07
Aug
07

Masjid mewah dihiasai permaidani RM30 juta

06-08-2007 05:18:21 PM
Oleh FARIDAH ABDUL RASHIDDUBAI:  Hamparan permaidani tenunan tangan yang terbesar di dunia akan menghiasi Masjid Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan di Abu Dhabi, yang dijadual dirasmikan pada September.

Berukuran kira-kira 5,700 meter persegi, permaidani berwarna kehijauan dari Iran ditempah khas untuk masjid itu ditenun tangan oleh kira-kira 1,200 penenun yang mengambil masa selama setahun untuk menyiapkan empat keping ambal dengan bantuan sekumpulan pakar.


Permaidani ini yang berharga RM29.75 juta untuk hiasan sebuah masjid mewah di Abu Dhabi, antara 10 yang terbesar di dunia. (foto Reuters)

Permaidani bernilai US$8.5 juta (RM29.75 juta) seberat kira-kira 45 tan akan diangkut ke Abu Dhabi, ibu negara Emiriyah Arab Bersatu dengan menggunakan dua pesawat dan dicantumkan.

Masjid bernilai 2.167 bilion dirham (RM2.04 bilion) yang pembukaan rasminya dijadualkan pada minggu terakhir September, boleh memuatkan kira-kira 40,000 jemaah.

Disifatkan sebagai satu seni bina Islam yang progresif, projek itu melibatkan lebih 3,000 pekerja dan 38 syarikat kontraktor global, menurut pengurus projek Khawlah Solaiman Al Sleimani yang dipetik sebagai berkata oleh akhbar berbahasa Inggeris, Khaleej Times.

Masjid, yang mempunyai keluasan 22,412 meter persegi, merupakan antara 10 masjid terbesar di dunia daripada segi saiz struktur bangunan. Antara kemudahan yang terdapat dalam masjid itu ialah sejumlah 100 tempat untuk mengambil wuduk.

Masjid itu mempunyai 57 kubah yang meliputi perkarangannya, kawasan utama dan pintu masuk sisi serta empat menara setinggi 107 meter manakala kawasan padang utama berukuran 17,000 meter persegi merupakan kawasan terbuka terbesar dalam masjid di dunia.

Masjid itu diterangi tujuh lampu candelier yang kesemuanya bernilai 30 juta dirham (kira-kira RM28.3 million), dengan candelier di kubah utama yang berukuran diameter 10 meter dan tinggi 15 meter merupakan yang terbesar di dunia.

Abu Dhabi, yang merupakan bandar raya terkaya di dunia dengan kira-kira 1.6 juta penduduk, mempunyai lebih 400 masjid. BERNAMA


1 Response to “Masjid mewah dihiasai permaidani RM30 juta”


  1. 1 aisyah
    October 7, 2007 at 1:31 pm

    Subhanallah, emang keren sih, tapi banyak yang mampir shalat disitu pa ga? jangan-jangan cuma jadi tontonan aja!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: