08
Aug
07

GERAK bongkar 27 penyelewengan dalam FAMA

Image
KEMENTERIAN Pertanian dan Asas Tani menerima RM3.8 bilion dari bajet tahun 2007

Oleh Wartawan klpos.com

PENGERUSI Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) Mohamad Ezam Mohd Nor menyerahkan laporan rasuah dan penyelewengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) petang semalam kepada Menteri Pertanian dan Asas Tani Tan Sri Muhyiddin Yassin. (Lagi foto-foto eksklusif klpos.com di dalam)

Menurut Ezam, laporan rasuah tersebut diserahkan kepada Muhyiddin kerana FAMA terletak di bawah bidang kuasa kementerian beliau.

“Laporan tersebut memperincikan 15 kes penyalahgunaan kuasa berhubung perlantikan dan kenaikan pangkat membabitkan beberapa pegawai tinggi agensi tersebut,” kata Ezam.

Selain itu, laporan tersebut juga mendakwa berlaku 12 kes penyelewengan kewangan melibatkan kakitangan agensi tersebut di berbagai peringkat.

“GERAK dimaklumkan bahawa laporan seumpama itu pernah diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil,” ujarnya.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani antara penerima terbesar bajet setiap tahun di era Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu memajukan bidang pertanian.

Untuk tahun 2007 sahaja, kerajaan memperuntukan sejumlah RM3.8 bilion untuk tujuan tersebut.

Berikutan itu, kata Ezam, dana dari pembayar cukai itu perlulah diuruskan sebaik mungkin bagi mengelakkan ketirisan dan penyelewengan.

“Saya dimaklumkan sebilangan kakitangan FAMA telah lama menyedari kepincangan di dalam agensi berkenaan dan membuat laporan kepada pihak atasan, namun laporan tersebut tidak mendapat perhatian sewajarnya,” kata beliau kepada wartawan selepas mengadakan perjumpaan tersebut.

Puluhan wartawan dari berbagai agensi berita termasuk RTM dan TV3 hadir membuat liputan pertemuan tersebut.

Pada awalnya, Muhyiddin Yassin sendiri dijadulkan menerima laporan tersebut tetapi beliau terpaksa menghadiri majlis penutup Dialog Antarabangsa Langkawi 2007 yang diadakan pada masa yang sama.

Berikutan itu, rombangan Ezam disambut oleh Pegawai Khas Muhyiddin, Azhar Abu Bakar dan dibawa ke tingkat tujuh Wisma Tani.

Pertemuan tersebut berlangsung lebih 20 minit dengan Ezam menerangkan laporan tersebut satu persatu. Azhar kemudiannya berjanji akan menyerahkan kepada Muhyiddin secepat mungkin.

Turut bersama Ezam adalah bekas tahanan ISA, Ghani Harun, bekas bendahari Angkatan Muda PKR, Tan Ah Kow, aktivis reformasi, Syed Nasaruddin dan bekas ahli MPT PKR Ng Lum Yong.

BERITA BERKAITAN

FOTO-FOTO EKSKLUSIF

Image

Ezam dan Pembantu Khas Muhyiddin Yassin, Azhar Abu Bakar

Image
Menjawab soalan-soalan wartawan.

Image
Dikerumuni pihak media sebaik selesai menyerahkan laporan penyelewengan FAMA.

Image

Kenyataan media GERAK 7 Ogos 2007.


0 Responses to “GERAK bongkar 27 penyelewengan dalam FAMA”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: