kepada orang lain…cuma semalam saya bermimpi seolah israel datang ke singapura dan berjumpa dengan orang melayu dan bertanya orang melayu itu…bolehkah kami mula masuk malaysia…kami ada kawan dimalaysia…kami diperkenalkan oleh ejen disingapura…jadi kami sekarang dah masuk malaysia…siapa ketua kami dimalaysia…jawab sendirilah…Gus dur dah kata titik merah dah ada di asia tenggara….itulah yahudi…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: