06
Aug
07

Tujuh jawatan MB kosong selepas p’raya umum?

Open Artikel Oleh Nash Rahman & Muda Mohd Noor
Malaysiakini.com

Ketika pembangkang beriya-iya membuat spekulasi mengenai tarikh pilihanraya umum akan datang, kehangatannya turut dirasai dalam Umno – tulang belakang parti pemerintah – Barisan Nasional (BN).

Malah, bahangnya lebih panas lagi kerana ia merupakan detik paling penting dalam parti terbesar orang Melayu itu – kerana ia bakal menandakan titik-tolak peralihan besar-besaran dalam barisan kepimpinan parti tersebut.

Peralihan itu akan dicerminkan dalam senarai calon Umno yang akan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang di mana kira-kira 60 peratus dijangka terdiri daripadanya golongan muda dalam parti itu.

\Pemerhati politik menganggap senarai calon Umno kali ini juga akan merupakan “hasil titik peluk” Khairy Jamaluddin – Naib Ketua Pemuda Umno, yang juga menantu Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Peralihan barisan kepimpinan kali ini, menurut mereka, dianggap besar ekoran ramai menteri besar dijangka tidak bertanding lagi dalam pilihanraya umum nanti, termasuk atas faktor umur dan ada yang akan diletakkan bertanding kerusi Parlimen atas kepentingan politik.

Antara menteri besar yang didesas-desuskan tidak akan bertanding lagi ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Manakala menteri besar yang didesas-desuskan akan diletakkan bertanding kerusi Parlimen ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Desas-desus mengenai kemungkinan Dr Mohd Khir ditukar ke kerusi Parlimen sudah lama bertiup. Sebabnya, beliau kini menjadi terlaku kuat dan sukar untuk dikawal. Mahdzir pula dianggap sebagai ‘MB peralihan’ kerana Datuk Seri Syed Razak Syed Zain terpaksa berundur kerana masalah kesihatan.

Jumlah perwakilan

Manakala Mohamad, seorang bekas tokoh korporat, pula dilihat belum mempunyai ‘kepakaran’ politik untuk memimpin ‘orang Umno’ di Negeri Sembilan. Lantaran itu, banyak urusan Umno diserahkan kepada abangnya Datuk Azman Hassan selaku setiausaha Umno negeri itu. Semua ini menimbulkan masalah dengan pemimpin Umno lain.

\Dan yang lebih menarik lagi, kekosongan tujuh jawatan menteri besar ini didesas-desuskan bakal diganti oleh pemimpin muda dalam parti Umno. Ia amat signifikan kerana antara negeri-negeri terbabit mempunyai jumlah bahagian Umno yang banyak.

Antara negeri-negeri berkenaan – jika didasarkan kepada jumlah bahagian Umno –yang terpenting ialah Johor (26 bahagian), diikuti oleh Perak (24), Selangor (22), Kedah (15), Pahang (14), Negeri Sembilan (8), Perlis (3).

Jumlah bahagian amat penting kerana ia akan menentukan jumlah perwakilan – 13 dari setiap bahagian – yang akan mengundi dalam pemilihan parti nanti. Umno telah menangguhkan pemilihan parti itu sehingga selepas pilihanraya umum akan datang.

Berdasarkan kepada jumlah bahagiannya, bilangan perwakilan dari negeri-negeri berkenaan mewakili kira-kira dua pertiga daripada jumlah keseluruhan perwakilan Umno ke perhimpunan parti itu.

Ini bermakna, mereka yang mendapat tempat dalam senarai calon Umno nanti, juga mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi jawatan dalam parti. Lantaran itulah, perubahan yang ketara, termasuk dari komposisi calon muda – bakal dilihat di negeri-negeri berkenaan.

Maka jelas sekali, penguasaan negeri-negeri amat penting kerana ia bakal memastikan penguasaan dalam hirarki parti, melalui penguasaan jawatan menteri besar.


0 Responses to “Tujuh jawatan MB kosong selepas p’raya umum?”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: