11
Aug
07

Pecat aja…!!!

 

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu menunggu rakyat memberikan mesej mereka melalui pilihan raya baru mahu memaksa beberapa menteri dan pegawai kanan kerajaan yang memberikan masalah meletakkan jawatan. Bahkan, Perdana Menteri diminta belajar dari apa yang berlaku di Jepun sekarang dengan meminta beberapa menteri dan pegawai kanan kerajaan yang terlibat dengan rasuah agar meletakkan jawatan sebelum rakyat menghukum mereka dalam pilihan raya akan datang.

Ia selaras dengan pandangan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah agar kerajaan tidak mengekalkan menteri yang rasuah dan memberikan masalah kepada rakyat. (gambar dari jiwokelate.wordpress.com)

1 Ogos lepas, Menteri Pertanian Jepun, Norihiko Akagi mengumumkan perletakan jawatannya selepas bertemu dengan Perdana Menteri, Shinzo Abe.

Langkah ini diambil selepas parti pimpinan Abe Liberal Democrats kalah teruk dalam pilihan raya Senat Jepun yang menyebabkan parti pembangkang, Democrat menjadi parti yang majoriti dalam Senat.

Ini adalah kekelahan terbesar yang pernah dialami Liberal Democrats selepas menndominasikan Jepun selama 50 tahun.

Menteri Pertanian itu dipersalahkan oleh rakyat dalam beberapa isu yang menyerang parti Abe. Bagaimanapun langkah memaksa Akagi meletakkan jawatan selepas kalah dalam pilihan raya dikira tidak mencukupi untuk memulihkan imej parti pemerintah itu.

Di BRAZIL, Presidennya, Luiz Inacio Lula da Silva memecat Menteri Pertahanannya, Waldir Pires, yang menguruskan keselamatan udara ekoran kemalangan sebuah kapal terbang yang menyebabkan kematian 200 orang minggu lalu.

Nelsom Jobim, bekas hakim Mahkamah Persekutuan dilantik menggantikan beliau untuk menjadikannya pegawai tertinggi mengawal sistem keselamatan udara Negara itu.

Di Jordan, Dua menterinya meletakkan jawatan Ahad, 29 Julai lepas sehari selepas merebaknya wabak akibat dari pencemaran air dengan parasit di utara Jordan.

Raja Jordan, King Abdullah telah menerima perletakan jawatan Menteri Air, Mohamed Thafer al-Alem dan Menteri Kesihatan, Saad al-Kharabsheh.

Agensi berita Petra yang melaporkan perletakan jawatan ini tidak menyebut puncanya tetapi ia berlaku selepas suruhanjaya yang dibentuk kerajaan mendapati wabak ini berlaku selepas nonfatal parasit telah menyebabkan 700 penduduk kampung dekat Mafraq sakit.

Kamarudin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata, tuduhan yang dihadapi oleh Ketua Polis Negara dan dibersihkan oleh Peguam Negara selepas satu siasatan yang paling singkat adalah antara contoh kemarahan rakyat.

Selain itu, kes komisyen kepada kroni dalam pembelian jet Sukhoi dan kapal selam Scorpean, kes jatuhnya helikopter Nuri yang sudah lama yang melibatkan Menteri Pertahanan dan juga Timbalan Perdana Menteri serta kes penjualan AP oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri perlu diselesaikan sebelum pilihan raya. //SIASAH


0 Responses to “Pecat aja…!!!”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: