07
Aug
07

Polis… bersedia menjadi barua…UMNO

Respon @ Ulasan Oleh enamjahanam

 HUTAN MELINTANG 5 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-12 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata, PDRM telah melakukan persediaan awal dengan melatih pegawai dan anggota di seluruh negara mengai peranan dan tanggungjawab mereka semasa pilihan raya kelak.

Itulah polis Malaysia yang kita patut banggakan kerana mreka memang selalu bersedia dan brtungkus-lumus menjalankan tugas biarpun dikerah separuh nyawa. biar dikerah sejauh mana walaupun tinggai bini lama serta tak boleh bersama. Pengorbanan Polis sesungguhnya amatlah murni dan terpuji jika dilakukan dengan seikhlas hati. Mereka akan dirahmati dan diberkati oleh Allah sekiranya mereka lakukan untuk agama Islam tercinta…

Tapi sayang seribu sayang, mereka nampaknya masih belum merdeka kerana mereka masih berjiwa hamba. Mungkin kita nampak mereka gagah, mereka perkasa dengan uniform yang menggerunkan, mungkin nampak mereka berkuasa tetapi sebenarnya mreka masih jauh belum merdeka. Jika kita lihat pak lebai pondok koman sebab pakai kain pelikat, tetapi ternyata pak lebai pondok lebih hebat dari polis yang nampaknya perkasa.

Polis rela dikerah bukan untuk Allah. Polis rela berjuang bukan untuk Islam. Polis rela mati bukan untuk menjaga agama tetapi polis rela buat semua itu hanya kerana mereka menjadi hamba UMNO. Tidakkah polis semua terfikir betapa bodohnya mereka kerana menjadi hamba UMNO? Sampai bila mereka hendak menjadi hamba UMNO? Mungkin kita akan katakan mereka bukan hamba, tetapi mereka makan gaji biasa dan kena patuh arahan. Kalau mereka makan gaji, adakah mereka makan gaji dengan UMNO? Tentu tidak sebab mereka makan gaji dengan Kerajaan Malaysia yang didalamnya terletak sultan dan raja-raja serta ahli dari pelbagai komponen parti.

Kalaupun mereka telah bersedia untuk hadapi pilihanraya, munbgkin betul mereka bersedia untuk menjaga ketenteraman suasana pilihanraya itu sendiri. Syabas jika itu maksudnya. Tetapi sebagaimana ratusan kali yang kita lihat, polis digunakan sewenang-wenangnya oleh UMNO keparat untuk menambahkan majoriti kemenangan. Polis disuruh membatalkan permit untuk berceramah yang polis juga berikan. Polis disuruh menggempur ceramah parti-parti pembangkang seolah-oleh parti-parti pembangkang ini adalah parti kominis. Polis juga disuruh membuat sekatan jalanraya dengan begitu ketat sekali apabila ada ceramah parti pembangkang. Polis juga dengan bantuan FRU “no brain ” menyembur dengan kasar dan ala gestapo kepada para hadirin yang datang mendengar penerangan pembangkang. Patutlah polis dan kaum keluarga mereka tidak diberkati.

Kita lihat sahaja anak-anak polis. Isteri aku yang menjadi Pengetua disekolah mengakui bahawa kalau dibandar atau didesa, yang jadi pengacau dan hantu sekolah adalah anak-anak polis. Ada seorang anak polis pula yang dibela oleh bapanya kerana hendak digantung sekolah dengaa pelbagai ugutan. Isteri aku ni yang berani seperti suaminya..   akulah tu .. mengambil keputusan bukan menggantung tetapi terus membuang pelajar ini sebab dia selalu ponteng sekolah. Mengamuk polis ni tapi sebab dia prebet saja…kata orang melenting pun tak guna…

Banyak lagilah karenah polis yang kita boleh nyatakan tetapi perlu diingat ada polis yang menghayati Islam. Ada polis yang baik dan tak makan rasuah tetapi seperti kata P Ramlee..” kadang-kadang dan jarang-jarang ”

Wassalam..”

Artikal Asal 


0 Responses to “Polis… bersedia menjadi barua…UMNO”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: