08
Aug
07

Pembangkang mahu tawan semua kerusi

Pembangkang mahu tawan semua kerusi
SEREMBAN 7 Ogos – Parti pembangkang berhasrat menawan semua kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum akan datang tanpa memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding.Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, parti pembangkang telah membuat ketetapan bahawa semua kerusi baik peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, sejak dua bulan lalu kesemua parti pembangkang telah mengadakan perbincangan berhubung persiapan jentera pilihan raya dan juga pembahagian kerusi sesama mereka.

“Masing-masing telah memberikan senarai calon mereka yang akan bertanding kelak dan ia sedang disenarai pendek berdasarkan pelbagai aspek yang akan membawa kepada kemenangan.

“Senarai calon ini dijangka akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat kerana kita menjangkakan pilihan raya umum akan berlangsung sebelum hujung tahun ini. Setakat ini perkembangan perbincangan antara kami amat memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Pejabat Perhubungan PKR Negeri Sembilan oleh Presiden parti itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.


0 Responses to “Pembangkang mahu tawan semua kerusi”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: