05
Aug
07

Dalam 2 tahun pokok getah Pak Lah boleh ditoreh

 Husam Musa
Sun | Aug 05, 07 | 09:27:51 PM

Mimpi Pak Lah nampaknya makin menjadi-jadi.

The Star, muka depan 3 Ogos melaporkan Pak Lah akan melancarkan Program Luar Bandar Berimpak Tinggi tak lama lagi.

Menjelang 2010, dua tahun dari sekarang, sebanyak 253,000 keluarga miskin dan miskin tegar akan keluar dari garis kemiskinan dengan pendapatan melebihi RM529.00 sebulan.

Hanya dua tahun dari sekarang?! Hebat!

Antara program utama ialah program pertanian dan perniagaan agro yang lain.

Tanam getah, antara program utama. Sebagai contoh, 300,000 biji getah dari Semenanjung akan dibawa ke Banggi, Sabah untuk penduduk miskin tegar membuka 4,000 hektar ladang getah.

“About 300,000 rubber tree seedlings will be brought from the peninsula and planted on the island.

“Three thousand islanders, who are hardcore poor, will be roped in for rubber farming activities on a 4,000ha area, while Felcra Bhd will be involved in commercial farming on an 8,000ha area.”

Sekejap. Pertama, Pak Lah dah jadi Perdana Menteri hampir empat tahun. Baru terjumpa biji getah dan baru nak lancarkan program tanam getah? Dekat pilihan raya, biji getah pun boleh jadi modal ….

Kedua, pada tahun 2010 penduduk ini tidak lagi miskin tegar. Setahu saya getah perlukan lima tahun sebelum boleh ditoreh. Sebanyak 300,000 batang getah yang bakal ditanam itu hanya boleh ditoreh pada 2012 atau 2013.

Mungkin getah Pak Lah getah klon baru yang boleh ditoreh dalam masa dua tahun? Atau daun getah boleh diproses jadi makjun hikmat yang boleh beri pendapatan serta merta kepada penduduk miskin itu?

Hebat! Pilihan raya yang kian hampir menjadikan Pak Lah seorang dreamer yang hebat. Tahniah!


0 Responses to “Dalam 2 tahun pokok getah Pak Lah boleh ditoreh”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: