05
Aug
07

POLIS TIDAK PROFESIONAL DAN TIDAK DEMOKRATIK

Setelah bertungkus lumus mencari kenderaan akhirnya saya berjaya menghubungi sahabat yang kebetulan tidak bekerja kelmarin untuk menemani saya ke Melaka bersama keretanya. Terima kasih dan jazakumullah buat sahabat yang sedia membantu dan berkorban demi melancarkan tugas saya menyampaikan dakwah dan mesej perjuangan suci ini.


Saya dijadualkan berada di Markaz PAS Bukit Katil Melaka pada jam 7.30 pm semalam untuk menyampaikan Kuliah Haraki yang bertajuk Penarafan Sumbangan kepada Pengorbanan dan menyampaikan ceramah umum di Kampung Paya Dalam sekitar setengah jam perjalanan dari Bukit Katil .


Kereta Rosak


Malangnya kereta saya mengalami kerosakan teruk sehingga terpaksa ditahan dalam “wad” untuk top overhaul . “Doktor” kata gasketnya terbakar dan air sudah masuk ke dalam enjin . Menurut “doktor” tadi , kereta saya terpaksa ditahan sehingga hari jumaat ini.


Entahlah , masa saya untuk berlepas ke Melaka sudah agak lewat sehinggalah jam 2.00 pm baru saya boleh confirmed kenderaan dan sahabat yang akan menyertai sama ke Melaka. Kami berlepas jam 3.00 pm dan hanya mampu sampai ke Bukit Katil pada jam 8.25 pm.


Pun begitu alhamdulillah , saya masih berkesempatan untuk meneruskan pembentangan Kuliah Haraki biarpun sekadar setengah jam. Peringkat awal memang saya sedikit terganggu dengan pemikiran saya asyik memikirkan kos “angkat enjin” yang pastinya akan dituntut bayar pada jumaat ini.


Tambahan pula keadaan menjadi kelam kabut kerana kelewatan tiba dari waktu yang dijadualkan. Tetapi alhamdulillah , sejurus saya menaiki markas atau surau tempat program itu berlangsung , tiba – tiba saya kembali bersemangat dan bertenaga ( walaupun masa tu perut agak lapar sebab belum makan ) melihat wajah – wajah ceria dan semangat setia menanti dan menunggu walau hampir sejam terlewat.


Tahniah dan terima kasih buat ahli jamaah Bukit Katil atas kesungguhan kalian. Hilang sebahagian besar masaalah yang sedang saya alami.


Sebaik sahaja selesai Kuliah Haraki , saya berangkat segera ke tempat ceramah umum yang jaraknya sekitar setengah jam perjalanan .


Setelah selesai ucapan aluan dari pihak penganjur , saya dijemput untuk memulakan ucapan dengan bantuan slide show pada jam 10.55 pm sebagai penceramah terakhir.


Polis Tidak Profesional


Namun apa yang memeranjatkan saya , sekitar jam 11.15 pm , sekira – kira 20 minit saya berucap , saya menerima notice agar menghentikan ucapan pada jam 11.20 pm atas arahan pihak polis. Peringkat awal saya tidak memperdulikan notice tersebut , sebab saya berceramah di rumah ahli PAS dan audien berada dalam perkarangan rumah ahli PAS tersebut.


Tetapi ,saya terus menerus diberi notice oleh pihak penganjur agar saya menghentikan segera ceramah pada malam itu. Saya mohon izin untuk terus berceramah hingga jam 11.30 pm paling kurang , tidak termasuk waktu kecederaan .


Pihak penganjur tetap mengarahkan saya menghentikan ceramah. Akhirnya saya akur kerana menghormati penganjur. Pada mulanya saya bertekad untuk terus berceramah hingga jam 12.00 mlm seperti biasa ceramah saya di tempat – tempat lain.


Apa boleh buat , apabila penganjur sendiri kelihatan serius dan bersungguh – sungguh meminta saya berhenti . Saya berhenti hanya kerana menghormati penganjur bukan kerana saya tunduk dan akur kepada sikap pihak polis yang tidak profesional dan tidakpula demokratik.


Peringkat awal saya juga tidak bersetuju dengan sikap penganjur yang berlembut dan mengalah dengan pihak polis sedang kita berceramah dalam kawasan private area. Tetapi kemudiannya saya difahamkan , langkah sedemikian diambil oleh penganjur kerana menghormati tuan rumah yang merupakan seorang pesara FRU ( bertugas di Terengganu dan bersara pd tahun 2005 ) yang baru menyertai PAS dan malam itu , beliau sendiri menyerahkan borang penyertaannya ke dalam PAS kepada saya.


Saya akur tapi hati ini tidak puas kerana saya baru memberi 40% point atau kandungan ceramah saya pada malam itu.


Sungguhpun begitu , saya doakan agar semua audien dan mereka yang mendengar serta mendapat maklumat mengenai apa yang dibentangkan pada malam itu , mendapat hidayah dan taufiq dari Allah Jalla wa A’la .


Saya terus pulang bersama sahabat kembali ke Balok dengan hati yang terus bungkam terhadap sikap polis yang tidak profesional dan hanya tahu memantau dan menghalang ceramah PAS tetapi membiarkan pula indeks jenayah meningkat agak parah dalam negara kita dewasa kini.


Saya selamat tiba di rumah jam 5.30 am. Buat ahli jamaah PAS Melaka amnya dan Bukit Katil khasnya , selamat berjuang kepada anda semua !


0 Responses to “POLIS TIDAK PROFESIONAL DAN TIDAK DEMOKRATIK”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: