Archive for August 8th, 2007

08
Aug
07

GERAK bongkar 27 penyelewengan dalam FAMA

Image
KEMENTERIAN Pertanian dan Asas Tani menerima RM3.8 bilion dari bajet tahun 2007

Oleh Wartawan klpos.com

PENGERUSI Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) Mohamad Ezam Mohd Nor menyerahkan laporan rasuah dan penyelewengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) petang semalam kepada Menteri Pertanian dan Asas Tani Tan Sri Muhyiddin Yassin. (Lagi foto-foto eksklusif klpos.com di dalam)

Menurut Ezam, laporan rasuah tersebut diserahkan kepada Muhyiddin kerana FAMA terletak di bawah bidang kuasa kementerian beliau.

“Laporan tersebut memperincikan 15 kes penyalahgunaan kuasa berhubung perlantikan dan kenaikan pangkat membabitkan beberapa pegawai tinggi agensi tersebut,” kata Ezam. Continue reading ‘GERAK bongkar 27 penyelewengan dalam FAMA’

Advertisements
08
Aug
07

KENYATAAN MEDIA BERSAMA PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)

Oleh BPPNS

 KENYATAAN MEDIA BERSAMA PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) iaitu gabungan wakil-wakil NGO-NGO Islam yang prihatin dalam menangani pelbagai isu-isu berkaitan dengan kedudukan Islam di Malaysia. Mesyuarat pada 16 Julai 2006 telah memutuskan untuk menubuhkan gabungan tersebut sebagai rangkaian gerak kerja bersama organisasi Islam di Malaysia. Hingga kini 80 NGO gabungan. Laman web rasmi: www.myislamnetwork.net
Continue reading ‘KENYATAAN MEDIA BERSAMA PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)’

08
Aug
07

Majlis Fatwa mula bincang dakwat khas diguna SPR


PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat hari ini dijangka mengumumkan fatwa isu penggunaan dakwat khas bagi menanda jari pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata fatwa itu perlu bagi mengelakkan keraguan dan syak di kalangan umat Islam bahawa dakwat khas itu boleh menjejaskan ibadat.

Continue reading ‘Majlis Fatwa mula bincang dakwat khas diguna SPR’

08
Aug
07

Pembangkang mahu tawan semua kerusi

Pembangkang mahu tawan semua kerusi
SEREMBAN 7 Ogos – Parti pembangkang berhasrat menawan semua kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum akan datang tanpa memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding.Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, parti pembangkang telah membuat ketetapan bahawa semua kerusi baik peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan BN. Continue reading ‘Pembangkang mahu tawan semua kerusi’

08
Aug
07

Awas, ‘checklist’ taktik kotor BN menjelang pilihan raya!

Azamin Amin
Wed | Aug 08, 07 | 07:03:23

pilihan raya, para pengundi dan rakyat umumnya perlu bersiap siaga dengan manipulasi Barisan Nasional (BN) dan Umno menggunakan taktik kotor yang akan mengaburi dan mengelabui mata serta hati para pengundi semasa kempen atau sewaktu hari mengundi.

ImageLazim seperti diketahui umum Umno-BN akan terus menggunakan Stategi 3M untuk melakukan penipuan, rasuah dan ugutan secara besar-besaran bagi memenangi pilihan raya iaitu; “Machinery” (Jentera), “Media” (Media) dan “Money” (Wang). Continue reading ‘Awas, ‘checklist’ taktik kotor BN menjelang pilihan raya!’