06
Aug
07

Bunuh, bakar dalam kereta

Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my
SHAH ALAM: Letupan kuat yang didengari seorang penunggang motosikal membawa kepada penemuan mayat rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar di dalam sebuah kereta berhampiran kawasan tempat kejadian wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu diletupkan.

Kejadian disedari jam 1.30 pagi ketika lelaki itu melalui jalan di ladang kelapa sawit, di Jalan Empangan Tasik, Puncak Alam, Subang di sini, semalam apabila dia terdengar bunyi letupan dan ternampak sebuah kereta Proton Wira terbakar.

Difahamkan, lelaki itu terus menghubungi pihak polis sebelum mangsa yang identitinya belum dikenal pasti ditemui di bahagian tempat duduk pemandu kereta berkenaan oleh anggota bomba, unit forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas api dipadamkan.

Hasil pemeriksaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati, kereta yang rentung itu didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Noorzam Jamaludin, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 2 pagi dan memeriksa lokasi kejadian sejurus mendapat maklumat itu.

“Sebuah jentera bomba, anggota polis, anggota forensik dan K9 PDRM dibawa ke tempat kejadian,” katanya.

Katanya, dua lelaki yang dipercayai menaiki sebuah kenderaan ditahan untuk membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan rentung dan polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh.

“Identiti mayat mangsa belum dikenal pasti berdasarkan keadaan mayat ditemui dalam keadaan rentung.

“Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, dekat sini, untuk bedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.


0 Responses to “Bunuh, bakar dalam kereta”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: