09
Aug
07

ABDULLAH AHMAD BADAWI: TIDAK PANDAI BERBUDI, TIDAK TAHU BERBAHASA

Assalamu’alaikum wm.wrt,Pada minggu lepas, 2 dan 3  Ogos 2007, Perdana Menteri [PM], Abdullah Ahmad Badawi telah melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Kelantan. Tujuan lawatan kerja ini ialah untuk meninjau pelaksanaan beberapa projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan [RMK-9] yang diperuntukan sebanyak RM7.6 billion dan mengadakan pertemuan dengan rakyat untuk berkempen bagi pihak UMNO yang dikatakan mempunyai masalah perebutan jawatan dalam kepimpinan UMNO negeri.

Program Abdullah sangat ketat di Kelantan dalam tempoh tersebut [maklumlah ada stamina baru lebih kuat [strong] kerana baru pulang bercuti [berbulan madu] daripada Australia yang merupakan negara ke dua  bagi Abdullah dan keluarganya. Negara pertama beliau dan keluarga ialah di Malaysia. Lebih banyak masa Abdullah terbuang dengan mengeliling dunia daripada urusan mentadbir dalam Negara. Dalam tempoh 1 November 2003 sehingga 31 Disember 2006, Abdullah telah melakukan 150 kali lawatan ke luar negara. Paling terbaru, Abdullah mengadakan lawatan ke Russia, Bosnia Herzegovina dan Itali [selepas berkahwn].

Oleh sebab itu, sekembalinya beliau bercuti pada petang 27 Julai [Jumaat] dan Sabtu-Ahad, 28 dan 29 Julai, beliau berehat dan mulai 30 Julai hingga 1 Ogos lepas, beliau mula berkempen [sambil meninjau mood rakyat terhadap kepimpinannya dan persiapan menghadapi PRU ke-12] ke negeri-negeri. Bermula di Kedah, Abdullah telah melancarkan Program Pembangunan Ekonomi Koridor Wilayah Utara [Koridor Utara] yang melibatkan anggaran pelaburan kira-kira RM177 meliputi negeri-negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang [31 Julai] dan Perak [1 Ogos] dan menerus penjelajahannya ke Kelantan [2 dan 3 Ogos].

Kunjungannya ke Kelantan menunjukkan sikap ‘biadap dan kurang ajarnya’ terhadap kepimpinan kerajaan negeri. Tidak seorang pun wakil daripada kerajaan negeri [apatah lagi Menteri Besarnya, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat] dijemput menghadirkan diri dalam setiap program yang diaturkan oleh UMNO Kelantan untuk beliau. Abdullah penuh ego dan sombong tidak sepatah pun memberi salam kepada tuan rumah, berlagak ‘samseng’ masuk ke rumah orang dan dengan desakan politik yang cetek [itu pun beragan-angan besar hendak membentuk fikiran rakyat Malaysia kelas pertama-poooraaah !] mengatasi adab budaya bangsa dan fikiran yang waras.

Memetik kata-kata Dato’ Husam Musa, Naib Presiden PAS dan juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan : “Sayang, PM tidak sudi menyambung jambatan kasih. Tuan rumah tidak dijemput. Pak Lah masuk Kelantan tanpa salam, tanpa jenguk muka bertanya khabar. Melangkah masuk ke tengah laman tanpa susila Melayu turun temurun, tidak terlintas untuk menghormati tuan rumah. Apa status sekalipun si tuan rumah, salam sepatah tanda berbudi”.

Kata Husam lagi :” Yang boleh meriuhkan ialah bila Perdana Menteri bertemu dengan tokoh ulama’ di atas kepala jambatan. Seperti apa Tun Dr Mahathir Mohamad lakukan sedikit masa lalu. Jambatan Pasir Mas dirasmikan oleh Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri pada waktu itu. Sebuah sofa untuk Tok Guru Nik Aziz disediakan bersebelahan beliau. Rakyat berderu keluar kerana ia boleh dianggap menarik. Jambatan konkrit itu tidak carik kerana kehadiran Tok Guru. Rujuk Harakahdaily :

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9093&Itemid=28]

Saya memohon maaf. Saya tidak layak menjatuhkan hukum ke atas seseorang individu muslim apatah lagi pengasas Islam Hadhari yang lebih bijaksana daripada Nabi s.a.w [mengikut aqal penulis]. Siapalah saya seorang yang kerdil, lagi daif ini. Hanya Allah s.w.t sahaja yang berkuasa menentukannya dan menguasai segala-segalanya baik di bumi, di langit dan di lautan, tetapi saya tetap berguru, menghadiri majlis-majlis ilmu [bukan ke coffe hause dan ke hotel-hotel 5 bintang untuk minum-minum dan berhibur seperti biasa dilakukan oleh Khairy Jamaluddin dan golongan yang seangkatan dengannya] mendengar tafsir al-Quran dan al-Hadith daripada para alim-ulama [bukan ular dalam semak seperti dikalangan ustaz-ustaz UMNO] menerangkan ciri-ciri seorang yang munafik [sila rujuk tulisan saya di Laman Marhaen : http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_tun_telanai006.html dan di Laman Tranungkite : http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3043&mode=&order=0&thold=0]

Disini saya akan mengambil dua contoh [sebenarnya banyak isu untuk dijadikan contoh] yang Abdullah mempunyai ciri-ciri seorang munafik [seperti yang berlaku terhadap diri Muhammad Muhd.Taib]. Pertama : Semasa beliau merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Fasa Pertama peringkat kebangsaan pada 11 Januari 2005. Abdullah memetik ayat al-Quran seperti berikut :

“Kita semua [kata Abdullah] berupaya untuk mempertingkat budi pekerti diri dan masyarakat kita. Ia bermula dengan suara hati dan pertuturan. Allah s.w.t. dalam Surah An-Nisaa’ (Ayat 148) berfirman: Yang bermaksud:


“Allah tidak suka akan perkataan-perkataan jahat yang keluar dari mulut seseorang, melainkan perkataanpengalaman) yang keluar dari mulut orang yang dizalimi [yang menyebut keburukan yang dilakukan ke atasnya dalam pengaduannya] dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Maka berucap salamlah ketika bertemu. Mulakanlah dengan sikap ramah dan terbuka. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua perkara”.

Jadi, apa yang harus kita katakan. Abdullah adalah mengasas ajaran Islam Hadhari telah menunjukkan perilaku  yang amat buruk ketika beliau bertandang ke Kelantan. Begitu kontras sekali apa yang beliau ucapkan dan apa yang beliau lakukan. Inikah manusia yang perlu disanjung, diangkat dan dipuja-puja. Wajahnya lebut, kata-katanya amat mempersonakan kepada rakyat yang buta-huruf dan buta maklumat [akibat sekatan dengan pelbagai undang-undang rimba] seolah-olah beliaulah yang suci bersih diturunkan khas daripada langit untuk memimpin umat manusia di Malaysia, seorang pejuang Islam dan bangsa yang teragung di abad ini.Lihat kata-kata bermadah beliau seterusnya :

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni kata Abdullah  merupakan agenda penting kerajaan untuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia dan beliau mengakhiri ucapanya dengan serangkap pantun yang berbunyi :

Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa ialah budi
Runtuh budi runtuhlah bangsa

Adakah ini gambaran Islam Hadhari yang diagung-agungkan itu? Cakap lain, buat lain. Cakap tidak serupa bikin. Memaksa rakyat mendengar apa yang dicakapnya, tetapi jangan ikut apa yang dibuatnya. Kalau mengikut ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., pemimpin menjadi teladan kepada rakyat yang dipimpinnya. Begitu juga dalam kehidupan berkeluarga, ibubapa mesti menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Kata pepatah : Bapa borek, anak rintik atau bapa kencing berdiri, anak kencing berlari. Inilah teladan yang mahu ditunjukkan oleh Abdullah kepada seluruh rakyat Malaysia.Malah, akhlak buruk Abdullah ditunjukkannya [Rujuk tulisan saya dalam : http://marhaen.ngepeng.com/mar_b_tun_telanai52.html ] melalui watak yang penuh angkuh dan sombong pernah berkata: “Saya adalah Perdana Menteri”. Kenyataan tersebut telah disiarkan oleh seluruh media massa yang terdapat di dalam Negara ini pada 15 Ogos 2006 ketika memuncaknya krisis di antara mantan PM ke-4, Tun Dr.Mahathir Mohamad dengan Abdullah. Lihat laporan Utusan
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Beliau dengan nada marah mengeluarkan perkataan tersebut bagi menunjukkan kemarahannya kepada Dr. Mahathir Mohamad yang lantang mengkritik pentadbirannya yang dikatakan lemah dan lesu. Dalam Bahasa Inggeris beliau berkata: “Never mind, he can say anything he wants. I am the Prime Minister. I have a job to do. I decide what is best for the people.”

