Archive for August 19th, 2007

19
Aug
07

Mungkinkah Annuar yang sebenarnya berangan-angan


Dua anak Musa yang menjadi perhatian di Kelantan hari ini adalah Annuar Musa, Ketua Perhubungan Umno Kelantan dan Husam Musa, Naib Presiden PAS dan anggota EXCO kerajaan Negeri Kelantan. Besarnya kedua tokoh ini bagi setengah pihak yang MINGGUAN MALAYSIA hari ini memuatkan wawancara khas satu muka di bawah tajuk:

Angan-angan atau realiti?
Continue reading ‘Mungkinkah Annuar yang sebenarnya berangan-angan’

Advertisements
19
Aug
07

Blogger pengecut pula

Kata Mat Taib yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia:

Penulis blog politik yang mengkritik pemimpin kerajaan sebenarnya adalah pengecut kerana tidak berani mendedahkan identiti mereka serta mengunakan laman web yang beralamat di luar negara.

Tambah beliau:

Sebab apa saya katakan mereka pengecut kerana mereka tidak berani mengunakan alamat di dalam negara ini sebaliknya mengunakan alamat luar negara untuk menghentam pemimpin negara kita.



gambar AGENDADAILY

Saya merasakan serangan Mat Taib ini dijurus ke arah seorang penulis sahaja iaitu Raja Petra pemilik laman web Malaysia Today. Sebelum ini kita dengan penulis blog dikatakan goblok, monyet dan terbaru dari Mat Taib ini pengecut pula.

Terdapat kenyataan dari Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengatakan Umno telah tewas dalam peperangan di alam siber atau alam maya walaupun kononnya menang di alam nyata.

Bagi saya alam maya sebenarnya menjadi puaka bagi Umno kerana alam ini bebas, tiada kawalan, tiada sekatan. Bayangkan jika media massa yang ada, benar-benar sebebas sebagaimana alam maya? Kalau akhbar dan TV kita sebebas-bebasnya saya yakin Umno bukan hanya akan tewas dan kecundang di alam maya, di alam nyata pun mereka akan tersungkur!

Kalau Malaysia Today sahaja pengecut (mengikut Mat Taib) bermakna laman web dan penulis blog lain tidak pengecut. Maka sepatutnya semua yang lain lebih bersemangat dan terus menulis sebagaimana yang bekas PM Tun Dr Mahathir pernah pinta. Mat Taib hanya SINGLE OUT Raja Petra, oleh itu tidak secara langsung Mat Taib iktiraf yang lain tidak pengecut, ayuh terus menulis sahabat-sahabat yang lain.
posted by Roslan SMS

19
Aug
07

Pemuda MCA ajar Pemuda Umno bagaimana beradab

Insiden Ketua Pemuda Umno mencabut dan melambai-lambaikan keris sewaktu Persidangan Perhimpunan Agung Pemuda Umno satu ketika dahulu terus menghantui masyarakat bukan Melayu. Bagi mereka insiden itu mengambarkan betapa ganas dan tidak harmonisnya Pemuda Umno terutama dalam isu perpaduan kaum dalam negara.

Ungkapan bahawa Pemuda akan mepertahankan agama, bangsa dan negara sehingga ke titisan darah terakhir (walaupun lagaknya tidak begitu) bagi masyarakat bukan Melayu mengingatkan kembali mereka kepada peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Umno memang pakar dalam membakar semangat orang Melayu apabila sahaja merasakan pengaruh orang-orang Melayu penting bagi mereka. Walaupun nasib dan kebaikan orang Melayu masih diperingkat yang tidak memuaskan namun kerana mereka berkuasa, mereka mudah sahaja memperalatkan orang-orang Melayu untuk kepentingan dan survival politik mereka.

Semalam semasa majlis perasmian Mesyuarat Agung Pemuda MCA Kebangsaan, yang turut dihadiri Naib Ketu Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Pemuda MCA mempamirkan yang mereka jauh lebih matang dari Pemuda Umno. Mereka tidak menghunus pedang Shaolin atau tombak Kung Fu. Sebaliknya apabila Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Liow Tiong Lai menyebut:

Ianya bukan budaya MCA dan bukan juga Pemuda MCA untuk melambai-lambaikan pedang bagi menuntut sesuatu. Kenapa tidak melambai handphone? Handphone melambangkan komunikasi dan boleh diterjemah untuk menggalakkan persefahaman.

Sejurus itu Liow menerbit dan melambaikan naskah Perlembagaan Persekutuan dan ini diikuti oleh seluruh EXCO Pemuda MCA di atas pentas.

Pedas sungguh mesej yang cuba dibawa oleh Pemuda MCA itu. Cumanya yang terasa pedas bukan kita, bukan seluruh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, saya percaya yang terpekik terlolong kepedasan (sebagaimana karekter monyet yang termakan cili dalam kartun RTM satu ketika dahulu) adalah Ketua Pemuda Umno dan Naibnya.

