10
Aug
07

Kesengsaraan rakyat di bawah Malaysiaku Gemilang

Analisis Isu Oleh Roslan SMS

gSaya yakin tidak ada hati yang tidak terusik apabila mendapat tahu atau membaca berkenaan bencana yang menimpa keluarga Allahyarham Kasmuri di Kampung Tengah, Kluang semalam. Kasmuri dan isteri serta tiga orang anaknya Hishamudin 13, Izwanuddin 9 dan Nurul Macella 8 terkorban apabila rumah mereka hangus terbakar dalam kejadian jam 3.30 pagi ketika semua anggota keluarganya sedang nyenyak tidur.

\

Cuma anaknya seorang lagi yang turut berada di rumah tersebut iaitu Norfarhana 15, yang terselamat. Tiga lagi anak berada di IPTA kerana melanjutkan pelajaran masing-masing.
\
Kebakaran dan kematian akibatnya kerap berlaku. Tetapi dalam insiden ini puncanya sungguh menyayat hati. Buletin Utama TV3 semalam dan seluruh akhbar media perdana pagi ini mensabitkan puncanya kepada lilin yang dibakar untuk menerangi rumah itu. Kenapa lilin dan bukan cahaya lampu yang menerangi rumah mereka?
Ini kerana Allahyarham Kasmuri tidak menjelaskan bil TNB nya sebanyak RM800 yang tertunggak sehingga mengakibatkan TNB telah memotong bekalan letrik ke rumahnya. Menagapa dibiarkan sehingga terputus bekalan?
Kerana Kasmuri dikatakan dalam keadaan terhimpit lantaran terpaksa menanggung perbelanjaan 3 orang anaknya Faezah 20 di UPM, Salahuddin di Universiti Tun Hussien Malaysia dan Juliana 18 di sebuah Kolej Matrikulasi di Pulau Pinang. Kasmuri dilaporkan bekerja di syarikat pembuat jubin Malaysian Mosaic dan isterinya pula sebagai pembantu kedai makan. Mereka dikatakan hidup atas pendapatan RM1800 sebulan dengan sewa rumahnya RM200 sebulan.
Inilah realiti kehidupan rakyat Malaysia hari ini dengan pendapatan sebanyak itu keluarga ini tidak dikira miskin, akan tetapi kos hidup semasa mengakibatkan mereka terhimpit dan jatuh miskin. Inilah yang ditekankan dan diutarakan saban hari oleh parti-parti pembangkang dan NGO bahawa tekanan kos hidup akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan melemaskan hidup rakyat di negara ini.
Saya yakin ramai lagi yang mungkin berpendapatan lebih rendah dari Kasmuri yang pasti lebih tertekan dan terhimpit dalam senyap. Mungkin kalau rumah mereka turut terbakar dan mereka turut terkorban seperti Allahyarham Kasmuri barulah terbuka kelopak mata pihak-pihak yang berkenaan.
Kerana itu jangan mudah memandang kecil tuntutan MTUC untuk gaji minima RM900 dan COLA RM300 itu. Ianya satu keperluan bagi mengharungi hidup yang semakin perit ini. Mujurlah kakitangan kerajaan sudah diringankan sedikit bebanan mereka, tetapi bagaiman dengan jutaan yang lain. Kita belum pun membicarakan darihal tekanan hidup yang mendorong individu kepada jenayah dan gejala yang seumpamanya.
Saya mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada anak-anak Allahyarham Kasmuri dan mendoakan semoga mereka semua berjaya dan dapat keluar dari kepompong kemiskinan yang ditanggung dan dideritai oleh ibu-bapa mereka sehingga membawa kepada maut.
Malaysiaku Gemilang sepatutnya berjaya mengangkat rakyatnya dari kemiskinan dan nestapa seumpama ini. Inilah rintihan rakyat di bawah, pandang-pandang dan ambil tahulah nasib mereka. Kita boleh berbelanja berbillion ringgit untuk pembangunan fizikal dan infrastruktur tetapi segala-galanya tidak bermakna jika rakyat menderita sengsera seperti ini.


0 Responses to “Kesengsaraan rakyat di bawah Malaysiaku Gemilang”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: