07
Aug
07

‘Terkuburnya kredibiliti Peguam Negara’ – Takziah kepada Abdul Ghani Patail!

Azamin Amin
Tue | Aug 07, 07 | 09:51:44 AM
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) – Rakaman ucapan takziah ditujukan kepada Peguam Negara Dato’ Abdul Ghani atas ‘kematian dan terkuburnya’ kredibiliti beliau akibat ‘lemah hati’ minggu lepas dan dipercayai kredibiliti beliau bersama Jabatan Peguam Negara telah sakit tenat sejak 10 tahun lalu.

Demikian menurut satu iklan yang disiar dalam akhbar Suara KeADILan, yang menarik perhatian ramai, secara sinikal dipercayai merujuk kepada sistem perundangan negara khususnya melibatkan jabatan Peguam Negara yang semakin diragui dan dicurigai proses pengendaliannya.

Ini juga dikatakan ada kaitan dengan desas desus perletakan jawatan beberapa Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kanan, namun dinafikan Jabatan Peguam Negara.

Bagaimanapun mereka mengesahkan ada antara mereka termasuk Ketua Bahagian Pendakwaan, Dato’ Mohd Yusof Zainal Abiden, menerima tawaran lebih baik daripada luar.

Laman web jabatan itu turut menjelaskan, Mohd Yusof dan Ketua Unit Kes Terkelas, Salehuddin Saidin mendapat tawaran baik daripada pihak tertentu yang berminat mendapatkan perkhidmatan mereka.

ImageBerita Harian melaporkan desas desus di kalangan pengamal undang-undang, beberapa DPP Kanan menghantar surat peletakan jawatan kepada Peguam Negara kerana tidak berpuas hati dengan , Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam beberapa perkara dan ada laporan akhbar yang merujuk desas-desus mengaitkannya dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Jun lalu, Salehuddin yang pada asalnya mengetuai barisan pendakwaan dalam kes tersebut dikeluarkan daripada mengendalikan kes itu selepas Abdul Gani mendakwa, Salehuddin dilihat bermain badminton dengan hakim yang mengendalikan kes itu, Dato’ Mohd Zaki Md Yasin.

Tun Majid Tun Hamzah dibantu oleh Manoj Kurup diarahkan pada saat akhir mengendalikan pasukan pendakwaraya sejurus sebelum perbicaraan bermula tempoh hari.

ImageSelain itu, Abdul Ghani turut dikritik oleh ramai pihak berikutan isu-isu yang mengaitkan kes-kes ‘high-profile’ seperti pembebasan Tan Sri Eric Chia dalam kes Perwaja Steel, akibat pihak pendakwaan gagal membuktikan kes tersebut.

Ini termasuk dalam kes Altantuya apabila selaku Ketua Pendakwaraya Tun Majid Tun Hamzah diberi tanggungjawab utama dalam proses menegakkan keadilan, dilihat lemah berikutan penolakan mahkamah atas kenyataan beberapa saksi dan tertuduh.

Kes-kes high profile ditutup oleh AG

ImagePebagai pihak juga mempertikaikan dakwaan rasuah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Mohd. Johari Baharum dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ‘dibersihkan’ melalui kuasa Peguam Negara (AG) yang memutuskan kes-kes itu ditutup kerana tidak cukup bukti.

Abdul Ghani dikritik kerana menggunakan alasan percaya kepada keterangan tahanan seperti :“Bagi tiga kertas siasatan yang dibuka, siasatan BPR mendapati pesalah-pesalah yang dikenakan tahanan tersebut menafikan ada memberi apa-apa wang rasuah…”

Ini termasuk yang menimbulkan tandatanya apabila menyatakan: “Sementara itu dua lagi kertas siasatan yang dibuka didapati pesalah yang ditahan yang merupakan saksi penting tidak dapat dikesan oleh pihak BPR setelah mereka dibebaskan dari tahanan,” kata Abdul Gani.

Sebelum ini, mengulas perkembangan berkaitan, AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin berkata memang termaktub dalam Perlembagaan Negara Artikel 145 (3) bahawa Peguam Negara mempunyai bidang kuasa untuk mendakwa atau tidak sesuatu kes yang dilaporkan dan ini secara tidak langsung menunjukkan seolah-olah AG adalah orang yang paling berkuasa dan ‘kebal’ dalam negara.

Image“Memang kuasa sewajar diberikan luas kepada AG untuk memudahkannya melaksanakan tugas namun AG juga wajar dipantau atau bertanggunjawab kepada parlimen untuk disiasat atau disoal,” kata peguam itu yang juga berpendapat peruntukan kuasa AG tersebut wajar dikaji dan disemak semula.

“Penafian penjenayah juga tidak boleh terima kerana siapa yang mahu mengaku salah bila buat jahat,” katanya yang merujuk kepada alasan AG baru-baru ini yang menutup kes Johari Baharom.

Terdahulu turut mengulas isu ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata AG tidak boleh menutup kes ini semata-mata hanya kerana saksi penting tidak dapat dikesan dan berpandukan kepada penafian pesalah-pesalah yang dikenakan tahanan itu.

“Memalukan, kerana AG dan BPR tidak berusaha bekerjasama dengan polis dan Imigresen untuk mencari saksi penting dan ini menjadi bahan ketawa orang ramai,” katanya yang dihubungi Harakahdaily.net.- mr

Artikal Asal 


0 Responses to “‘Terkuburnya kredibiliti Peguam Negara’ – Takziah kepada Abdul Ghani Patail!”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: