09
Aug
07

Kenapa Pak Lah jumpa semua ADUN dalam satu majlis tertutup petang semalam?

Image
SEMUA sudah bersedia hadapi pilihanraya?

Oleh Wartawan klpos.com 

APAKAH pilihanraya umum ke-12 benar-benar hampir? Lewat petang semalam, Pengerusi Barisan Nasional yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan perjumpaan dan sesi dialog tertutup selama dua jam setengah bersama seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) seluruh Malaysia di Kuantan, Pahang hari ini.

Biasanya bila Jeneral dah jumpa dengan semua panglima, maknanya tidak lama lagi akan berperanglah. Pertemuan penting tersebut dihadiri oleh lebih 90 peratus Adun yang ada.

ImageTurut hadir pada perjumpaan yang bermula pukul 4.30 petang semalam itu adalah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri (BBC) Malaysia Datuk Nadzri Ismail, Pengerusi BBC Pahang Datuk Mohd Hayani Abdul Rahman.

Perjumpaan itu adalah bersempena dengan Perhimpunan Tahunan BBC Malaysia kali kedua yang bertemakan “Memperkasakan Ahli BBC – Memenuhi Aspirasi Rakyat” yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

Seramai 312 daripada 352 ADUN Barisan Nasional (BN) seluruh negara menghadiri perhimpunan itu.

ImageAbdullah turut menghadiri majlis makan malam bersama BBC negeri pada malam ini.

Sementara itu, ADUN Inderapura Shafik Fauzan Sharif berkata pada sesi perjumpaan itu, Abdullah mahu semua wakil rakyat BN bekerja kuat bagi memastikan segala aspirasi dan pembangunan negara yang dirancang mencapai kejayaan.

Ditanya sama ada Presiden Umno itu turut menyentuh soal pilihan raya umum akan datang, Shafik Fauzan berkata “tidak ada”.


3 Responses to “Kenapa Pak Lah jumpa semua ADUN dalam satu majlis tertutup petang semalam?”


  1. 1 suara-aku
    August 11, 2007 at 5:54 am

    Pilihan raya semakin hampir. Dijangka awal bulan hadapan .

    http://suara-aku.blogspot.com/

  2. 2 dasuki_tmc
    August 19, 2007 at 4:52 am

    biasalah kalau tok ketua panggil semua hulubalang adalah cerita yang nak di beritakan. mungkin perang saraf, atau nak agihkan peruntukan yang belum habis sebelum pilihanraya. kut kalau kalah nanti khazanah dah habis, susah pihak altenatif nanti!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: