13
Aug
07

KeADILan senaraikan ‘pengkhianat’ di kalangan Umno

Mon | Aug 13, 07 | 04:25:28 PMKUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) –Usaha terancang ciptaan pimpinan Umno untuk terus menghenyak KeADILan dan Ketuanya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah merupakan satu tindakan yang secara jelas membuktikan bahawa KeADILan adalah saingan terbesar Umno dulu, kini dan selamanya.

Menurut Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK),Khairul Anuar Ahmad Zainudin terbaru, Timbalan Presiden Umno, Najib Tun Razak merendah-rendahkan keupayaan pembangkang untuk menawan beberapa kerusi dan negeri, seolah-olah yang menentukan kalah menang sesebuah parti adalah Umno, bukan rakyat.

“Tindakan media arus perdana berterusan menyiarkan bahawa KeADILan akan berkubur adalah satu tindakan terdesak lantaran kemelut dalaman Umno dan Barisan Nasional sendiri sudah tidak terbendung, dan cuba mengalihkan tumpuan rakyat kepada KeADILan.

“Isu bloggers, dan terkini polemik karya pelajar Malaysia bernama Namewee terus dimainkan mereka,”jelasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, di sebalik pimpinan negara berhadapan dengan pelbagai kemelut kepercayaan rakyat oleh isu-isu nasional yang tidak berjawab, mereka kelihatan sudah muflis akhlak dan moral dengan menjaja berita-berita bohong dan tidak tepat ke atas KeADILan.

“Kebaculan pimpinan Pemuda Umno dengan menuding jari ke atas Anwar, bahawa Anwar adalah pengkhianat Melayu dan agen Yahudi serta Amerika Syarikat adalah seperti ‘menendang bola ke dinding’, kerana tuduhan itu yang bersifat dangkal, hanya mendesak mereka untuk membuktikan siapa pengkhianat Melayu yang sebenar,”katanya.

Khairul dalam kenyataannya mendakwa, AMK berminat untuk membariskan nama-nama ‘pengkhianat bangsa Melayu’ yang sepatutnya diketengahkan oleh Khairy dan pimpinan Umno, iaitu daripada;

(a) Rafidah Aziz, Ketua Wanita Umno (kes AP dan penyelewengan saham Leader Universal Holdings),

(b) Rahim Tamby Chik, Ahli MT Umno (kepentingan 11 syarikat dengan aset Rm39.7 juta)

(c) Mohamad Khir Toyo, Ahli MT Umno (amalan kronisme melampau dalam projek pembangunan Negeri Selangor)

(d) Nazri Aziz, Ketua Umno Padang Rengas (penyelewengan permit teksi)

(e) Said Yusof, Ahli Parlimen Jasin (skandal lari cukai balak)

(f) Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka (skandal balak di Pahang)

(g) Annuar Musa, Ketua Umno Ketereh (skandal penyelewengan PPRT berjumlah RM 40 juta)

(h) Najib Razak, Timbalan Presiden Umno (skandal komisyen pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM 530 juta)

(i) Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Umno (skandal Oil for Food)

AMK mencabar Khairy, pimpinan Pemuda Umno di peringkat Exco sehinggalah pimpinan Umno Bahagian dan Pusat untuk mengisytiharkan harta mereka untuk membuktikan bahawa mereka bukan sebahagian daripada petualang bangsa,katanya lagi.

“Adalah lebih baik bagi Khairy dan mana-mana pimpinan Umno muhasabah diri sebelum memalitkan mana-mana pihak dengan dakwaan dangkal, kerana tindakan mereka tidak lebih daripada bersifat ‘ibarat anjing menyalak bukit’,”tambahnya. – mks.


1 Response to “KeADILan senaraikan ‘pengkhianat’ di kalangan Umno”


  1. 1 suara-aku
    August 22, 2007 at 11:19 am

    Kekalkan keamanan.Jangan nanti menang sorak kampung tergadai. Jangan kerana nyamuk kelambu dibakar.
    http://suara-aku.blogspot.com/


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: