11
Aug
07

Halang guru berpolitik, Hishamuddin jangan jumud

M Khaleel Kas
Sat | Aug 11, 07 | 09:25:04 AM
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Hrkh) – Menteri Pelajaran, Hishamuddin Tun Hussien dibidas yang kononnya ingin mengambil tindakan tegas ke atas guru-guru yang aktif berpolitik sebagaimana dilaporkan media semalam.

Image Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK),Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, persoalan timbul apakah arahan ini spesifik kepada guru-guru yang menyokong pembangkang, ataupun mana-mana guru yang aktif di dalam politik kepartian pemerintah dan pembangkang?

Jelasnya, dalam keadaan kelompok guru yang aktif di dalam Umno dan parti komponen BN dibenarkan untuk berkhidmat di dalam kedua-dua bidang – pendidikan dan politik – AMK melihat ugutan ini sebagai satu tindakan yang amat tidak demokratik dan tidak bertamadun.

“Ugutan ini jelas satu usaha berterusan pemerintah selain daripada pemaksaan berakujanji ingin menyekat dan memasung kebebasan berfikir di kalangan pendidik, dengan tujuan memaksa golongan pendidik agar tidak berfikir secara kritikal,”katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, ugutan Hishamuddin ini dilihat ada hubung kait dengan usaha untuk menyekat golongan guru daripada bangkit menyuarakan pendirian mereka, lantaran kebangkitan golongan pensyarah melalui penyerahan petisi kelompok akademia di Institut Pengajian Tinggi membantah Akujanji di universiti yang dipimpin oleh Dr Syed Husin Ali dan Dr Lim Teck Ghee, keduanya adalah tokoh ilmu tersohor tanah air.

“Hishamuddin digesa untuk tidak menyekat kebebasan berfikir kelompok pendidik dalam mendidik generasi pasca-merdeka di Malaysia, kerana tindakan beliau ini hanya bersifat membunuh semangat demokrasi di kalangan pendidik,”katanya lagi. Tambahnya, pendidik adalah rakyat Malaysia yang dijamin hak mereka melalui Perlembagaan Persekutuan untuk menganggotai mana-mana pertubuhan sah, termasuklah parti-parti politik. “Justeru, AMK ingin menegaskan bahawa Hishamuddin jangan bersikap jumud dengan menyekat para pendidik untuk menyatakan pendirian mereka ke atas mana-mana parti politik, sebaliknya perlu menerima hakikat bahawa golongan pendidik adalah golongan intelek yang perlu diberi ruang yang saksama untuk menyatakan pendirian dan prinsip mereka,”tegasnya. – mks.


1 Response to “Halang guru berpolitik, Hishamuddin jangan jumud”


  1. 1 abe nin
    September 22, 2007 at 1:43 am

    kalau nak kutuk kerajaan letak jawatan dan kutuk begitu juga sebaliknya kalau nak kutuk pembangkang masuk kerajaan dan kutuk.

    tok gitu saing-saing.

    jange la kito dok make rezeki hok tok halal


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: