Archive for August 13th, 2007

13
Aug
07

Reality @ Fantasi Hadari..

PRINSIP2 ISLAM HADHARI

1. Keimanan dan Ketakwaan kepada ILAHI
2. Kerajaan adil dan beramanah
3. Rakyat berjiwa merdeka
4. Penguasaan ilmu pengetahuan
5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
6. Kehidupan berkualiti
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
8. Keutuhan budaya dan moral
9. Pemeliharaan alam semula jadi
10. Kekuatan pertahanan

Sekiranya dengan membaris 10 prinsip ini maka UMNO itu “wajib” disokong, izinkan saya membariskan 1000 prinsip yang merangkumi kesemuanya lantas saya juga berhak mendapat sokongan yang serupa.
Diatas teori yang sama, DAP juga mampu membariskan prinsip yang serupa lalu DAP itu wajib disokong. Parti PPP pula membariskan prinsip yang sama lalu meminta untuk disokong.

Lalu kita akan bertanya,mana boleh DAP dan PPP membawa prinsip seperti itu?Dalam masa yang sama keistimewaan diberi kepada UMNO untuk membawa 10 prinsip dan untuk dicanang merata-merata untuk diperlihatkan betapa mereka menginginkan islam.

Alangkah kasihanya orang-orang yang dibutakan mata hati untuk melihat kebenaran.Apabila mereka melihat sebuah kereta terkial-kial di dalam air, lalu mereka menyalahkan orang-orang yang tidak menolong menolak kereta itu supaya bergerak didalam air.Mana mungkin sebuah kereta empat roda meluncur diair?Mana mungkin kapal selam meluncur di daratan? Continue reading ‘Reality @ Fantasi Hadari..’

13
Aug
07

CERAMAH PERDANA SEMPENA PELANCARAN GERAK

CERAMAH PERDANA SEMPENA PELANCARAN GERAK
(NGO – Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi) Peringkat N.Sembilan
Bersama :
Ezam Md Nor – Pengerusi Gerak
Cikgu Badrul Hisham – Koordinator Gerak & MPT KeADILan
Ust Suhaimi – Ketua DPP Seremban
Arifin @ Rebin Berham – Naib Ketua KeADILan Bahagian Jempol

SELASA 14 Ogos 2007 Jam 9 Malam
Di Dataran Ilmu, Kg Paya (Jalan Tampin-Kuala Pilah), Johol, NS

RASUAH – MUSUH NOMBOR SATU NEGARA
RASUAH SIFAR DI NEGERI SEMBILAN

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Maklumat lanjut hubungi Azizi 012-3696474

13.08.2007

13
Aug
07

KJ : TIDAK ADA SEGALA-GALANYA……..

Assalamu’alaikum wm.wrt,

Dalam wawancara dengan Malaysiakini.com, Mohamad Norza Zakaria, Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yaacop , Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur [Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/70935] dengan gaya ‘bodek’ dan ‘mengampu’ secara keterlaluan [rasa meloya dan menyampah teramat sangat terhadap kenyataan yang keluar daripada mulut si Norza ini-Penulis] menyebut bahawa Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda Malaysia, menantu Perdana Menteri “ada segala-galanya untuk jadi pemimpin”. Sambung beliau lagi: “Khairy juga boleh berdebat dengan sesiapa sahaja dan kualiti sedemikian menjadikan Khairy lebih baik daripada orang lain

Wau! Hebat betul si Khairy ini mengikut pendapat Norza [bos dia sendiri Nor Mohamed Yaacop kalah dengan Khairy]. Tidak ada orang lain sehebat dan sepandai Khairy di Malaysia yang mempunyai penduduk seramai 27 juta orang buat masa ini dan selama-lamanya. Berdasarkan logik si Norza ini, seluruh penduduk Malaysia [terdiri daripada berbagai kaum dan agama] terdiri daripada orang-orang yang bodoh-bodoh belaka, termasuk para pemimpin terdahulu dan sekarang [baik dalam kerajaan maupun dalam pembangkang] seperti bekas Perdana Menteri Tengku Abdul Rahman Putra, Tun Razak Huseein, Tun Hussein Onn, Tun Dr.Mahathir bin Mohamad dan bapa mertuanya sendiri Abdullah Ahmad Badawi. Patutlah pun Dr.Mahathir mendakwa pentadbiran Negara ini diuruskan oleh orang-orang yang berada di tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri.

Continue reading ‘KJ : TIDAK ADA SEGALA-GALANYA……..’

13
Aug
07

Laungan ‘student power’ bergema di Putrajaya

Mon | Aug 13, 07 | 01:07:22 PMPUTRAJAYA, 13 Ogos (Hrkh) – Laungan ‘Student Power’ bergema lagi buat kali keempat dan kali ini ia dilaungkan di parcel E, Putrajaya.

ImageHampir 1,000 mahasiswa daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di sekitar lembah Klang, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia hadir di perkarangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) selepas selesai menunaikan solat Jumaat, untuk bertemu dengan Menteri KPT, Dato’ Mustapa Mohamed bagi menuntut pilihan raya kampus yang bersih dan adil yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. Continue reading ‘Laungan ‘student power’ bergema di Putrajaya’

13
Aug
07

KeADILan senaraikan ‘pengkhianat’ di kalangan Umno

Mon | Aug 13, 07 | 04:25:28 PMKUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) –Usaha terancang ciptaan pimpinan Umno untuk terus menghenyak KeADILan dan Ketuanya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah merupakan satu tindakan yang secara jelas membuktikan bahawa KeADILan adalah saingan terbesar Umno dulu, kini dan selamanya.

Menurut Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK),Khairul Anuar Ahmad Zainudin terbaru, Timbalan Presiden Umno, Najib Tun Razak merendah-rendahkan keupayaan pembangkang untuk menawan beberapa kerusi dan negeri, seolah-olah yang menentukan kalah menang sesebuah parti adalah Umno, bukan rakyat. Continue reading ‘KeADILan senaraikan ‘pengkhianat’ di kalangan Umno’