Bila pemberita bertanya Khairy apakah raksinya terhadap ucapan Liow beliau berkata tidak faham Mandarin kerana sebahagian ucapan Liow terutama bahagian melambaikan Perlembagaan itu disebut dalam bahasa Mandarin.

Kasihan Khairy.

Cuma yang saya tahu kalau tiba pilihanraya umum, kedua-dua Pemuda MCA dan Umno akan melambai-lambai perkara yang sama, siapa boleh teka?
posted by Roslan SMS

19
Aug
07

Bolehkah PAS Bersatu Dengan UMNO?

Komentar Oleh Ustadz One-G

aSudah lama aku agak tidak menulis dengan merujuk kepada sumber rujukan ilmu. Pun begitu, aku tetap menulis, tetapi lebih kepada sesuatu yang bersifat isu dan pandangan peribadi. Kekurangan merujuk dalam tulisan menyebabkan sebilangan pembaca blogku telah bertanya. Aku menyatakan, kesibukan untuk bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya di Dun dan Parlimen Subang telah menyebabkan aku kekurangan membaca yang melahirkan banyak tulisan yang bersumberkan kepada rujukan ilmu.

Walaubagaimanapun, selepas menyampaikan kuliah di salah sebuah surau yang berhampiran rumahku, disamping ketiadaan program dan perbincangan pada selanjutnya, telah mendetikkan hatiku untuk melayari internet dan mencari info terkini agar tidak digelar sebagai “tin kosong”.

Aku membuka blog saudara Roslan SMS yang merupakan sahabat seperjuangan, yang disana aku terbaca satu tulisan beliau berkenaan dengan cadangan Saudara Anuar Md Nor untuk menyatu antara UMNO dan PAS dengan beberapa soalan yang perlu di jawab.

Tulisanku kali ini, bukanlah mahu menjawab segala persoalan itu, tetapi lebih untuk menyatakan perbezaan sebenar antara UMNO dan PAS yang patut difahami.
Continue reading ‘Bolehkah PAS Bersatu Dengan UMNO?’

19
Aug
07

PAS akan perjuangkan permit teksi untuk individu jika mendapat dua atau tiga kerusi parlimen di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur– PAS berjanji akan memperjuangkan nasib pemandu-pemandu teksi di Lembah Klang jika diberi peluang untuk mewakili dua atau tiga kerusi parlimen di Kuala Lumpur kata Datuk Paduka Husam Musa ketika bertemu dengan 50 orang pemandu teksi di Kuala Lumpur petang semalam.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pemandu-pemandu teksi yang sudi hadir untuk meluangkan masa dengannya walaupun waktu petang adalah waktu pemandu-pemandu teksi mendapat banyak pelanggan.
Continue reading ‘PAS akan perjuangkan permit teksi untuk individu jika mendapat dua atau tiga kerusi parlimen di Kuala Lumpur’

19
Aug
07

Serangan Mahathir dan PM yang terus “buat bodoh, buat sadin”

A Kadir Jasin

DARIPADA laporan laman-laman berita web bebas, blog dan beberapa buah akbar arus perdana, terdapat dua mesej pokok dalam ucapan mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada para penulis, termasuk blogger, yang mengunjungi beliau pada 15 Ogos.

Pertama, hanya laman-laman berita web bebas dan para blogger yang boleh diharapkan untuk melaporkan kebenaran dan mengubah keadaan negara yang merunsingkan sekarang.

Kedua, sesuatu yang keras dan jelas perlu dilakukan kepada Pentadbiran Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyekat negara daripada terus menuruni jalan kemusnahan.

Laman berita web bebas Malaysiakini memetik Dr Mahathir sebagai berkata bahawa blogger adalah satu-satunya saluran yang masih boleh diharap untuk bersuara mengenai masalah negara. Continue reading ‘Serangan Mahathir dan PM yang terus “buat bodoh, buat sadin”’

19
Aug
07

Menghina bendera buat kek Jalur Gemilang

10-08-2007 10:18:50 PM
Oleh IZATUN SHARIPUTRAJAYA:  Tidak wajar membuat kek dengan reka bentuk Jalur Gemilang, kata Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.

Menurut bahagian istiadat dan urusetia persidangan antarabangsa JPM, amalan membuat kek seumpama itu tidak sesuai tetapi kini ia menjadi amalan biasa oleh kebanyakan orang.

“Sesetengah orang fikir tidak menjadi hal untuk membuat kek dengan rekaan bentuk bendera kebangsaan di atasnya, tetapi sebenarnya ia tidak sesuai kerana kemudiannya, kek dengan reka bentuk itu akan dipotong dan dimakan. Cara itu tidak sesuai,” kata seorang jurucakap urusetia itu hari ini.


Kanak-kanak turut bergembira meraikan sambutan Hari Kemerdekaan 2005 di depan kek ‘Jalur Gemilang’ di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di ibu

(foto fail The Star)

Continue reading ‘Menghina bendera buat kek Jalur Gemilang’