Archive for August 11th, 2007

11
Aug
07

Majlis raja-raja tolak calon Hakim Besar Malaya; Husam kata dakwaan internet tepat

Berita Oleh Malaysia Today

aKUALA LUMPUR, 9 Ogos: Pakar Perlembagaan dan Institusi Raja-raja Melayu, Profesor Dr Aziz Bari (gambar) berpendapat, langkah Majlis Raja-raja menolak nama calon Hakim Besar Malaya yang dikemukakan oleh Perdana Menteri membayangkan “ada masalah antara Perdana Menteri dan Majlis Raja-raja dan dalam Institusi Kehakiman sendiri’.

Beliau mengulas berita akhbar Straits Times Singapura yang melapurkan, Majlis Raja-raja Melayu yang bermesyuarat sebelum ini menolak nama calon Ketua Hakim Besar Malaya yang dikemukakan Perdana Menteri.

Note: ada kupasan ketua hakim negara dan kelayakkan P’Lah mahu lantik hakim… (bacalah lagi)
Continue reading ‘Majlis raja-raja tolak calon Hakim Besar Malaya; Husam kata dakwaan internet tepat’

Advertisements
11
Aug
07

Hukum mengumpat dan mengaibkan orang..

Dari Aisyah RA, katanya: Hindon Binti Ubah, isteri Abu Soyan masuk menemui Rasulullah SAW.lalu bertanya: Ya Rasulallah, sesungguhnya Abu Sofyan adalah lelaki yang sanqat kedekut (bakhil), dia tidak memberi nafkah yang cukup untukku dan untuk anak-anakku, kecuali jika aku ambil saja hartanya (duitnya) tanpa pengetahuannya. Adakah aku berdosa kerana berbuat demikian? Maka jawab baginda Rasul SAW.: Ambillah hartanya (duitnya) itu dengan baik yang boleh mencukupi keperluanmu dan keperluan anak anakmu.

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

SYARAH AL HADIS:

Para ulama mengambil banyak pengajaran dari Al Hadis diatas antaranya:

Orang yang ingin mendapat fatwa dan orang yang teraniaya dibolehkan untuk menceritakan keburukan tentang orang lain yang ada kaitannya dengan perkara yang diminta fatwa atau penganiayaan itu. Perkara ini tidak termasuk ke dalam bab larangan mengumpat (Al Ghibah). Tetapi hal ini termasuk kedalam salah satu jenis mengumpat yang dikecualikan. Continue reading ‘Hukum mengumpat dan mengaibkan orang..’

11
Aug
07

Perlembagaan Malaysia Dan Perlembagaan Islam : Satu Perbandingan

  Oleh Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman

Mengikut pencapaian ilmu sekarang, setiap yang diakui sebagai sebuah negara yang diwujudkan tidak lengkap kalau tidak mempunyai perlembagaannya sendiri samada bertulis atau tidak.

Perlembagaan adalah perlu samada ianya Islam atau tidak. Dengan perlembagaan boleh diketahui dan ditentukan peraturan hidup, hak-hak warganegara, system kehakiman, kuasa kerajaan. Badan Penggubal Undang-Undang dan berbagai-bagai lagi. Sekurang-kurangnya Perlembagaan akan mengandungi cirri asas dan bingkai pemerintahan dan kuasa-kuasa diwujudkan diperuntukan dan dilindungi.

Continue reading ‘Perlembagaan Malaysia Dan Perlembagaan Islam : Satu Perbandingan’

11
Aug
07

Pecat aja…!!!

 

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu menunggu rakyat memberikan mesej mereka melalui pilihan raya baru mahu memaksa beberapa menteri dan pegawai kanan kerajaan yang memberikan masalah meletakkan jawatan. Continue reading ‘Pecat aja…!!!’

11
Aug
07

PAS sasar 40 kerusi Parlimen

Oleh: Roslan SMS

Prestasi terbaik PAS dalam satu-satu pilihanraya umum adalah pada Pilihanraya Umum 1999 dahulu apabila ia menang 27 kerusi parlimen. Pada tahun itu juga PAS menguasai kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu serta menhantar wakil ke dewan-dewan undangan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Pahang.
Dalam Utusan Malaysia hari ini Naib Presiden PAS yang juga EXCO kerajaan negeri Kelantan Dato Hj Husam Musa menyatakan yang dalam pilihanraya umum yang akan datang PAS akan memberi tumpuan untuk menang sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen seluruh negara. Kata Husam PAS yakin membuat kejutan berdasarkan kekuatan semasanya di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Perak.

Lalu kartun Senyum Kambing di muka depan akhbar yang sama bertanya: Takkan 40 kerusi sahaja kut?

Continue reading ‘PAS sasar 40 kerusi Parlimen’

11
Aug
07

Bertolak ansur tuntut lunaskan bil tertunggak

Oleh: NORAINI ABDUL RAZAK (WARTAWAN UTUSAN)TRAGEDI yang mengorbankan pasangan suami isteri bersama tiga anak mereka dalam kejadian kebakaran di Kampung Tengah, Kluang kelmarin sememangnya menghibakan perasaan.

Bayangkanlah betapa sedihnya perasaan empat lagi anak kepada pasangan Kasmuri Jasman dan Sufiah Abdul Karim yang bukan saja kehilangan tempat tinggal malah bergelar yatim piatu dalam sekelip mata.

Apatah lagi tiga daripada empat anak-anak malang itu sedang menuntut di institusi pengajian tinggi dan selama ini amat bergantung kepada ibu bapa mereka dari segi kewangan dan kasih sayang. Continue reading ‘Bertolak ansur tuntut lunaskan bil tertunggak’

11
Aug
07

PAS menang jejak pendapat TV3, Umno panik?

Saturday, 11 August 2007

Oleh Wartawan klpos.com

JARANG-jarang benar kita tengok jejak pendapat yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 berlawanan dengan hasrat bos-bosnya. Tapi entah apa malangnya, keputusan jejak pendapat yang disiarkan oleh stesen TV percuma paling ramai penonton itu 10 Ogos lalu amat berlainan.

Dari awal lagi, pembaca berita TV3 dok sebut pepatah Melayu ‘angan-angan mat jenin’, yang maksud lebih kurangnya adalah impian yang mustahil dicapai atau syok sendiri.

Ungkapan itu berdasarkan kata-kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Soalannya jejak pendapat TV3 amat mudah, ‘Harapan PAS Tawan 40 kerusi Parlimen hanya angan-angan Mat Jenin?‘ setuju atau tidak. Kalau setuju jawab A, kalau tidak jawab B. Continue reading ‘PAS menang jejak pendapat TV3, Umno panik?’