Perkataan ini mengambar Abdullah seorang manusia yang kurang sabar dan tidak tahu berterima kasih, kerana jasa Mahathirlah, Abdullah berada ditempat yang beliau berada sekarang ini. Dalam meniti usia yang semakin lanjut, Abdullah akan tetap menyembah bumi di satu masa nanti. Tidak perlu sombong dengan kuasa yang ada sedikit itu.

Abdullah juga tidak memiliki budi bahasa dan nilai yang murni seperti yang beliau sarankan [ikut kata hati dan perasaan marah]. Ini ditunjukkannya ketika membuat lawatan dua hari ke Kuantan Pahang tahun lalu, sekali lagi beliau menyerang peribadi Mahathir dengan menyifatkan Mahathir sebagai ‘iblis’. Beliau mengambarkan Mahathir sebagai IBLIS laknatullah yang ingkar akan perintah Allah
[http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Mukadepan/20060811002937/Article/] dan senantiasa  berusaha memporak-perandakan umat manusia sehingga ke hari kiamat.

Menantunya, yang disayanginya dan paling berpengaruhi dalam politik Malaysia, Khairy Jamaluddin [kaki samseng jalanan] juga tidak mahu ketinggalan turut menyelar dan mengelar Mahathir sebagai ‘beruk ‘. Khairy berkata sedemkian ketika beliau merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Klang, Selangor. Rujuk sumber ini :

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20060806232618/Article.

Sekali lagi Khairy menunjukkan sikap biadap, kurang ajar dan samseng menyelar dan mengelar seluruh bloger sebagai ‘monyet atau beruk’ selepas beliau merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO bahagian Papar, Kimanis dan Sipitang, Sabah pada 26 Julai lalu. Rujuk berita Bernama ini :

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=276104

Khairy manusia paling istemewa. Dalam usia semuda beliau, ada bank [orang perseorangan sebagai proksi?] yang sanggop memberi pinjaman tunai sebanyak RM9.2 juta dalam kes urus-niaga ECM-Libra. Siapakah orang itu atau bank mana yang memberi pinjaman tidak pernah diberitahu dan disembunyikan ke pengetahuan rakyat sampai sekarang.

Dalam politik pula, beliau boleh menyusun, mengatur dan memilih sesiapa sahaja yang beliau suka untuk diangkat menjadi pemimpin. Memilih calon untuk pilihanraya dan boleh mencampuri urusan pentadbiran Negara daripada tangan bapa mertuanya seperti yang seringkali Mahathir dedahkan kepada umum. Khairy ini dalam politik UMNO,  baru berusia hingusan tahun sudah pun menang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding. Selalunya pemimpin yang menang bertanding ialah pemimpin yang banyak berjasa dan lama berjuang untuk UMNO dan Negara serta memegang berbagai jawatan dalam UMNO, tetapi disebabkan para pemimpin dan ahli-ahli UMNO bodoh dan banggang [pentingkan kekayaan peribadi], membiarkan kaki samseng ini menang cara mudah, tanpa ada pertempuran bagi menentukan siapakah yang sebenarnya pahlawan.

Kedua, Abdullah suka berbohong. Mahathir juga pernah membuat pendedahan bahawa Abdullah suka tidur dan melakukan pembohongan bagi menutup berbagai kelemahan yang ada pada dirinya sebagai Perdana Menteri yang berkuasa memerintah Negara ini. Dalam Wawancara khas  dengan Pengerusi Bernama, Datuk Mohd Anuar Zaini bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam rancangan Bersemuka Bersama Perdana Menteri yang disiarkan TV3, jam 8.30 malam pada 7 Ogos 2006. Baca ULR ini sebagai sumber rujukan :

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Rencana/20060808002536/Article/
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_d86ddcae-3132372e-10a4a320-3babbb20

Dalam wawancara 40 minit tersebut, Abdullah yang lebih dikenali sebagai Mr.Clean dan selalu mengeluarkan perkataan secara spontan menjawab “ I DON’T KNOW AND I’M NOT INVOLVED” memperahankan anaknya, Kamaruddin yang katanya tidak pernah meneriam atau diberi sebarang kontrak daripada kerajaan. Abdullah berkata perniagaan anaknya itu beroperasi di luar negara dan tidak pernah terlibat dalam syarikat tempatan ataupun konsesi yang ditawarkan kerajaan.

