06
Aug
07

Sumbangan diperlukan untuk pesakit kronik – Dr Hayati

Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati bin Othman sempat menziarahi seorang pelajar SMK Pendang yang sedang dirawat di HUSM kerana barah tulang dipeha kiri.

Pelajar tersebut, Sdr Nur Syakirin bin Nazri berusia 17 tahun, pelajar tingkatan 5 yang terpaksa memberhentikan pelajarannya sementara waktu kerana meneruskan rawatan Chemotherapy di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan

“Selepas sembahyang Jumaat tadi, ada sahabat yang menunjukkan keratan akhbar Harian Metro semalam,” kata Dr Hayati.

Saya terus bersama Pegawai ke rumah pelajar berkenaan (Nor Syakirin) sebelum beliau bertolak ke HUSM keesokan harinya kerana menyambung rawatan Chemotherapy yang tertangguh akibat kesempitan wang untuk tambang ke HUSM dan kos rawatan yang akan dihadapi selepas ini.

Bapa beliau seorang penoreh getah yang terpaksa menoreh di Kpg Kubang Kenyeng ,Naka, sejauh 60 km setiap hari. Beliau terpaksa pergi jam 2 pagi. Beliau mempunyai 7 orang anak, 5 sedang bersekolah.

Sedikit sumbangan peribadi dihulurkan untuk meringankan beban beliau dan usah sedang dijalankan untuk meringankan bebanan beliau kerana dari maklumat yang diperolehi beliau terpaksa menyediakan RM 43,000.00 untuk rawatan seterusnya.

Para dermawan yang bersimpati diharap dapat membantu pelajar ini melalui tabung yang ditubuhkan oleh NST.

Sebarang sumbangan melalui cek bolehlah dibuat atas nama Nur Syakirin bin Nazri dan dihantar ke Pusat Khidmat Ahli Parlmen Pendang, Km 3, Gajah Mati, 06700 Pendang, Kedah.


0 Responses to “Sumbangan diperlukan untuk pesakit kronik – Dr Hayati”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: