Archive for August 9th, 2007

09
Aug
07

Kenapa Pak Lah jumpa semua ADUN dalam satu majlis tertutup petang semalam?

Image
SEMUA sudah bersedia hadapi pilihanraya?

Oleh Wartawan klpos.com 

APAKAH pilihanraya umum ke-12 benar-benar hampir? Lewat petang semalam, Pengerusi Barisan Nasional yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan perjumpaan dan sesi dialog tertutup selama dua jam setengah bersama seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) seluruh Malaysia di Kuantan, Pahang hari ini. Continue reading ‘Kenapa Pak Lah jumpa semua ADUN dalam satu majlis tertutup petang semalam?’

Advertisements
09
Aug
07

Boleh guna dakwat: Majlis Fatwa

Sementara itu, Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan untuk membenarkan penggunaan dakwat khas yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menanda jari pengundi pada pilihan raya umum akan datang kerana tidak melanggar hukum syarak.

ImagePengerusinya Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata keputusan itu dibuat berdasarkan penjelasan dan hasil kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kimia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Continue reading ‘Boleh guna dakwat: Majlis Fatwa’

09
Aug
07

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku,

Oleh Ketua Perusuh (http://ketuaperusuh.wordpress.com/) – Laman M@RHAEN


Malaysia mengamalkan sistem Raja Beperlembagaan. Ini menyebabkan kekuasaan Raja (Sultan) dikekang dan dikawal oleh sistem yang dibangunkan oleh penjajah dahulukala. Mungkin ramai yang tidak bersetuju kuasa mutlak diberikan kembali kepada DYTM Raja-Raja Melayu malah mungkin ramai yang akan menentang kuasa Raja-Raja Melayu.Orang yang paling takut jika DYTM Raja-Raja diberikan kuasa adalah orang-orang yang dekat dengan koridor kekuasaan seperti Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan sebagainya. Boleh dikatakan ianya melibatkan ramai orang terutamanya dari pihak Barisan Nasional yang diketuai oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi (Presiden UMNO). Continue reading ‘Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku,’

09
Aug
07

PM Langgar Fatwa…

 

harakah terkini bil.1341

 

Fikir2kanlah semua…

Jadikan ini sebagai POSTER pilihanraya..

Biar rakyat tahu akan kisah sebenarnya..!!

09
Aug
07

ABDULLAH AHMAD BADAWI: TIDAK PANDAI BERBUDI, TIDAK TAHU BERBAHASA

Assalamu’alaikum wm.wrt,Pada minggu lepas, 2 dan 3  Ogos 2007, Perdana Menteri [PM], Abdullah Ahmad Badawi telah melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Kelantan. Tujuan lawatan kerja ini ialah untuk meninjau pelaksanaan beberapa projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan [RMK-9] yang diperuntukan sebanyak RM7.6 billion dan mengadakan pertemuan dengan rakyat untuk berkempen bagi pihak UMNO yang dikatakan mempunyai masalah perebutan jawatan dalam kepimpinan UMNO negeri.

Program Abdullah sangat ketat di Kelantan dalam tempoh tersebut [maklumlah ada stamina baru lebih kuat [strong] kerana baru pulang bercuti [berbulan madu] daripada Australia yang merupakan negara ke dua  bagi Abdullah dan keluarganya. Negara pertama beliau dan keluarga ialah di Malaysia. Lebih banyak masa Abdullah terbuang dengan mengeliling dunia daripada urusan mentadbir dalam Negara. Dalam tempoh 1 November 2003 sehingga 31 Disember 2006, Abdullah telah melakukan 150 kali lawatan ke luar negara. Paling terbaru, Abdullah mengadakan lawatan ke Russia, Bosnia Herzegovina dan Itali [selepas berkahwn].

Oleh sebab itu, sekembalinya beliau bercuti pada petang 27 Julai [Jumaat] dan Sabtu-Ahad, 28 dan 29 Julai, beliau berehat dan mulai 30 Julai hingga 1 Ogos lepas, beliau mula berkempen [sambil meninjau mood rakyat terhadap kepimpinannya dan persiapan menghadapi PRU ke-12] ke negeri-negeri. Bermula di Kedah, Abdullah telah melancarkan Program Pembangunan Ekonomi Koridor Wilayah Utara [Koridor Utara] yang melibatkan anggaran pelaburan kira-kira RM177 meliputi negeri-negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang [31 Julai] dan Perak [1 Ogos] dan menerus penjelajahannya ke Kelantan [2 dan 3 Ogos].

Continue reading ‘ABDULLAH AHMAD BADAWI: TIDAK PANDAI BERBUDI, TIDAK TAHU BERBAHASA’