Archive for August 7th, 2007

07
Aug
07

Betulkah dakwat undi tidak boleh dipadam?

19-07-2007 07:50:34 PM
Oleh SA’ODAH ELIASPETALING JAYA:  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan tetap memperkenalkan sistem dakwat tidak boleh dipadamkan untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan (indelible ink) walaupun ada keraguan sama ada sistem itu benar-benar boleh memansuhkan penipuan.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Rahman Abdul Rashid berkata oleh kerana penggunaan sistem itu dituntut oleh sebahagian besar parti politik di negara ini, maka ia akan diperkenalkan, walaupun ia sebenarnya satu sistem kuno.

“SPR sendiri tidak percaya pada sistem ini. Bagi kita, ia sesuatu yang sangat kuno, walaupun masih digunakan di beberapa negara termasuk India dan Iraq. Tapi mereka (parti pembangkang) hendakkan dakwat, jadi kita bagilah mereka dakwat.

Continue reading ‘Betulkah dakwat undi tidak boleh dipadam?’

Advertisements
07
Aug
07

Masjid mewah dihiasai permaidani RM30 juta

06-08-2007 05:18:21 PM
Oleh FARIDAH ABDUL RASHIDDUBAI:  Hamparan permaidani tenunan tangan yang terbesar di dunia akan menghiasi Masjid Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan di Abu Dhabi, yang dijadual dirasmikan pada September.

Berukuran kira-kira 5,700 meter persegi, permaidani berwarna kehijauan dari Iran ditempah khas untuk masjid itu ditenun tangan oleh kira-kira 1,200 penenun yang mengambil masa selama setahun untuk menyiapkan empat keping ambal dengan bantuan sekumpulan pakar.


Permaidani ini yang berharga RM29.75 juta untuk hiasan sebuah masjid mewah di Abu Dhabi, antara 10 yang terbesar di dunia. (foto Reuters)

Continue reading ‘Masjid mewah dihiasai permaidani RM30 juta’

07
Aug
07

Bunuh: Hakim marah siasatan polis sambil lewa

06-08-2007 09:22:19 PM


Hakim: Pegawai penyiasat ke tempat kejadian tanpa bawa pakar forensik dan detektif. Senjata juga tidak ditemui. (foto The Star)

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan dan melepaskan dua orang buruh daripada tuduhan membunuh selepas Hakim Datuk Abdul Halim Aman berkata beliau mendapati banyak kelemahan dalam siasatan polis kerana ia dilakukan atas dasar “janji siap”.

Dalam keputusannya membebaskan dan melepaskan Syed Halil Syed Mohamad, 23, dan Mohd Nazri Jailani, juga 23, daripada tuduhan membunuh Jamzi Afzan Ahmad tahun lepas, beliau berkata siasatan yang dilakukan oleh ASP Noorleyda Ahmad amat menyedihkan kerana terdapat terlalu banyak kelemahan dan pelbagai persoalan.

Katanya kekuatan kes pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada hasil siasatan yang dijalankan tetapi bagi kes ini, siasatan Noorleyda hanya bagi memenuhi “pelengkap cara” saja. Continue reading ‘Bunuh: Hakim marah siasatan polis sambil lewa’

07
Aug
07

Seksi: Jabatan agama tidak jadi dakwa penyanyi

Seksi: Jabatan agama tidak jadi dakwa penyanyi
06-08-2007 08:53:00 PMIPOH: Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) menggugurkan pendakwaan terhadap penyanyi Siti Noor Idayu Abd Moin berkaitan kes berpakaian menjolok mata dan menggalakkan maksiat di sebuah kelab malam.

Penyanyi itu, 22, berkata Jaip mengambil keputusan tersebut selepas satu pertemuan Sabtu lepas.

“Dalam mesyuarat itu, (Jaip) membuat keputusan menggugurkan pertuduhan sebab ia tidak mempunyai cukup bukti untuk meneruskan pendakwaan,” kata Siti Noor Idayu [foto kiri].

Dalam pertemuan itu, katanya, pegawai-pegawai Jaip turut menasihatkannya berpakaian sopan untuk persembahan pada masa depan.

Penyanyi itu bagaimanapun berkata dia akan tetap berpakaian seperti sebelumnya.

“Saya tidak fikir pakaian saya terlalu menjolok mata atau seksi. Bukannya saya pakai bikini. Saya tahu apa yang boleh dan tidak boleh saya lakukan,” katanya.

Continue reading ‘Seksi: Jabatan agama tidak jadi dakwa penyanyi’

07
Aug
07

“Pengarah JPJ Kedah akan dibuang kerja” JPA

“Pengarah JPJ Kedah akan dibuang kerja” JPA

Image
GAMBAR
hiasan…

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) akan menentukan tindakan disiplin termasuk buang kerja terhadap Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah yang ditahan atas dakwaan cuba merasuah penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kelmarin.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ahmad Mustapha Abdul Rashid berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan memandangkan lelaki yang ditahan tersebut seorang pegawai berpangkat tinggi.‘‘Kita serah perkara ini kepada JPA kerana jabatan itu mempunyai kuasa untuk bertindak demikian termasuk membuang kerja, bukan JPJ,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Continue reading ‘“Pengarah JPJ Kedah akan dibuang kerja” JPA’

07
Aug
07

‘Terkuburnya kredibiliti Peguam Negara’ – Takziah kepada Abdul Ghani Patail!

Azamin Amin
Tue | Aug 07, 07 | 09:51:44 AM
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) – Rakaman ucapan takziah ditujukan kepada Peguam Negara Dato’ Abdul Ghani atas ‘kematian dan terkuburnya’ kredibiliti beliau akibat ‘lemah hati’ minggu lepas dan dipercayai kredibiliti beliau bersama Jabatan Peguam Negara telah sakit tenat sejak 10 tahun lalu.

Demikian menurut satu iklan yang disiar dalam akhbar Suara KeADILan, yang menarik perhatian ramai, secara sinikal dipercayai merujuk kepada sistem perundangan negara khususnya melibatkan jabatan Peguam Negara yang semakin diragui dan dicurigai proses pengendaliannya.

Ini juga dikatakan ada kaitan dengan desas desus perletakan jawatan beberapa Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kanan, namun dinafikan Jabatan Peguam Negara.

Bagaimanapun mereka mengesahkan ada antara mereka termasuk Ketua Bahagian Pendakwaan, Dato’ Mohd Yusof Zainal Abiden, menerima tawaran lebih baik daripada luar.

Continue reading ‘‘Terkuburnya kredibiliti Peguam Negara’ – Takziah kepada Abdul Ghani Patail!’

07
Aug
07

Polis… bersedia menjadi barua…UMNO

Respon @ Ulasan Oleh enamjahanam

 HUTAN MELINTANG 5 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-12 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata, PDRM telah melakukan persediaan awal dengan melatih pegawai dan anggota di seluruh negara mengai peranan dan tanggungjawab mereka semasa pilihan raya kelak.
Continue reading ‘Polis… bersedia menjadi barua…UMNO’