Dalam wawancara tersebut, Abdullah berbohong. Baca ULR dibawah sebagai rujukan :

http://www.malaysia-today.net/blog_1malay/2006/08/adakah-penjelasan-abdullah-meyakinkan.html
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_business.php?id=213093
http://n32.blogspot.com/040906
http://www.malaysiakini.com/news/55032

dan baca yang ini menjawab segala-segalanya :

http://www.malaysia-today.net/CorridorsPower/2006/08/read-my-lips-kamal-did-not-get-any.htm

Sebagai kesimpulannya, saya memetik Surah Al-Baqarah Ayat 10, Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:

“Di dalam hati mereka ada penyakit dan Allah telah menambah penyakit mereka. Dan bagi mereka siksa yang amat pedih akibat pembohongan yang mereka lakukan.”

Jadi, berbohong merupakan satu dosa yang besar di sisi Allah s.w.t. Berbohong mengakibatkan seorang mukmin itu menjadi munafik.. Dalam al-Quran, Allah s.w.t. menghuraikan perihal berbohong dan menyembah berhala secara beriringan.Firman Allah s.w.t. lagi dalam surah yang sama Ayat 11 dan Ayat 12 yang membawa maksud:

“Selamatkanlah dirimu dari kejahatan menyembah berhala dan berbohong.”

“Jika dikatakan kepada mereka, Janganlah membuat kerosakan di bumi, mereka berkata, ‘Sesungguhnya kami melakukan kebaikan’. Sesungguhnya merekalah yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.”

Para pembaca budiman bolehlah membuat penilaian sendiri terhadap manusia yang bernama Abdullah ini. Banyak lagi janji-janji beliau yang tidak tertunai seperti ikrar beliau di Parlimen ketika beliau berucap merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan PM ke-4 untuk menyuburkan lagi amalan demokrasi, perangai rasuah habis-habisan dan lain-lain lagi, hanya tiggal janji sahaja. Cakap berapi-api, tindakan zero.Beliau bukan calang-calang orang, beliau berketurunan dikalangan alim ulama, tetapi sayang seribu kali sayang. Benih keturunan Abdullah Fahim tidak menjadi. Sayang, Abdullah terlibat dalam politik UMNO yang kotor lagi menyesatkan ummah. Saya percaya, kalau Abdullah teruskan kerjayanya sebagai pegawai kerajaan sehingga pencen dan menjalankan perniagaan secara persendirian, ditambahkan lagi dengan pendidikan yang diterimanya, nescaya beliau akan terus menjadi ‘orang alim’ tidaklah bergelomang dengan dosa-dosa dan kemurkaan daripada Allah s.w.t.
Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Tun Telanai


3 Responses to “ABDULLAH AHMAD BADAWI: TIDAK PANDAI BERBUDI, TIDAK TAHU BERBAHASA”


  1. 1 khayal
    August 12, 2007 at 3:40 pm

    well,, ehem2! excuse me,,, dowh… he’s our prime minister.. dont you get that..! ha..! barangkali ini kerja org2 yang dengki kepada Badawi.. hmm… sepertimana orang itu dengki pada anuar ibrahim suatu masa dahulu..

  2. 2 Anonymous
    August 13, 2007 at 3:56 pm

    Assalamualaikum, sebelum saya hurai lebih lanjut, saya nak tanya, kamu ni Islam atau x? Bukankah dalam Islam kita diunjurkan agar menasihati orang lain secara berhemat tapi pedas dalam menginsafi seseorang bukan dengan cara mengutuk tak tentu hala. Dan jangan tokok tambah cerita sekiranya kita tak tahu situasi dari kacamata Pak Lah! Cuba kita selami diri beliau, barulah kita layak nak memprotes diri beliau. Jangan memfitnah, kerana dosa fitnah itu lebih besar dari dosa membunuh seorang mukmin. Nauzubillah. Waallahualam bissawab. RENUNGILAH!!!!!!!

  3. August 22, 2007 at 1:36 am

    Dah jenuh renung dah…dah ada bukti dah…tapi yang buta tak terima hakikat, penyokong tak terima bukti. itu la pasal


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: