07
Aug
07

Seksi: Jabatan agama tidak jadi dakwa penyanyi

Seksi: Jabatan agama tidak jadi dakwa penyanyi
06-08-2007 08:53:00 PMIPOH: Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) menggugurkan pendakwaan terhadap penyanyi Siti Noor Idayu Abd Moin berkaitan kes berpakaian menjolok mata dan menggalakkan maksiat di sebuah kelab malam.

Penyanyi itu, 22, berkata Jaip mengambil keputusan tersebut selepas satu pertemuan Sabtu lepas.

“Dalam mesyuarat itu, (Jaip) membuat keputusan menggugurkan pertuduhan sebab ia tidak mempunyai cukup bukti untuk meneruskan pendakwaan,” kata Siti Noor Idayu [foto kiri].

Dalam pertemuan itu, katanya, pegawai-pegawai Jaip turut menasihatkannya berpakaian sopan untuk persembahan pada masa depan.

Penyanyi itu bagaimanapun berkata dia akan tetap berpakaian seperti sebelumnya.

“Saya tidak fikir pakaian saya terlalu menjolok mata atau seksi. Bukannya saya pakai bikini. Saya tahu apa yang boleh dan tidak boleh saya lakukan,” katanya.

Jaip menahan Siti Noor Idayu dan beberapa lagi ketika serbuan di sebuah kelab malam di Tambun pada 3 Julai lepas.

Jabatan agama tersebut setakat ini gagal dihubungi untuk ulasan.


1 Response to “Seksi: Jabatan agama tidak jadi dakwa penyanyi”


  1. 1 ata
    August 25, 2007 at 2:52 pm

    haha.. lawak tol la..
    tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan??


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: