07
Aug
07

Betulkah dakwat undi tidak boleh dipadam?

19-07-2007 07:50:34 PM
Oleh SA’ODAH ELIASPETALING JAYA:  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan tetap memperkenalkan sistem dakwat tidak boleh dipadamkan untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan (indelible ink) walaupun ada keraguan sama ada sistem itu benar-benar boleh memansuhkan penipuan.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Rahman Abdul Rashid berkata oleh kerana penggunaan sistem itu dituntut oleh sebahagian besar parti politik di negara ini, maka ia akan diperkenalkan, walaupun ia sebenarnya satu sistem kuno.

“SPR sendiri tidak percaya pada sistem ini. Bagi kita, ia sesuatu yang sangat kuno, walaupun masih digunakan di beberapa negara termasuk India dan Iraq. Tapi mereka (parti pembangkang) hendakkan dakwat, jadi kita bagilah mereka dakwat.

“Jika parti-parti pembangkang gembira hendak berundur zaman purba, kita ikutkan saja . Kalau kita tidak buat, ia akan terus dipolitikkan dan dijadikan alasan mengapa mereka kalah, walaupun SPR tahu mereka kalah selama ini kerana tidak mendapat sokongan majoriti pengundi,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Ditanya mengenai keraguan bahawa dakwat yang dikatakan tidak boleh dipadamkan untuk tempoh yang lama itu sebenarnya boleh dipadamkan dengan menggunakan campuran kimia kalsium klorida dan merkuri klorida, Abdul Rashid berkata, ia tidak menjadi isu bagi suruhanjaya itu.

Dalam satu laporan di akhbar The Times of India ketika pilihan raya umum negara itu pada 2004, banyak pihak mendakwa dakwat yang digunakan itu boleh dibersihkan menggunakan campuran kimia tertentu, yang memang dikeluarkan khusus oleh pengeluar tempatan negara itu setiap menjelang pilihan raya.

Malah, menurut laporan itu lagi, ada parti-parti politik di India membekalkan campuran kimia itu yang dipanggil mithai kepada penyokong-penyokong mereka untuk membersihkan tanda dakwat di tangan bagi membolehkan mereka mengundi beberapa kali.

Abdul Rashid berkata keputusan suruhanjaya itu memperkenalkan sistem dakwat berkenaan patut diterima rakyat secara positif — bahawa ia satu niat yang baik bagi memuaskan hati parti-parti politik pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan yang sentiasa galak mengkritik SPR.

“Sama ada ia (dakwat) boleh dibasuh atau tidak, tidak menjadi asas bagi kita membuat keputusan. Lagipun, kita telah uji keberkesanan dakwat yang digunakan SPR India.

“Dua orang ahli suruhanjaya telah menyapukan dakwat itu ke jari masing-masing hampir sebulan lalu, sehingga hari ini pun jari mereka masih bertanda.

“Mereka beritahu saya, telah bermacam-macam cara digunakan, termasuk menggunakan alkohol bagi menghilangkan tanda itu, tetapi ia kekal sehingga hari ini,” katanya lagi.

Menurutnya lagi pihaknya hanya menunggu lampu hijau daripada Majlis Fatwa Kebangsaan sama ada dakwat yang akan digunakan nanti mengganggu wuduk seseorang atau pun tidak, sebelum membuat persiapan akhir memperkenalkan sistem itu.

Berita berkaitan:
SPR perkenal tanda dakwat di jari pengundi (1 Jun)
Dakwat: Cadangan SPR langkah mundur (4 Jun)


0 Responses to “Betulkah dakwat undi tidak boleh dipadam?”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: